{"id":17698,"date":"2023-11-26T12:38:24","date_gmt":"2023-11-26T12:38:24","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=17698"},"modified":"2023-11-26T12:38:26","modified_gmt":"2023-11-26T12:38:26","slug":"tanah-melayu-dan-palestin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/11\/26\/tanah-melayu-dan-palestin\/","title":{"rendered":"Tanah Melayu Dan Palestin"},"content":{"rendered":"\n<p>Saya tunda dulu kisah Anwar Ibrahim tak ambil gaji bulanan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tangguh dulu\u00a0kisah dan peranan cukong dan oligarki\u00a0dalam politik Malaysia.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Saya tidak jujur pada diri saya jika saya tidak menulis tentang Palestin dan Gaza.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada tahun 1937, Dr Burhanuddin Al-Helmy menerbitkan sebuah majalah bernama Taman Bahagia. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia mengutarakan nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh British melalui pembentukan Israel.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Hanya kira-kira satu jam selepas majalah itu diterbitkan, Burhanuddin ditahan oleh pihak British. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian beliau berjaya diikat jamin oleh ahli keluarga al-Saggoff dengan bayaran yang sebanyak $1,000 bersamaan RM3.074.&#8221; (Petikan Zine Dari Johor edisi #10\/2022).<\/p>\n\n\n\n<p>Sejarah merakam seawal tahun 1937 lagi telah wujud bahan pencerahan tentang Palestin dan Israel kepada Bani Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Burhanuddin Al-Helmy anak kelahiran Changkat Tualang Perak. <\/p>\n\n\n\n<p>Sosok ini bersama Ishak Haji Muhamad dan Ibrahim Yaacob telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938.<\/p>\n\n\n\n<p>Sosok ini juga menubuhkan parti nasionalis Melayu pertama di beri nama Parti Kebangsaan Melayu Malaya pada 17 Oktober 1945.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau terdidik dalam bidang Islam dan perubatan Homeopati, adalah juga seorang nasionalis Melayu yang progresif. <\/p>\n\n\n\n<p>Sosok ini menjadi penasihat Parti Rakyat dan juga pemimpin parti Islam, PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah pernah beraktiviti di Palestin untuk memahami lebih dekat tentang bagaimana Palestin telah diwujudkan oleh kolonial Inggeris melalui Deklarasi Balfour 1917.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui Deklarasi ini, kolonial Inggeris menyokong dan mengajukan agar negara Israel ditubuhkan di Palestin untuk Yahudi. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika ini Palestin di bawah kuasa Uthmaniyyah.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang hendak saya jelaskan di sini ialah perjuangan Palestin ini bukan satu yang baru untuk Bani Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah ada sosok Melayu yang dikenali sebagai Sulaiman Palestin yang pernah jadi calon menentang Hussein Onn, presiden Umno, pada 1978.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum bertugas di Tanah Melayu, Sir Henry Gurney, wakil Baginda Queen yang ditembak mati oleh gerila Pembebasan Rakyat Malaya pada 6 Oktober 1951 di jalan ke Bukit Fraser, pernah berlatih mengawal dan membunuh warga Arab di Palestin.<\/p>\n\n\n\n<p>Terbukti, Palestin dan Tanah Melayu memiliki sejarah yang sama. <\/p>\n\n\n\n<p>Dua negara ini menjadi tanah jajahan Inggeris.<\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini Palestin dan Gaza bergolak lagi. Isu Palestin ini tidak pernah padam-padam. <\/p>\n\n\n\n<p>Semenjak negara Zionis Israel di tubuhkan pada 14 Mei 1948, perang berterusan. <\/p>\n\n\n\n<p>Perang tak henti ini mengancam Timur Tengah dan juga mengancam dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>Fakta sejarah merakamkan bahawa memang ada Yahudi yang tinggal di Palestin pada tahun-tahun sebelum Perang Dunia Kedua. <\/p>\n\n\n\n<p>Yahudi ketika itu adalah bangsa minoriti yang hidup aman damai dengan masyarakat Arab Palestin.<\/p>\n\n\n\n<p>Setelah selesai Perang Dunia Kedua, semua berubah.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejarah merakamkan bagaimana pada 9 Mei 1948 telah dijalankan program pembunuhan beramai-ramai orang kampung di Dier Yassin. <\/p>\n\n\n\n<p>Seramai 107 Arab Palestin, kecil besar tua muda, telah dibunuh oleh Irgun, kumpulan pengganas Yahudi.