{"id":17967,"date":"2024-01-12T22:50:59","date_gmt":"2024-01-12T22:50:59","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=17967"},"modified":"2024-01-12T22:51:01","modified_gmt":"2024-01-12T22:51:01","slug":"ayah-chik-dan-pesan-pesan-berharga-wakil-rakyat-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/01\/12\/ayah-chik-dan-pesan-pesan-berharga-wakil-rakyat-pas\/","title":{"rendered":"Ayah Chik Dan\u00a0Pesan-Pesan Berharga Wakil Rakyat PAS"},"content":{"rendered":"\n<p>Perubahan landskap politik negara setahun dua ini turut menyebabkan berlakunya anjakan mobiliti sosial kepada sebahagian pimpinan PAS yang bergelar wakil rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Anjakan\u00a0<em>harkat<\/em>\u00a0sosial kadang\u00a0<em>paralel<\/em>\u00a0dengan perubahan gaya hidup dan cara berfikir manusia. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita juga tak pernah terfikir hegemoni daulah berjaya diruntuhkan,\u00a0<em>aparatus<\/em>\u00a0kerajaan bukan lagi faktor besar yang mampu menopang hegemoni kuasa. <\/p>\n\n\n\n<p>BN melemah dengan pantas, manakala PH ditolak oleh orang Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS menghantar paling ramai anggota legislatif ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri-negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>Minggu ini PAS menganjurkan permukiman khas untuk pemimpin-pemimpinnya, juga Konvensyen Wakil Rakyat PAS di Bangi dalam kekecohan\u00a0<em>netizen<\/em>\u00a0bercakap mengenai angin perubahan kuasa di Putrajaya. <\/p>\n\n\n\n<p>Setahun lebih kuasa Kerajaan Anwar, dengan pencak semakin salah tingkah, perlecehan kepada Islam sudah tak terlindung, pesta pora maksiat semakin menggebu, laungan reformasi menjadi bagasi kepada penuturnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun ada yang membimbangkan daripada ujian kemenangan kepada pimpinan, daripada mimbar masjid surau ke koridor kuasa dengan gemerlapan takhta. <\/p>\n\n\n\n<p>Segalanya menguji dan meruntun jiwa, ujian kemenangan adalah sangat berlapis dan boleh menjadi\u00a0<em>boomerang<\/em>\u00a0yang membaham tengkuk jika tak dikawal daripada awal.<\/p>\n\n\n\n<p>Ayah Chik mengingatkan semua anggota legislatif PAS agar menjadi kelompok yang menentang kemungkaran, itulah antara matlamat kekuasaan berdasarkan surah al Hajj ayat\u00a0 41. <\/p>\n\n\n\n<p>Menentang kezaliman penguasa yang melencong daripada panduan syariat, politik Islam yang didukung PAS mempunyai rujukan al Quran dan al Hadis. <\/p>\n\n\n\n<p>Tuan Guru Ayah Chik mengingatkan dengan tegas kepada wakil rakyat dalam menanggani sikap dan tarikan pesona kepada\u00a0<em>mandraguna<\/em>\u00a0kuasa dan kekuasaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila PAS memenangi banyak kerusi dalam PRU15 dan PRUN15 maka rakyat akan\u00a0sentiasa memerhatikan cara hidup pimpinan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Teringat penulis juga akan almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz, ingatan dalam usrah Qiadi, agar jangan bermegah dan bermewah. <\/p>\n\n\n\n<p>Menjadi pimpinan adalah pelayan rakyat, jangan rakus membesarkan rumah kediaman, menukar kenderaan mewah, menambah koleksi bini,\u00a0<em>berwisata<\/em>\u00a0keluar negara dengan keluarga dalam keadaan rakyat mengikat perut.<\/p>\n\n\n\n<p>Almarhum Ayah Ziz memberikan cadangan kepada pimpinan agar mengamalkan puasa sunat dengan serius. <\/p>\n\n\n\n<p>\u201c<em>Kita ni, kalau makanan halal pun kita tak makan, takkan makanan\u00a0 haram kita akan makan\u201d<\/em>\u00a0pesannya lirih kepada para pimpinan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kurikulum tersembunyi daripada puasa sunat Isnin Khamis begitu sekali menatijahkan impak besar kepada pimpinan Kerajaan Kelantan. <\/p>\n\n\n\n<p>Selama tiga\u00a0<em>dasawarsa<\/em>, PAS memerintah Kelantan tanpa adanya sabitan kes SPRM. <\/p>\n\n\n\n<p>Puasa sunat menghancurkan obsesi kuasa, menjadikan jasad sihat serta menyelimutkan akhlak mulia kepada pengamalnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Ayah Chik Tuan Guru Presiden antara pengamal puasa sunat dan sangat gembira jika anak-anak buah mengosongkan perut pada hari Isnin dan Khamis.