{"id":17695,"date":"2023-11-26T12:10:56","date_gmt":"2023-11-26T12:10:56","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=17695"},"modified":"2023-11-26T12:10:58","modified_gmt":"2023-11-26T12:10:58","slug":"perang-di-gaza-dan-makna-gencatan-senjata","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/11\/26\/perang-di-gaza-dan-makna-gencatan-senjata\/","title":{"rendered":"Perang Di Gaza Dan Makna Gencatan Senjata"},"content":{"rendered":"\n<p>Perang Gaza bermula 8 Oktober 2023 sudah masuk ke hari 48. <\/p>\n\n\n\n<p>Hakikatnya Hamas telah menang. Bukan menang tempur tapi menang perang maklumat.<\/p>\n\n\n\n<p>Hamas berjaya membuka kembali agenda Palestin yang dibenamkan selama ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Seluruh dunia kini menjadikan Palestin isu perbualan.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk pertama kalinya dunia kini melihat apa itu Zionis dan apa itu Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>Naratif Israel sebagai penjajah dan Palestin dijajah sudah diterima masyarakat dunia. <\/p>\n\n\n\n<p>Generasi muda yang dulunya tidak begitu sedar tentang perjuangan rakyat Palestin kini menerima kuliah Hamas melalui media sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>Paling ampuh ialah sokongan kumpulan Yahudi tua dan muda. <\/p>\n\n\n\n<p>Yahudi agamawan, sekular, liberal dan kiri kini menyokong perjuangan Palestin. <\/p>\n\n\n\n<p>Kumpulan Yahudi ini secara terbuka menentang Zionis. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak mahu identiti Yahudi mereka digunakan oleh Zionis untuk menjajah Palestin.<\/p>\n\n\n\n<p>Paling menonjol ialah penerimaan masyarakat dunia bahawa Israel sedang menjalankan dasar &#8220;genocide&#8221; terhadap Arab Palestin. <\/p>\n\n\n\n<p>Zionis Israel kini dituduh sedang menjalankan dasar pembunuhan beramai-ramai dan berusaha membantai bersih Arab Palestin.<\/p>\n\n\n\n<p>Banyak negara yang dahulunya tidak ambil pot terhadap Palestin kini terbuka mata. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada negara membuat dasar baru terhadap Israel kerana ombak rakyat mereka yang keluar ke jalan raya menyokong Palestin.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru Bolivia dan Belize memutus hubungan diplomatik. Manakala Bahrain, Chad, Chile, Colombia, Honduras, Jordan Turki dan Afrika Selatan memanggil duta pulang.<\/p>\n\n\n\n<p>Memanggil duta pulang dalam bahasa tidak diplomatik sama seperti berkata &#8220;pergi mampuslah lu&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini belum pernah terjadi dalam diplomasi geo-politik antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika tulisan ini digarap, Netanyahu baru sahaja bersetuju untuk membuat gencatan senjata.<\/p>\n\n\n\n<p>Al Jazeera melaporkan, selama enam jam Kabinet Netanyahu berbincang akhirnya bersetuju untuk berhenti menyerang Gaza selama 4 hari.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam masa 4 hari ini, bantuan untuk warga akan di benarkan masuk ke Gaza.<\/p>\n\n\n\n<p>Gencatan senjata 4 hari bermula pada 23 November 2023 waktu tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Netanyahu tidak mengeluarkan perincian tentang apa yang telah dipersetujui. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia hanya menyatakan satelah 4 hari, serangan terhadap Hamas akan diteruskan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dunia hanya mengetahui dari kenyataan Hamas di Qatar.<\/p>\n\n\n\n<p>Perundingan sulit telah berjalan lama. Qatar menjadi orang tengah, dan Presiden Biden juga memainkan peranan.<\/p>\n\n\n\n<p>Hamas mengumumkan butiran:<br>1. Empat hari gencatan senjata<br>2. Pengeboman dihentikan<br>3. Hamas membebaskan 50 tawanan kanak-kanak dan wanita<br>4. Israel membebaskan 150 wanita dan kanak-kanak dari penjara Israel<br>5. Bantuan kemanusiaan dibenar masuk<br>6. Gerila Hamas tidak akan diserang ketika membantu<\/p>\n\n\n\n<p>Al Jazeera melaporkan bagaimana Biden menelefon Emir Qatar dan juga Netanyahu. <\/p>\n\n\n\n<p>Biden mahu gencatan senjata ini berlaku untuk memperbaiki imej dan memasang niat untuk bertanding sekali lagi tahun depan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ombak pro-Palestin di Amerika dan di kalangan Yahudi Amerika sedang mengampuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini bahaya untuk Biden. <\/p>\n\n\n\n<p>Palestin boleh menjadi agenda kempen pilihan raya presiden 2024.