<\/p>\n\n\n\n<p>Pembunuhan di kampung-kampung lain juga berlaku dalam usaha untuk membersih Palestin dari warga Arab. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang sempat dibunuh, dibunuh. Yang sempat lari, melarikan diri.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Dari sini bermula perang Arab-Yahudi yang tidak selesai hingga ke hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Warga Palestin dibunuh, tanah dan kampung halaman mereka dirampas. <\/p>\n\n\n\n<p>Arab Palestin menjadi orang pelarian mencari perlindungan di Lubnan, Syria dan Jordan.<\/p>\n\n\n\n<p>Hukum alam tetap berlaku: sebanyak mana penindasan sebanyak itulah perlawanan. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang ditindas dan ditekan pasti akan bangun melawan.<\/p>\n\n\n\n<p>Negara-negara Arab semuanya tidak menerima kemunculan Israel di wilayah mereka.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Perang pertama meletus pada 1948, Perang Suez 1956, Perang Enam Hari 1967, Perang Pergeseran 1969-1970, Perang Ramadan 1973 dan Perang Lubnan 1982.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiap kali perang berlaku, Israel merampas lebih banyak wilayah. <\/p>\n\n\n\n<p>Hingga ke 2023, Israel masih tidak memiliki batu sempadan yang tetap. <\/p>\n\n\n\n<p>Setiap kali perang semakin banyak kota dan desa menjadi milik Yahudi Israel. <\/p>\n\n\n\n<p>Semakin ramai warga Palestin menjadi pelarian perang.<\/p>\n\n\n\n<p>Bandar Baitulmuqaddis di Tebing Barat, di mana berdirinya Masjid Al-Aqsa, telah jatuh ke tangan Israel pada Perang 1967. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada 1980, Knesset, parlimen Israel, mengumumkan bandar ini sebagai ibu kota Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan Amerika Syarikat pada 6 Disember 2017 di bawah Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis, atau Jerusalem, sebagai ibu kota Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengumuman ini membawa bentrokan yang berterusan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana kota ini dianggap suci oleh umat Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Kiblat pertama Islam ialah ke Masjid Al-Aqsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak pernah ada hari damai dalam negara yang dipanggil Israel. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada saja rumah Palestin atau tanah ladang mereka dirampas. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada saja anak muda Palestin ditembak mati. <\/p>\n\n\n\n<p>Pelbagai helah dan rancangan diajukan untuk memastikan dasar Zionis dapat di jalankan di Palestin.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa dia dasar Zionis ini?<\/p>\n\n\n\n<p>Dasar Zionis cukup mudah. Kaum Zionis mahu mendirikan Israel sebagai Negara Yahudi.<\/p>\n\n\n\n<p>Yahudi di serata dunia boleh pindah ke Israel untuk menjadi warganegara. <\/p>\n\n\n\n<p>Pendatang baru berasal dari Eropah kini menjadi warganegara majoriti di Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam Perang Dunia Kedua, Hitler telah membunuh Yahudi. <\/p>\n\n\n\n<p>Ekonomi Jerman dikawal dan dimiliki Yahudi. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru dengan kebangkitan Parti Nazi, Hitler telah membantai Yahudi di mana sahaja ditemui.<\/p>\n\n\n\n<p>Setelah tamat perang, maka di sinilah masuknya jarum Zionis. <\/p>\n\n\n\n<p>Kaum Zionis telah menggunakan rasa bersalah Eropah yang membenarkan Hitler membantai Yahudi. <\/p>\n\n\n\n<p>Dihebohkan enam juta Yahudi dibunuh oleh Nazi.<\/p>\n\n\n\n<p>Holocaust \u2013 pembunuhan Yahudi beramai-ramai &#8211; menjadi kempen kaum Zionis. <\/p>\n\n\n\n<p>Saban hari saban tahun, setiap detik kaum Zionis mengingatkan dunia tentang Hitler, Nazi dan Holocaust.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru negara-negara Eropah menyokong penubuhan negara Israel atas bumi Palestin.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini dahulu. Bagaimana sekarang?<\/p>\n\n\n\n<p>Keganasan, penindasan dan kezaliman ke atas Palestin berjalan tanpa henti. