{"id":17964,"date":"2024-01-11T23:18:03","date_gmt":"2024-01-11T23:18:03","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=17964"},"modified":"2024-01-11T23:18:06","modified_gmt":"2024-01-11T23:18:06","slug":"akidah-islam-tergadai-kepada-perlembagaan-persekutuan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/01\/11\/akidah-islam-tergadai-kepada-perlembagaan-persekutuan\/","title":{"rendered":"\u2018Akidah Islam Tergadai Kepada Perlembagaan Persekutuan\u2019"},"content":{"rendered":"\n<p>\u201cKeputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan pada 10 Januari (semalam) bagi kes ibu tunggal, Loh Siew Hong yang berjaya membatalkan akidah tiga anaknya yang diislamkan secara sepihak oleh bekas suaminya, Muhammad Nagashwaran Muniandy, membuktikan bahawa akidah Islam telah tergadai kepada Perlembagaan Persekutuan dan sudah tidak boleh menjamin lagi Islam sebagai agama persekutuan.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa berkata demikian sambil menambah, sudah sampai masanya Perlembagaan Persekutuan ditafsir semula dengan melihat kepada kepentingan umat Islam di negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, keputusan tersebut juga membuktikan bahawa Enakmen Syariah Negeri-Negeri sangat lemah dan tidak mampu serta berupaya melindungi, menyelamatkan dan menjamin akidah umat Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemalam, Mahkamah Rayuan telah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengekalkan status quo agama Islam tiga anak kepada ibu tunggal, Loh Siew Hong yang ditukar secara sebelah pihak oleh bekas suaminya, Muhammad Nagashwaran Muniandy.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelalui keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah, agama tiga kanak-kanak itu yang mana bagi pasangan kembar yang kini berusia 16 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun kekal sebagai Hindu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita lihat, keputusan ini agak menyamai seperti Kes Natrah@Maria Hertogh yang telah berlaku pada tahun 1950 di Singapura, apabila ia dipulangkan semula kepada ibu bapanya di Belanda dan dikembalikan kepada agama asalnya, Kristian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBayangkan betapa sedihnya umat Islam, selama empat&nbsp; tahun anak-anak ini berpegang kepada agama Islam dan mengamalkan ajaran Islam, akhirnya mereka akan murtad semula untuk kembali kepada agama hindu,\u201d tegasnya&nbsp;<em>HarakahDaily<\/em>.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Zai turut menyatakan, walaupun hakim kes berkenaan merupakan orang Islam, tetapi Perlembagaan Persekutuan telah mengikat dan menyekat para hakim untuk menyelamatkan akidah umat Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKeputusan yang dikeluarkan oleh hakim Mahkamah Tinggi terkilaf. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Maka dengan itu,\u00a0 Mahkamah Rayuan membetulkannya dengan keputusan sebaliknya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTiada ertinya Islam sebagai agama Persekutuan tetapi di sini, soal yang paling penting adalah berkaitan dengan akidah Islam tidak mampu dilindungi dan dipelihara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOleh itu Majlis Raja-Raja Melayu harus segera bertindak kerana hak dan pemegang taruh kepada hal ehwal agama Islam di negara ini adalah dipayungi oleh Raja-Raja Melayu,\u201d katanya<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Hari yang sedih buat umat Islam<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato\u2019Haji Ahmad Yahaya berkata, kes ini adalah&nbsp;<em>\u2018precedent\u2019&nbsp;<\/em>(peristiwa atau tindakan lebih awal yang dianggap sebagai contoh atau panduan untuk dipertimbangkan dalam keadaan yang serupa seterusnya) daripada kes Indira Gandhi yang memutuskan pengislaman sepihak atau&nbsp;<em>\u2018unilateral conversion\u2019<\/em>&nbsp;kini telah terbatal.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUntuk pengetahuan, Indira Gandhi juga turut membuat tuntutan saman ke atas lapan negeri yang mempunyai enakmen berkaitan pentadbiran Islam untuk kes pengislaman sepihak tersebut.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSekali lagi kita berhadapan dengan hari yang sedih kepada umat Islam dengan kekalahan kes-kes sebegini walaupun kita masih boleh merayu ke Mahkamah Persekutuan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita memahami keputusan tersebut melalui jalan perundangan dan kita perlu melakukan sesuatu untuk mengubah semula keadaan tersebut,\u201d ujarnya kepada<em>&nbsp;HarakahDaily<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSejujurnya jalan yang paling terbaik adalah pindaan peruntukan undang-undang sedia ada bagi memastikan kita mempunyai penyelesaian yang boleh menyelamatkan akidah anak-anak kita,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cKeputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan pada 10 Januari (semalam) bagi kes ibu tunggal, Loh Siew Hong yang<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":17965,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-17964","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17964","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17964"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17964\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17966,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17964\/revisions\/17966"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17965"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17964"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17964"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17964"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}