{"id":17713,"date":"2023-11-27T08:11:30","date_gmt":"2023-11-27T08:11:30","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=17713"},"modified":"2023-11-27T08:11:32","modified_gmt":"2023-11-27T08:11:32","slug":"dr-sam-kemaman-dan-lonjakan-penolakan-pengundi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/11\/27\/dr-sam-kemaman-dan-lonjakan-penolakan-pengundi\/","title":{"rendered":"Dr Sam, Kemaman Dan Lonjakan Penolakan Pengundi!"},"content":{"rendered":"\n<p><em>\u201cUMNO\u00a0cari penyakit sungguh ni, sakit bulih malu bulih\u2026 tak kabo ko Melayu serabut doh denga\u00a0 Umno,\u201d<\/em>\u00a0bebel seorang pakcik dalam usia akhir 50-an di Kedai kopi Jerteh. <\/p>\n\n\n\n<p>Aku membiarkan dia melepaskan apa yang terbuku di relung hatinya. <\/p>\n\n\n\n<p>Usai kuliah Subuh di daerah\u00a0<em>agrarian<\/em>\u00a0ini menjadi kebiasaanku menjamu jamaah kuliah Subuh, kadang tak sempat dihulur not berwarna kelabu, tangkas yang lain berebut pahala untuk membaja rezeki.<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cZaman dah berubah, dulu bolehlah, rakyat diikat dengan maklumat TV, sekarang ini masyarakat makin cerdik\u2026 maklumat di dalam telefon,\u201d<\/em>\u00a0syarah seorang guru pencen dengan kepulan asap kopi menebarkan aroma dengan nasi berlauk ikan bekok yang kini menjadi fenomena di daerah kami. <\/p>\n\n\n\n<p>Dua minggu sebelum penamaan calon, topik PRK Kemaman mula menjadi bualan rakyat jembel dan pelbagai strata sosial masyarakat di Negeri Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>Bila diumumkan nama Dr Samsuri (Dr Sam) sebagai calon PAS untuk PRK kemaman di Arena Square, euforia gembira menggegarkan seluruh dewan terbuka. <\/p>\n\n\n\n<p>Jalan benderang dengan paling kurang petugas PRK tak perlu penat untuk memperkenalkan calon baru kepada pengundi.<\/p>\n\n\n\n<p>Calon PAS PN dengan pakej kepimpinan, kompetensi, wibawa akademik dan telah membuktikan keupayaan menakhodai Terengganu selama sepenggal. <\/p>\n\n\n\n<p>Keupayaan Dr Sam diketahui umum sehingga menatijahkan kemenangan berjaya 40-0 PAS PN di negeri Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Alumni Sekolah Sains Sultan Mahmud, alumni UKM dan seterusnya bermukim ilmu di tanah leluhur empayar\u00a0<em>Pax Britannica<\/em>.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Pulang ke tanah air, menjawat jawatan sebagai Pensyarah kanan Universiti, juga dengan pelbagai jawatan di dalam PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Ditarbiah oleh\u00a0<em>rahim tajnid<\/em>\u00a0PAS semenjak zaman remaja, bergulat dengan kaderisasi dakwah di kampus dan di zaman muda. <\/p>\n\n\n\n<p>Pakar aero angkasa ini menjadi pembantu kanan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sehinggalah diletakkan bertanding di DUN Rhu Rendang dalam PRU14.<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cKemaman ini insya-Allah, tempat orang cerdik\u2026 kalau letak botol mineral pun, PAS boleh menang,\u201d<\/em>\u00a0kata Datuk Idris Haji Ahmad berlucu. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun akhirnya dijadikan isu oleh jentera BN-PH seolah PAS sombong dan memandang rendah kualiti calon lawan. <\/p>\n\n\n\n<p>BN ketandusan isu kali ini, tiada pemimpin Umno negeri yang sanggup tertampar malu. <\/p>\n\n\n\n<p>Dicalonkan mantan Panglima ATM yang mengaku terkeliru adakah konstitusi Kemaman kerusi DUN atau Parlimen!<\/p>\n\n\n\n<p>\u00a0Di tengah kesuraman kempen BN-PH dalam musim tengkujuh kali ini, Mat Said pula memberikan peluru kepada jentera PAS dengan ceramah semberono mengenai Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. <\/p>\n\n\n\n<p>Tak tergambar tahap intelektual mantan Menteri Besar ini yang sarat dengan bagasi sejarah sepanjang mentadbir Terengganu.