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa sama perundingan ini sedang berjalan, askar Yaman telah membajak Galaxy Leader, sebuah kapal pengangkutan di Laut Merah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kapal dengan 25 orang anak kapal dalam perjalanan dari Turki ke India.<\/p>\n\n\n\n<p>Kapal milik bilionair Israel ini dikendalikan oleh syarikat NYK Jepun. Tidak ada warga Israel menjadi anak kapal.<\/p>\n\n\n\n<p>Pembajakan kapal ini bukan satu yang baru yang dilakukan oleh Yaman. <\/p>\n\n\n\n<p>Gerila Houthi dari Yaman telah menghantar drone ke Israel. <\/p>\n\n\n\n<p>Yaman telah menghantar drone ke kapal Amerika yang berlabuh di Laut Tengah.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang jelas sekarang ialah perang Gaza ini sedang merebak dan meluas. Satu demi satu pentas perang dibuka.<\/p>\n\n\n\n<p>Politik dan fahaman ideologi Zionis ini berasaskan konsep Eretz Israel atau Israel Raya. <\/p>\n\n\n\n<p>Eretz Israel ini lahir dari kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud. <\/p>\n\n\n\n<p>Israel Raya ini mencakupi semua bumi Palestin termasuk Lubnan, Syria hingga ke Iraq. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru hari ini kita lihat perlawanan menentang Zionis ini datang dari Lubnan, dari Syria, dari Iraq dan juga dari Iran.<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas 7 Oktober kumpulan di Iraq yang dikenali sebagai Kata\u2019ib Hizbullah berkali-kali menyerang khemah dan pangkalan soldadu Amerika di Iraq.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiausaha Agung Kata&#8217;ib Hizbullah, Abu Husen al-Hamidawi telah menghantar pasukan gerilanya ke sempadan Jordan. <\/p>\n\n\n\n<p>Al-Hamidawi berkata, &#8220;Kami berada di sini untuk mempertahankan rakyat kami di Gaza, wilayah yang diduduki dan mereka yang terdedah. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Peluru berpandu, drone dan pasukan khas kami berada di tempat yang tinggi. berjaga-jaga&#8230;\u201d. ( The New Arab, 11 Oktober 2023).<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala di Lubnan, Hizbullah yang paling tersusun dan lengkap dengan senjata moden telah siap siaga menunggu arahan untuk masuk ke utara Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam ucapan pada Oktober 2021, pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah mendakwa organisasinya mempunyai 100,000 pejuang terlatih, 25,000 pejuang sepenuh masa dan kira-kira 20,000 hingga 30,000 tentera simpanan.<\/p>\n\n\n\n<p>Al Jazeera melaporkan pada 3 November kenyataan Nasrallah yang Hizbullah memasuki &#8220;perang&#8221; sehari selepas serangan Hamas 7 Oktober berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAda yang mendakwa kami akan terlibat dalam peperangan. Saya memberitahu anda, kami telah terlibat dalam pertempuran ini sejak 8 Oktober,\u201d kata Nasrallah.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam masa yang sama, kerajaan Iran secara terbuka merupakan penyokong kuat Hamas. <\/p>\n\n\n\n<p>Iran mempersenjatai Hamas, memberi dana dan membantu sokongan logistik kepada Hamas.<\/p>\n\n\n\n<p>Israel memusuhi Iran semenjak jatuhnya kerajaan Shah Reza Pahlavi pada 1979. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan Shah adalah kawan baik Zionis Israel. Babak ini telah menjadi sejarah.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiakawan dan sokongan Iran ini diikat pula dengan ajaran Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Parti Hamas dari mazhab Sunni kini dibantu oleh kerajaan Iran dari mazhab Syiah.<\/p>\n\n\n\n<p>Perang Gaza ini memperlihatkan solidariti dan ikatan yang amat kuat antara Sunni dan Syiah. <\/p>\n\n\n\n<p>Islam dilihat bersatu menentang Zionis.<\/p>\n\n\n\n<p>Laporan juga menyatakan bahawa hampir 8,000 anggota Pengawal Revolusi, soldadu elit Iran, telah dihantar ke Lubnan.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelas Zionis Israel kini diasak dari tiga penjuru. <\/p>\n\n\n\n<p>Dari dalam Gaza gerila Hamas menyerang. <\/p>\n\n\n\n<p>Di utara Israel, gerila Hizbullah menyerang. <\/p>\n\n\n\n<p>Dari selatan, soldadu dari Yaman pula menyerang.<\/p>\n\n\n\n<p>Keadaan militer seperti ini menakutkan Amerika. <\/p>\n\n\n\n<p>Biden tidak mahu perang Gaza ini melimpah hingga menjadi Perang Timur Tengah. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru Amerika menghantar dua kapal perang ke Laut Tengah bersebelahan Gaza dan Lubnan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kitab klasik, perang gerila dua kapal perang Amerika ini hanya harimau kertas. <\/p>\n\n\n\n<p>Kapal ini dibawa untuk menakutkan Hizbullah dan Yaman agar jangan buat &#8220;lebih-lebih&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala negara Arab seperti Jordan dan Arab Saudi telah masuk ke dalam poket Amerika. