{"id":17878,"date":"2023-12-29T05:42:37","date_gmt":"2023-12-29T05:42:37","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=17878"},"modified":"2023-12-29T05:42:38","modified_gmt":"2023-12-29T05:42:38","slug":"bahasa-dan-adat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/12\/29\/bahasa-dan-adat\/","title":{"rendered":"Bahasa Dan Adat"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di Melaka dan sesetengah kawasan di Perlis dan Kedah, panggilan anak haram adalah gurauan yang diterima sesama mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Cubalah bertandang ke Terengganu dan buat gurauan mesra sebegitu, anda akan lihat hasilnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkataan kopek, tidak boleh disebut sewenang-wenangnya di Terengganu, Kelantan dan sebahagian Pahang terutama kepada perempuan kerana boleh menyebabkan mulut si penyebut itu terkopek. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi amat difahami maknanya di luar kawasan yang disebutkan itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pantat biasa sahaja disebut di Terengganu dan Kelantan, menerangkan kawasan paling bawah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi awas, anda mungkin boleh dimasukkan ke wad jika menyebutnya di luar dua negeri ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada tempat, burit bermaksud punggung. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi jangan terkejut jika seseorang menegur burit seorang lelaki lain di tempat itu, sebab sememangnya lelaki dan perempuan di sana, semuanya ada burit, samada dia melakukan pembedahan transgender atau tidak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Panggilan natang pernah menjadi penyebab kepada perkelahian antara kawan saya yang berasal dari Melaka dan Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang Melaka merasakan natang adalah panggilan makian dan hinaan kepadanya, manakala yang Terengganu pula cuba bergurau. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi bagi si Melaka itu, sial, lahanat, babi itu gurauan yang menyeronokkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Gurau bewok (biawak) kata orang Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mesti anda yang bukan dari Terengganu tidak merasa lawak dengan perkataan gurau biawak itu, sebab anda bukan orang Terengganu untuk memahami dan merasakannya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Orang Terengganu dan Kelantan, boleh tersenyum.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Orang asal sangat biasa bila berbahasa dengan ahli keluarga mereka yang lebih tua membahasakan diri aku, engkau. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di Hulu Terengganu juga tidaklah menjadi kehairanan jika ganti nama itu digunakan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebaliknya, ia kelihatan amat kurang ajar jika digunakan di kawasan bandar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi apa kepelikannya jika ada bahasa yang agak kasar digunakan dalam kuliah agama jika boleh menyedarkan orang yang sedang dalam kegelapan? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mahu membetulkan adat yang telah diterima di kawasan itu, bukanlah sesuatu yang mesti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">U&#8217;ruf setempat berbahasa setempat selagi tidak haram, tidaklah salah digunakan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan sekarang ini semua dialek di semua negeri sudah difahami oleh sebahagian besar orang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan mereka yang mahu ke kuliah itu juga sudah faham perangai si penyampainya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bermakna mereka pergi kerana tidak rasa dimaki, tetapi rasa ada kebaikan yang akan mereka perolehi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi dimana masalahnya?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Teringat dahulu ada sebuah kitab yang menggunakan bahasa yang betul dan baik, telah menyebabkan salah faham dalam hukum agama. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tulis kitab itu lebih kurangnya begini:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Apabila seseorang itu sudah lama mengerjakan solat, maka tidaklah payah lagi bagi dia bersolat&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak payah di sini dimaksudkan penulis senang atau mudah untuk dilakukan kerana sudah sentiasa melakukannya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi yang difahami segelintir orang lain pula ialah tidak payah itu bermaksud tidak perlu solat lagi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dicampur dengan perangai malas solat, kenalah dia dengan maksudnya itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila dibaca oleh orang yang bukan ahlinya, maka akan terjadilah salah faham. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hendaklah di huraikan oleh yang faham dengan bahasa kitab itu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi apabila orang yang sudah memahami bahasa setempat menerangkan maksud perkataan-perkataan yang digunakan, kenapa harus ada yang marah dan disuruh menukar kepada bahasa yang memarahi itu?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tak salah belajar maksud dialek orang lain. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan kalau ia tidak ubah, sebab ini adalah budaya dan kefahaman mereka dan sekali lagi diingatkan ia tidak haram apabila konteksnya sudah difahami.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ibarat melihat cermin di dinding yang senget. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adakah kita perlu menelengkan kepala semata-mata mahu melihat wajah kita menurut cermin itu atau kita hanya perlu betulkan cermin itu dan kita tidak perlu menyenggengkan kepala kita?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Cuba kita lihat mungkin ada sesuatu yang cuba mengheret kita keluar dari isu entah apa-apa kerana isu bahasa ini tidak ada keperluan untuk di perdebatan selagi ia difahami. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka akan guna semua benda untuk mengalihkan isu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Isu asal kehangatan ini ialah kisah al-Kahfi ada dalam Bible tidak ditegurnya, tetapi melalut sehingga kepada perkara yang bukan utama, diheret keluar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mungkin untuk kepentingan seseorang supaya tidak kelihatan jahil. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang terang haram, tidak sebutkan. Tak ke pelik tu?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malam ini jangan lupa. Yang takut dengar bahasa kasar, pakai ear plug kat telinga atau tukar channel lain. Apa payahnya?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Di Melaka dan sesetengah kawasan di Perlis dan Kedah, panggilan anak haram adalah gurauan yang diterima sesama mereka.<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":17879,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-17878","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17878","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17878"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17878\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17880,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17878\/revisions\/17880"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17879"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17878"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17878"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17878"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}