\u00a0 <\/p>\n\n\n\n<p>Mat Said masih terperangkap dalam budaya politik Umno dekad 80-an dengan falasi dan naratif gelap yang memualkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bayangkan sepanjang lima tahun Dr Sam memimpin Terengganu, sosok teknokrat ini tak disibukkan untuk menelanjangi kegagalan projek-projek mega zaman Mat Said. <\/p>\n\n\n\n<p>Segalanya bersasar untuk membangunkan negeri dan menunaikan janji manifesto sehingga muncul keyakinan rakyat Terengganu terhadap kompetensi dan wibawa Menteri Besar PAS itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Masa kempen berbaki lagi lima hari, melihat kepada kesungguhan petugas dengan kerencaman program kempen,\u00a0<em>insya-Allah <\/em><em>gelombang hijau<\/em>\u00a0akan menaufan Kemaman sekali lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Kawasan pemukiman FELDA bukan lagi mimpi ngeri kepada PAS dan deposit tetap BN. <\/p>\n\n\n\n<p>Sempat penulis berprogram di FELDA Neram, generasi kedua FELDA adalah menyokong PAS PN. <\/p>\n\n\n\n<p>Peranti pintar telah merubah cara berfikir generasi kedua FELDA walaupun jentera BN cuba merengkuh sokongan masyarakat FELDA dengan pelbagai cara.<\/p>\n\n\n\n<p>Daerah ini sarat dengan sejarahnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Gerakan Sarekat Islam Terengganu beroperasi di sini dalam suku abad pertama abad kedua puluh, didukung oleh guru agama dan santri dengan berinspirasikan Sarekat Islam Indonesia. <\/p>\n\n\n\n<p>Mendobrak kemaraan penjajah sehingga kemuncaknya tercetus Perang Padang Kachong di Terengganu pada tahun 1928. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemaman juga menggamit memori tragedi Natrah yang dipelihara sebagai anak angkat oleh Mak Minah, seorang usahawan kaya daerah ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Maria Hertogh anak angkat Mak Minah daripada\u00a0 Kemaman ini telah menggemparkan dunia Islam pada tahun 1950 dalam perbicaraan mahkamah di Singapura.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemaman mempunyai tarikan pesona tersendiri, ramai orang luar datang ke daerah\u00a0<em>agrarian<\/em>\u00a0ini dalam dekad 1940-an dan 50-an untuk membuka tanah-tanah pertanian. <\/p>\n\n\n\n<p>Kenangan kolektif dalam keluarga\u00a0 kami, iaitu almarhum datukku, Haji Husein Bin Mamat bersama puluhan orang dari Besut telah membuka kampung Besut Kemaman. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara anaknya yang dilahirkan di Kemaman ialah Hajjah Wook Binti Husein, bidan yang membidani Menteri Besar Terengganu, Dr Sam yang akan mewakili PAS di Parlimen ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemaman adalah daerah masyarakat cintai ilmu. <\/p>\n\n\n\n<p>Daerah ini subur dengan majlis-majlis ilmu dan semakin membesar kelompok kelas menengah Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Moga Kemaman maju, berkat dan sejahtera dengan memilih Dr Sam, tokoh teknokrat pada 2 Disember ini.<\/p>\n\n\n\n<p>DR RIDUAN MOHAMAD NOR<br>Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cUMNO\u00a0cari penyakit sungguh ni, sakit bulih malu bulih\u2026 tak kabo ko Melayu serabut doh denga\u00a0 Umno,\u201d\u00a0bebel seorang pakcik<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":17714,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-17713","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17713","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17713"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17713\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17715,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17713\/revisions\/17715"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17714"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17713"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17713"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17713"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}