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah bekas presiden Amerika Jimmy Carter telah menyifatkan Israel negara apartheid.<\/p>\n\n\n\n<p>Israel hari ini mengamalkan dasar rasis yang ekstrem \u2013 satu undang-undang untuk Yahudi, dan satu yang lain untuk Arab Palestin. <\/p>\n\n\n\n<p>Kawasan dan wilayah Arab dipagari dengan kawat berduri dan tembok dibina untuk memastikan Palestin dan Israel tidak bertemu.<\/p>\n\n\n\n<p>Semua dijalankan atas nama keselamatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Arab Palestin \u2013 besar kecil tua muda &#8211; semua dianggap pengganas yang wajib dijimatkan sebelum mereka sempat mengganas.<\/p>\n\n\n\n<p>Apakah masyarakat dunia tidak melihat semua ini? <\/p>\n\n\n\n<p>Amat jelas dan amat terang bahawa yang mengganas saban hari ialah Zionis Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada penindasan pasti ada perlawanan. Muncul parti Hamas.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Hamas menang pilihan raya di Gaza. <\/p>\n\n\n\n<p>Hamas menewaskan Fatah pada tahun 2005. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada 2007, Zionis Israel mengepung dan menjalankan sekatan ke atas Gaza.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Semenanjung Gaza menjadi penjara kepada lebih 2 juta warga Arab Palestin. <\/p>\n\n\n\n<p>Gaza adalah penjara terbesar dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>Siapa keluar dan siapa masuk ke Gaza wajib mendapat kebenaran dari Israel. <\/p>\n\n\n\n<p>Keluar masuk menjadi susah dan hampir mustahil.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Israel mengawal barang masuk dari darat dan laut. <\/p>\n\n\n\n<p>Nelayan hanya dibenarkan menangkap ikan di pesisir pantai, tidak ke laut dalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Lawan pasti melawan. Justeru warga Gaza membuat lubang tikus dan terowong untuk menyeludup dari wilayah padang pasir Sinai yang bersempadan dengan Mesir.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun dalam kepungan dan sekatan, warga Gaza masih berupaya melawan. <\/p>\n\n\n\n<p>Senjata masuk melalui terowong bawah tanah.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Beberapa kali Israel telah mengebom musnah rumah dan bangunan di Gaza. <\/p>\n\n\n\n<p>Beribu Arab Palestin terbunuh. Beribu cedera. Beratus bangunan dan rumah runtuh musnah.<\/p>\n\n\n\n<p>Perlawanan masih diteruskan. Inilah semangat Gaza. Inilah perjuangan Hamas.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika saya menulis ini, kereta kebal, meriam dan soldadu bala tentera Zionis Israel sedang berkampung di sempadan Semenanjung Gaza.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada subuh 7 Oktober 2023, gerila pembebasan Palestin dari Hamas masuk menyerang Israel. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini bukan kali pertama Hamas menyerang Israel, tapi kali ini memeranjatkan dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>Gerila Hamas menyerang Israel dari darat, laut dan udara. <\/p>\n\n\n\n<p>Israel yang mendakwa memiliki sistem risik tercanggih di dunia, kini tercabut seluar dalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Kem tentera Zionis diserang. Balai polis diserang. Siapa bergerak ditembak mati. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam masa 20 minit, 5,000 roket masuk ke Israel. Sistem pertahanan Israel lingkup.<\/p>\n\n\n\n<p>Kereta kebal meletup hasil kerja drone. <\/p>\n\n\n\n<p>Pagar kawat besi dirobohkan jentolak. <\/p>\n\n\n\n<p>Gerila Hamas bermotosikal masuk menyerang, seperti helang sampai dengan glider.<\/p>\n\n\n\n<p>Soldadu dan orang awam ditawan dijadikan tebusan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tawanan perang dibawa pulang ke Gaza. <\/p>\n\n\n\n<p>Diberitakan seorang kolonel tentera Israel turut menjadi salah seorang dari ratusan orang awam dan puluhan soldadu yang ditawan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dunia gempar melihat kebolehan gerila Hamas. <\/p>\n\n\n\n<p>Operasi Taufan Al-Aqsa dirancang teliti. <\/p>\n\n\n\n<p>Strategi ketenteraan yang cekap lagi menakjubkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun dalam penjara terbesar di dunia, gerila Hamas tetap melawan.