{"id":18040,"date":"2024-01-23T08:43:45","date_gmt":"2024-01-23T08:43:45","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=18040"},"modified":"2024-01-23T08:43:48","modified_gmt":"2024-01-23T08:43:48","slug":"nasihat-kepada-pemimpin-tertinggi-dan-penjawat-awam-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/01\/23\/nasihat-kepada-pemimpin-tertinggi-dan-penjawat-awam-negara\/","title":{"rendered":"Nasihat Kepada Pemimpin Tertinggi Dan Penjawat Awam Negara"},"content":{"rendered":"\n<p>Hentikan segera politik dendam. <\/p>\n\n\n\n<p>Ditakdirkan kerajaan hari ini jatuh, kamu akan sengsara. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga penjawat awam. <\/p>\n\n\n\n<p>Kamu jangan seperti lembu dicucuk hidung. <\/p>\n\n\n\n<p>Orang akan balas balik apa yang kamu buat dan arahan yang kamu terima membabi buta.<\/p>\n\n\n\n<p>Politik balas dendam sebegini, tidak membawa keuntungan kepada sesiapa, sebalik rakyat bertambah derita, disebabkan kesempitan ekonomi. <\/p>\n\n\n\n<p>Pendedahan sebegini akan menjadikan pelabur luar (FDI) semakin takut untuk bermuamalah dengan kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita terkenal seluruh dunia sebagai sebuah negara korup dan rasuah. <\/p>\n\n\n\n<p>Negara lain dilabelkan korup dan rasuah, kini tidak seteruk kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Wajarkah politik bebal sebegini terus diamalkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika mahu ambil tindakan, buat terhadap semua. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan terpilih-pilih, hanya kerana sepakatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Satu dunia tahu, siapa yang benar, siapa yang salah. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan simpan pekung, hanya kerana mahu berkuasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Percayalah, suatu hari nanti, kamu dan keturunan kamu juga akan turut menderita.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya, selaku rakyat marhaen, dan majoriti rakyat lain, bukan bodoh, mereka memerhatikan sahaja tindakan kamu ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin kamu sedang alpa, sebab ketika ini kamu sedang memegang kuasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi ingat, langit tidak selalu cerah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita tidak selamanya berada di atas. <\/p>\n\n\n\n<p>Giliran kita akan datang. <\/p>\n\n\n\n<p>Dibimbangi, anak cucu kita yang tidak berdosa turut terpalit.<\/p>\n\n\n\n<p>Paling sedih, kita mengambil tindakan sesama kita. Semasa Muslim, bersaudara. <\/p>\n\n\n\n<p>Pemimpin politik ultra kiasu dan peniaga ultra kiasu, perasuah ultra kiasu bagaimana?<\/p>\n\n\n\n<p>Sudah tentu paling menguntungkan adalah ultra kiasu. Mereka terlepas. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita menangkap sesama kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Ultra kiasu melihat sahaja politik bodoh kita, mereka bertepuk tangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka menarik nafas lega, sebab selaku pemberi rasuah seperti mereka terlepas dan tidak ditangkap.<\/p>\n\n\n\n<p>Kepada pemimpin tertinggi penjawat awam, terutama, SPRM, PDRM, aku tahu, kamu adalah pasukan beruniform, menerima segala arahan, tanpa engkar. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi jangan bertindak seperti lembu dicucuk hidung, jadi kuda tunggangan pemimpin politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Ditakdirkan pemimpin hari ini jatuh, kamu akan menerima akibatnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan tujuan kita untuk normalisasikan rasuah, salah laku dan salah guna kuasa, tetapi apabila bertindak, berpaksilah kepada neraca keadilan, bertunjangkan dengan rasa takut kepada siksaan Allah sw.t. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita hidup ini ada Tuhan, mungkin orang lain tidak tahu, tetapi yakin Allah tahu segalanya, termasuk detikan hati.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya cukup bimbang pemimpin tertinggi hari ini sama ada dalam politik mahupun penjawat awam, tindakan kita hari ini seolah-olah sudah tidak percaya ada syurga dan neraka.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika kamu percaya kepada adanya syurga neraka, sudah tentu kamu akan berlaku adil. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini tidak, teramat jelas, pihak lawan bukan main lagi tindakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bila tiba pihak sendiri, dipejamkan mata. <\/p>\n\n\n\n<p>Kamu tidak takut matikah, dalam keadaan usia yang tidak berapa lama lagi? <\/p>\n\n\n\n<p>Sedarlah kebanyakan kamu yang bertindak zalim ini sudah berusia, 60 tahun ke atas, ada yang 70 tahun ke atas, 80 dan ke atas, petanda mati banyak dah. <\/p>\n\n\n\n<p>Takkan masih tidak sedar?<\/p>\n\n\n\n<p>Ingat, necara atau asas tindakan kita adalah ADIL. <\/p>\n\n\n\n<p>Adil bermaksud, meletakkan sesuatu pada tempatnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Bertindak ke atas semua, tanpa memilih bulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika mahu buka kes Pandora, buka semua, bukan hanya memilih orang tertentu. <\/p>\n\n\n\n<p>Satu dunia tahu, siapa yang terlibat dalam kes tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan berlagak seperti lembu suci, sedangkan kamu tidak sucipun. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan sampai kokok berderai-derai, ekor bergemulang tahi. <\/p>\n\n\n\n<p>Bertaubat dan insaflah.<\/p>\n\n\n\n<p>Seburuk-buruk kita, kita masih bersaudara. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika mahu diambil tindakan, buatlah seadil-adilnya, tetapi jangan menganiayai mereka, termasuk keturunannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaik mana pun ultra kiasu sama ada dalam politik mahupun dalam perniagaan, mereka ini adalah lalang, akan lari ikut kepentingan ekonomi mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, saya tidak nampak ultra kiasu ini baik, mereka jugalah bapak perasuah yang telah merasuah anak-anak kita dan penjawat awam. <\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya, bila tindakan diambil, mereka terlepas, yang kena adalah anak-anak kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Berbaloikah politik sebegini???<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Ridhuan Tee Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hentikan segera politik dendam. Ditakdirkan kerajaan hari ini jatuh, kamu akan sengsara. Begitu juga penjawat awam. Kamu jangan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":18041,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-18040","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18040","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18040"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18040\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18042,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18040\/revisions\/18042"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18041"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18040"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18040"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18040"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}