{"id":17662,"date":"2023-11-19T13:18:57","date_gmt":"2023-11-19T13:18:57","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=17662"},"modified":"2023-11-19T13:19:00","modified_gmt":"2023-11-19T13:19:00","slug":"calon-bn-kemaman-contoh-panglima-kena-queen-control","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/11\/19\/calon-bn-kemaman-contoh-panglima-kena-queen-control\/","title":{"rendered":"Calon BN Kemaman: Contoh Panglima Kena \u2018Queen Control\u2019?"},"content":{"rendered":"\n<p>Hangat kini BN sedang memainkan naratif perihal kebaikan yang telah dilakukan oleh calon mereka, bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia sewaktu banjir besar melanda Kemaman 10 tahun lalu. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika itu, beliau memegang jawatan Panglima Tentera Darat. <\/p>\n\n\n\n<p>Bantuan daripada tentera yang diberikan waktu banjir yang berlaku beberapa hari itu antaranya ialah jambatan taktikal di bandar Chukai. <\/p>\n\n\n\n<p>Lalu\u00a0<em>gegerlah<\/em>\u00a0penyokong BN berkenaan jasa dan bakti calon BN itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Terima kasih ATM. Tidak dinafikan langsung, pembinaan jambatan taktikal itu, memudahkan pergerakan rakyat di Kemaman masa itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Perlu diingat, ia memudahkan, tetapi tidaklah sampai langsung tidak boleh ke seberang kerana ada lagi jalan lain merentasi bandar Chukai. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan segala aset tentera yang digunakan diizinkan setelah mendapat kelulusan kementerian. <\/p>\n\n\n\n<p>Panglima Tentera Darat adalah di bawah kementerian, bukan dia yang memegang kuasa kementerian. Kuasa beliau terhad. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika keputusan waktu itu tidak membenarkan aset tentera dikeluarkan, maka tiada apa yang boleh beliau lakukan, walaupun beliau menangis mahu buat, kerana ia dekat dengan sekolah beliau dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun jasa dan bakti beliau kepada Kemaman hanyalah untuk isu banjir 2013 itu sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Berbanding dengan kuasa Menteri Besar Terengganu yang memerintah semenjak 2018 itu, telah menyediakan kesejahteraan kepada jutaan rakyat Terengganu secara keseluruhannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Banyak yang gagal dibuat oleh BN dahulu, disempurnakan oleh Dr Samsuri sewaktu memerintah tanpa mengira penyokong BN atau PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Rekod ini mungkin sudah dihafal oleh majoriti rakyat Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara contoh terbesar ialah Dr Samsuri dengan barisan Exconya telah melunaskan 20 tawaran dalam manifesto 2018-2023 itu.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Veteran Komunis lebih beruntung?<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Mengambil satu contoh kejayaan Dr Samsuri ialah berjaya menyiapkan ribuan buah rumah kepada rakyat Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala calon BN sewaktu menjadi Panglima, gagal membahagiakan tentera yang ada hidup miskin setelah tamat khidmat mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Isu perumahan dan tanah tentera, terbiar sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Gah membuat jambatan taktikal, dalam masa yang sama, ada veteran tentera hidup merana, gagal ditangani beliau, walaupun beliau sepatutnya berjuang demi kehidupan veteran tentera yang lebih selesa.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih pedih lagi, apabila Komunis yang dahulunya menentang tentera sehingga ramai tentera yang terbunuh, diberikan tanah-tanah bagi memujuk mereka meninggalkan perjuangan Komunis. <\/p>\n\n\n\n<p>Datanglah ke DUN Kemasik, anda akan dapati Kampung Air Jerneh adalah salah satu perkampungan pemutihan untuk Komunis yang didiami seramai lebih kurang 900 orang. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan lebih menariknya, undi mereka adalah untuk PKR dan DAP manakala undi veteran tentera itu terutama dalam kem, hampir 100 peratus diserahkan kepada BN. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitupun undi veteran tentera dicampak dengan hina oleh BN.<\/p>\n\n\n\n<p>Adakah penulis cuba meracun pengundi dengan cerita rekaan? <\/p>\n\n\n\n<p>Oh, tidak, penulis menulis dengan fakta dan bukti. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada tahun 2004, seusai BN menang kembali di Terengganu, BN telah membekukan semua kelulusan tanah di Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara pemohon yang malang itu ialah saudara Abdul Khalid Shaari yang telah memohon tanah di RTB Pengkalan Merbau, Setiu. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berhabisan sebanyak RM20,000 secara pinjaman untuk membayar premium tanah, membina kerangka rumah, bagi menjalankan kewajipan beliau sebagai ketua keluarga, menyediakan keluarga beliau tempat berteduh.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih memeritkan lagi, tanah itu telah dimohon beliau semenjak zaman pemerintahan Umno lagi dan sudah beberapa kali tidak diluluskan. <\/p>\n\n\n\n<p>Seperti tiada nilai khidmat bakti tentera kepada negara, Umno perlakukan. <\/p>\n\n\n\n<p>Hanya ketika PAS memerintah 1999-2004, membuat semakan, beliau layak dikurniakan tanah RTB itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan gembira sekali, beliau menerima kelulusan permohonan dan hanya menanti detik diserahkan geran sebagai bukti sahih beliau sebagai empunya tanah yang sah.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Air mata tentera gugur bukan di medan perang<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Lot tanah beliau itu berada di tengah-tengah kemudiannya diberikan surat amaran untuk dirobohkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada sangkaan beliau, tidaklah sejahat itu Kerajaan Negeri mahu merobohkan rumah beliau dan beliau sentiasa membayar tol. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun akhirnya air mata jantan Abdul Khalid gugur juga seiring dengan robohnya rumah beliau ditolak jentolak, walaupun pimpinan PAS berhimpun bagi menghalangnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Kepedihan asap gas pemedih mata, menyuraikan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan Abdul Khalid terpaksa membayar ansuran pinjaman beliau kepada Koperasi Tentera, walaupun rumah beliau dirobohkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Alhamdulillah dalam janji manifesto, Dr Samsuri sebagai Menteri Besar mengembalikan semula tanah-tanah yang dirampas kepada peserta tanah TRB yang dizalimi BN, Abdul Khalid telah menerima geran tanah beliau. <\/p>\n\n\n\n<p>Untuk rekod, majoriti tanah RTB yang dirampas Umno, tidak dibuat apa-apapun sehingga PAS mengambil alih semula kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitulah jahatnya Umno, apatah lagi terhadap tentera. <\/p>\n\n\n\n<p>Di manakah bekas Panglima Tentera yang menjadi calon BN sekarang, ketika itu? Adakah beliau tahu kisah ini? <\/p>\n\n\n\n<p>Bangga dengan jambatan taktikal, tetapi biarkan anggota sendiri hidup sebegitu oleh Umno?<\/p>\n\n\n\n<p>Tiada guna menjadi Panglima jika hidup secara\u00a0<em>\u2018queen control\u2019<\/em>\u00a0tidak berdaya berbuat apa-apa ketika mana mereka iaitu BN mendakwa berkuasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Apatah lagi kini, kuasa PH dipegang oleh \u2018abang besar\u2019, bukan lagi BN. Apa lagi daya mereka? <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi tiada guna rakyat Kemaman memilih orang yang hanya berbangga dengan kuasa, tetapi tiada kuasa ataupun mungkin tidak mahu untuk membantu anak buahnya seperti bekas Panglima, calon BN di Kemaman. <\/p>\n\n\n\n<p>Ironinya setelah calon BN melihat sendiri layanan BN terhadap bekas anggotanya, beliau masih memilih BN untuk berjuang. Lemah\u2026<\/p>\n\n\n\n<p>MOHD NASIR ABDULLAH<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hangat kini BN sedang memainkan naratif perihal kebaikan yang telah dilakukan oleh calon mereka, bekas Panglima Angkatan Tentera<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":17663,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-17662","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17662","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17662"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17662\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17664,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17662\/revisions\/17664"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17663"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17662"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17662"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17662"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}