{"id":17982,"date":"2024-01-13T07:29:02","date_gmt":"2024-01-13T07:29:02","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=17982"},"modified":"2024-01-13T07:29:04","modified_gmt":"2024-01-13T07:29:04","slug":"pas-ada-potensi-jadi-parti-islam-moden","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/01\/13\/pas-ada-potensi-jadi-parti-islam-moden\/","title":{"rendered":"PAS Ada Potensi Jadi Parti Islam Moden"},"content":{"rendered":"\n<p>Naib Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ada yang beranggapan PAS sebuah parti yang tidak mempunyai ramai golongan teknokrat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebenarnya dalam PAS, kita mempunyai ramai ahli yang datang dari pelbagai bidang dan latar belakang,\u201d ujarnya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, katanya kebanyakan daripada mereka tidak menonjol ke depan, sebaliknya amat berperanan di belakang tabir dan terlibat dalam menyusun atur strategi untuk PAS terus bergerak ke hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, beliau merupakan salah seorang yang pernah menjadi sebahagian daripada mereka sebelum diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum 2018 lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahnya ada juga yang beranggapan PAS sebuah parti ekstremis dan mempunyai rasa prejudis lalu menyamakan PAS dengan parti Islam lain di dunia ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu menegaskan, itu 100 peratus tidak benar sama sekali.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDi Malaysia, kita amat memahami struktur masyarakat yang terdiri daripada kepelbagaian etnik serta agama dan PAS merupakan parti yang sudah relevan serta boleh diterima oleh masyarakat dalam negara ini,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, PAS mempunyai potensi untuk menjadi sebuah parti Islam yang moden.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, ujarnya menyamakan parti PAS dengan Taliban dan yang seumpamanya merupakan satu kesilapan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami amat memahami, untuk menjadikan negara kita negara yang terbaik, kita semua perlu bekerjasama sebagai warganegara Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahnya, PAS kini bukan lagi \u2018parti kampung\u2019 dan ianya sebenarnya lebih dari hanya sekadar parti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami sudah berada sejauh ini dan akan terus bergerak ke hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPAS juga bukanlah sebuah parti yang sempurna tetapi kami mempunyai ahli dan penyokong yang terdiri dari pelbagai latar belakang yang mendukung,\u201d ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kemaman.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Naib Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ada yang beranggapan PAS sebuah parti yang tidak<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":17983,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[53],"tags":[79],"class_list":["post-17982","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pas","tag-pas"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17982","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17982"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17982\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17984,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17982\/revisions\/17984"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17983"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17982"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17982"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17982"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}