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga Mesir di bawah al-Sisi tidak berani bangun berdiri sebagai Arab dan mempertahankan Palestin.<\/p>\n\n\n\n<p>Geo-politik ini tidak menggerunkan Hamas.<\/p>\n\n\n\n<p>Lihat apa yang terus berlaku di Gaza sekarang. <\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa Mesir, tanpa Jordan dan tanpa Saudi, gerila Palestin di Gaza dan Tebing Barat terus melawan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari segi taktik perang gerila, askar Israel sedang menjadi sasaran gurban, gerila bandar. <\/p>\n\n\n\n<p>Ratusan kereta kebal dan kereta perisai Zionis Israel menjadi mangsa RPG Al-Qassam. <\/p>\n\n\n\n<p>Diberitakan juga ratusan askar Zionis telah terbunuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Dilaporkan lebih dari 11,000 askar Zionis cedera.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perang, angka mati dan cedera disimpan sebagai rahsia. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perang, yang pertama mati kena bunuh ialah kebenaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru hingga ke hari ini kita tidak tahu dengan sahih jumlah askar atau gerila yang mati.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang jelas, apabila Netanyahu bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata, bermakna Zionis Israel telah &#8216;letih&#8217;.<\/p>\n\n\n\n<p>Awalnya Netanyahu dengan angkuh berkata bahawa Hamas akan ditumpaskan secepat mungkin. <\/p>\n\n\n\n<p>Kini Hamas masih lagi bergerila cergas.<\/p>\n\n\n\n<p>Tarikh 7 Oktober 2023 adalah tarikh keramat. Tarikh ini telah mengubah geo-politik dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum 7 Oktober, muka depan akhbar dan media ialah Ukraine dan Zelensky. <\/p>\n\n\n\n<p>Kini Ukraine dan Zelensky telah menjadi mangsa Hamas. <\/p>\n\n\n\n<p>Perang Ukraine yang menjadi hati jantung Amerika, Nato dan Eropah kini terbarai. <\/p>\n\n\n\n<p>Ukraine dan Zelensky telah ditinggalkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Projek melemahkan Rusia dan menjatuhkan Putin telah gagal meleset. <\/p>\n\n\n\n<p>Rusia tidak berganjak dari dasar menolak Ukraine dari menjadi ahli Nato. <\/p>\n\n\n\n<p>Ekonomi Rusia masih kukuh. Nilai Rubel masih tinggi walaupun ada sekatan ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p>Berbilion dolar bantuan senjata dan dana Amerika dan Eropah kini hangus. <\/p>\n\n\n\n<p>Hakikatnya Ukraine telah kalah. Rusia sedang menang.<\/p>\n\n\n\n<p>Kini Amerika, Nato dan Eropah beralih dari Ukraine ke Israel. <\/p>\n\n\n\n<p>Perang di Gaza ini jika berpanjangan pasti akan mengubah lanskap geo-politik dunia. <\/p>\n\n\n\n<p>Amerika, Nato dan Eropah yang parah dalam perang Ukraine akan dibantai sekali lagi oleh Hamas, Hizbullah dan Iran.<\/p>\n\n\n\n<p>Hegemoni kuasa imperialis Amerika akan runtuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Kuasa dolar Amerika akan terbarai. <\/p>\n\n\n\n<p>Sistem ekonomi kapitalis akan jadi huru hara.<\/p>\n\n\n\n<p>Apakah elit politik di Amerika dan di Eropah tidak sedar tentang perkara ini?&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Apakah mereka terlalu bebal politik hingga gagal melihat realiti yang sedang berlaku?<\/p>\n\n\n\n<p>Pelik tetapi benar \u2013 dalam keadaan geo-politik sekarang \u2013 kenapa elit politik dan elit ekonomi Amerika dan Eropah terus membantu Zionis Israel?<\/p>\n\n\n\n<p>Hishamuddin Rais<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perang Gaza bermula 8 Oktober 2023 sudah masuk ke hari 48. Hakikatnya Hamas telah menang. Bukan menang tempur<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":17696,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[57],"tags":[58],"class_list":["post-17695","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-palestin","tag-palestin"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17695","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17695"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17695\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17697,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17695\/revisions\/17697"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17696"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17695"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17695"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17695"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}