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang berlaku telah menaikkan semangat perjuangan parti Hizbullah di Lubnan. <\/p>\n\n\n\n<p>Hizbullah bersetia kawan dengan melancarkan serangan roket dari selatan Lubnan ke arah Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>Sokongan setia kawan juga meledak di dunia. <\/p>\n\n\n\n<p>Di Sydney, Australia, himpunan menyokong Palestin menyaksikan ribuan ke jalan raya. <\/p>\n\n\n\n<p>Di New York, anak muda dan warga Amerika turun berdemo. <\/p>\n\n\n\n<p>Di Tehran, di Istanbul, ribuan demonstran turun bersolidariti dengan Palestin.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam Parlimen Malaysia, para YB berbincang menyatakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin. <\/p>\n\n\n\n<p>Negara-negara dalam dunia menuntut hentikan kepungan dan beri bantuan kemanusiaan pada warga Gaza.<\/p>\n\n\n\n<p>Negara besar seperti China dan Rusia, kecuali Jerman dan Perancis, semua negara termasuk Malaysia, menyeru agar serang menyerang dihentikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bentrokan jangan dilebarkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tenaga elektrik di Gaza dipadamkan, bekalan air diputuskan dan bangunan dan rumah diledakkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Keganasan Zionis Israel sedang disaksikan oleh rakyat dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya teringat kembali 50 tahun dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika itu, sebagai setiausaha agong Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) saya mengadakan sudut pidato pada pagi Sabtu, 13 Oktober. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya menghasut anak mahasiswa semua bangsa untuk menyokong perjuangan adil rakyat Palestin.<\/p>\n\n\n\n<p>Perang Arab-Israel telah meledak pada 6 Oktober 1973. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini Perang Ramadan untuk Arab. <\/p>\n\n\n\n<p>Perang Yom Kippur untuk Yahudi.<\/p>\n\n\n\n<p>Di akhir Sudut Pidato, lebih 500 orang siswa-siswi UM turun berdemo anti-Amerika di hadapan kedutaan Amerika Syarikat, ketika itu dalam bangunan AIA di Jalan Ampang.<\/p>\n\n\n\n<p>Demo mahasiswa penyokong rakyat Palestin dari UM telah diserang oleh gerombolan FRU. Bertempiaran kami lari.<\/p>\n\n\n\n<p>Lima puluh tahun dahulu, sasaran kami ialah imperialis Amerika Sereket. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru kami dibantai oleh FRU.<\/p>\n\n\n\n<p>Lima puluh tahun kemudian saya tetap akan bersetia kawan dengan Palestin. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya menyokong perjuangan yang adil. <\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa mengira apakah mereka Islam, Hindu, Kristian, Majusi, Nasrani, beragama atau tidak beragama.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang wajib kita sokong ialah keadilan, walaupun ditangkap seperti Burhanuddin pada 1937. <\/p>\n\n\n\n<p>Atau seperti pelajar UM ditembak dengan gas pemedih mata oleh FRU pada 13 Oktober 1973.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang wajib kita lawan ialah kezaliman. <\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa mengira yang zalim itu Islam, Kristian, Yahudi, Majusi, Nasrani, yang beragama atau tidak beragama.<\/p>\n\n\n\n<p>Selagi ada kezaliman, selagi itu lawan.<\/p>\n\n\n\n<p>Hishamuddin Rais<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya tunda dulu kisah Anwar Ibrahim tak ambil gaji bulanan. Tangguh dulu\u00a0kisah dan peranan cukong dan oligarki\u00a0dalam politik<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":17699,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-17698","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17698","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17698"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17698\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17700,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17698\/revisions\/17700"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17699"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17698"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17698"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17698"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}