{"id":17933,"date":"2024-01-06T07:31:49","date_gmt":"2024-01-06T07:31:49","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=17933"},"modified":"2024-01-06T07:32:25","modified_gmt":"2024-01-06T07:32:25","slug":"pn-tiada-dana-untuk-mulakan-langkah-tukar-kerajaan-kata-hadi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/01\/06\/pn-tiada-dana-untuk-mulakan-langkah-tukar-kerajaan-kata-hadi\/","title":{"rendered":"PN Tiada Dana Untuk Mulakan Langkah Tukar Kerajaan, Kata Hadi"},"content":{"rendered":"\n<p>Dakwaan kononnya wujud langkah untuk menukar kerajaan dinafikan Tan Sri Abdul Hadi Awang dengan menyifatkan ia satu sandiwara yang dicipta oleh kerajaan campuran.<\/p>\n\n\n\n<p>Presiden PAS yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata langkah untuk memancing Ahli Parlimen bukan amalan gabungan tersebut, malah dengan keadaan ketiadaan dana mustahil sebarang usaha untuk menukar kerajaan dapat dilaksanakan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami bergantung kepada rakyat dan pengorbanan mereka bersama PAS sejak penubuhannya hingga kini. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Orang yang tidak boleh bertahan melalui ribut dan gelombang politik ini umpama mereka yang mabuk kapal di lautan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSedangkan kerajaan sekarang yang menguasai wang dan dapat mempengaruhi mereka yang mencari segala projek menghasilkan kewangan dengan cara paling mudah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAdapun pihak pembangkang pula disekat peruntukan yang wajib diberikan, bahkan dibekukan perjalanan kewangannya dan disita.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada masa sama, pihak yang menyokong pembangkang pula dilakukan sekatan dan disusahkan kerana dianggap menjadi pencabar paling bahaya terhadap kerajaan,\u201d katanya dalam kenyataan Minda Presiden PAS yang bertajuk \u2018Gempar Langkah Dubai\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Hadi berkata, PAS bersedia dan berusaha menunggu perubahan kerajaan melalui saluran proses demokrasi Raja Berperlembagaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPAS akan terus bersabar kerana sejak ditubuhkan pada 1951 dengan hanya satu kerusi, parti itu terus beristiqamah dalam semua keadaan walaupun berdepan pasang surut dan naik turun gelombang politik,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli Parlimen Marang berkenaan secara sinis turut menyifatkan Kerajaan Perpaduan masih bersikap pembangkang kerana sentiasa mencari kesalahan dan kelemahan pihak lawan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMaka cakapnya berdegar-degar, terus tidak menunaikan janjinya, lain yang ditanya lain yang dijawab, atau gelabah bertindak dahulu sebelum disiasat, tangkap dahulu sebelum nyata penyiasatannya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerajaan Perpaduan yang melangkah laksana anak ayam kehilangan ibu, kerana ibunya ke sana ke mari mencari makanan dengan meninggalkan anaknya sehingga boleh disambar helang yang sentiasa mencari peluang. Bapak ayam pula memang tidak mempedulikan anak kerana sibuk mengejar ayam betina lain,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Semalam Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa wujud \u2018Langkah Dubai\u2019 iaitu satu cubaan menjatuhkan kerajaan campuran yang dipercayai mahu dilaksanakan akhir bulan lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu turut mengakui bahawa rancangan sulit berkenaan hanya satu usaha yang membuang masa.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, sebarang langkah menukar kerajaan menerusi akuan bersumpah (SD) bukan satu cara yang baik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLaporan dari segi perisikan memang kami peroleh seawal penerbangan mereka sampai ke tempat itu (di Dubai). Laporan selepas itu kami peroleh juga, tapi pada hemat kami, langkah itu hanya membuang masa,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dakwaan kononnya wujud langkah untuk menukar kerajaan dinafikan Tan Sri Abdul Hadi Awang dengan menyifatkan ia satu sandiwara<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":17934,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-17933","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17933","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17933"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17933\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17935,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17933\/revisions\/17935"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17934"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17933"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17933"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17933"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}