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Syahdu menggamit relung hati kami pada hari ini apabila Tuan Guru Presiden PAS yang kami mesrai dengan panggilan Ayah Chik berpesan kepada semua wakil rakyat dan seluruh pimpinan agar menjaga cara hidup. <\/p>\n\n\n\n<p>Murabbi ini sebelum ini tidak mahu meletakkan dirinya dalam barisan Kabinet, beliau memantau anak-anak buah bekerja dalam Kabinet PN sebelum ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Pesan Ayah Chik agar semua pimpinan PAS kena pastikan isteri dijaga dengan baik, tidak menunjuk-nunjuk kepada orang kampung. <\/p>\n\n\n\n<p>Memperagakan kekayaan adalah sikap yang jelek, apatah lagi kepada pimpinan gerakan Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Suasana bening seketika, seolah memotong keseronokan kami dalam dewan berhawa dingin Hotel Tenera di era kemenangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ayah Chik menarik nafas yang bergelombang,\u00a0<em>\u201chargai anak-anak buah, pengikut kerana ada yang hidupnya susah berjuang<\/em>\u201c\u2026 bergetar suara dan sebak Ayah Chik mengingatkan semua wakil rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>\u201c<em>Jangan bergaduh dengan jentera parti, kuatkan cawangan-cawangan. <\/em><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;<em>Merekalah yang paling rapat dengan akar umbi masyarakat. <\/em><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;<em>Ambil peluang perbanyakkan cawangan-cawangan dalam era tamkin kerana masyarakat akan cenderung kepada kita.\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Kami semua diam tak berkutik diingatkan oleh murabbi Presiden. <\/p>\n\n\n\n<p>Jawatan bukan kemuliaan namun ianya satu tanggungjawab, ada kira bicara di akhirat di samping ahli-ahli jamaah\u00a0 melakukan observasi. <\/p>\n\n\n\n<p>Itulah PAS, bergerak di dalam\u00a0<em>harakatul ummah<\/em>\u00a0ini sentiasa kita diingatkan dengan hari akhirat. <\/p>\n\n\n\n<p>Moga kuasa dan kekuasaan tidak menggerus keperibadian pimpinan PAS.<em>\u00a0<\/em><\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cThe power is sweet\u201d<\/em>\u00a0ujar politikus tanpa kitab,\u00a0<em>mandraguna<\/em>\u00a0kuasa adalah sangat menggerunkan!\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cJangan pula mencari harta, perhatikan masalah masyarakat \u2026ikhlaskan niat, jangan langgar baiah kita, lihat pengajaran dalam PAS, mereka yang melanggarkan baiah dan kesan kepada kehidupan mereka\u2026 bahkan ada sekolah mereka mati, kuliah hilang pendengar. Sentiasa kita bermuhasabah,\u201d<\/em>\u00a0kata Tuan Guru yang\u00a0baru sahaja\u00a0 mendapat rawatan dan pemantauan doktor, namun besar kecintaan Ayah Chik kepada perjuangan, memberikan pengisian adalah terapi buat murabbi ummah ini.<\/p>\n\n\n\n<p>DR RIDUAN MOHAMAD NOR<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perubahan landskap politik negara setahun dua ini turut menyebabkan berlakunya anjakan mobiliti sosial kepada sebahagian pimpinan PAS yang<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":17968,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-17967","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17967","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17967"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17967\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17969,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17967\/revisions\/17969"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17968"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17967"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17967"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17967"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}