{"id":18084,"date":"2024-01-31T07:39:18","date_gmt":"2024-01-31T07:39:18","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=18084"},"modified":"2024-01-31T07:39:21","modified_gmt":"2024-01-31T07:39:21","slug":"dato-seri-sanusi-menang-kes-lawan-fitnah-mahfuz-omar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/01\/31\/dato-seri-sanusi-menang-kes-lawan-fitnah-mahfuz-omar\/","title":{"rendered":"Dato\u2019 Seri Sanusi Menang Kes Lawan Fitnah Mahfuz Omar"},"content":{"rendered":"\n<p>Mahkamah Tinggi Alor Setar telah membenarkan tuntutan saman fitnah oleh Menteri Besar Kedah, Dato\u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor terhadap Naib Presiden PAN, Dato\u2019 Mahfuz Omar.<\/p>\n\n\n\n<p>Kes tersebut berkaitan dengan dakwaan Mahfuz melalui status dimuatnaik di&nbsp;<em>Facebook<\/em>&nbsp;beliau iaitu \u2018Komen Politik Semasa\u2019 yang mengandungi fitnah terhadap Sanusi pada 17 Oktober 2020 dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau mendakwa kononnya Sanusi telah membeli sebuah kereta mewah Toyota Vellfire untuk kegunaan peribadi dengan menyalahgunakan dana anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah iaitu Syarikat Air Darul Aman (SADA).<\/p>\n\n\n\n<p>Mahfuz antara lainnya mengungkapkan dalam status tersebut kata-kata sinikal terhadap Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, \u201cVellfire untuk MB Kedah, telur belah 8 untuk rakyat\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Hakim, Dr Arik Sanusi Yeop Johari dalam keputusan telah memerintahkan Mahfuz membuat permohonan maaf yang perlu diterbitkan dalam satu akhbar Bahasa Melayu dan satu akhbar Bahasa Inggeris dalam tempoh 14 hari.<\/p>\n\n\n\n<p>Permohonan maaf perlu dimuat naik di&nbsp;<em>Facebook<\/em>&nbsp;milik Mahfuz di mana terma permohonan maaf hendaklah diluluskan oleh Sanusi, selain Perintah Injuksi juga turut kekal, termasuk Akujanji untuk tidak mengulang siar fitnah tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Pihak Mahfuz juga telah diperintahkan oleh Hakim dengan keputusan membayar Gantirugi Am berjumlah RM200,000 dan gantirugi tauladan sebanyak RM50,000 serta kos sebanyak RM30,000.<\/p>\n\n\n\n<p>Mahkamah menegaskan bahawa semua kenyataan Mahfuz kononnya Sanusi membeli Vellfire untuk kegunaan peribadi adalah bersifat fitnah dan berniat jahat terhadap pemimpin kerajaan negeri itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sanusi diwakili oleh sepasukan peguam terdiri daripada Yusfarizal Yussoff, \u2060Mohd Faizi Che Abu, Adam Luqman Hamdan, \u2060Ahmad Munzir dan Wan Rohimi Wan Daud di mana mereka turut menganggotai Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mahkamah Tinggi Alor Setar telah membenarkan tuntutan saman fitnah oleh Menteri Besar Kedah, Dato\u2019 Seri Muhammad Sanusi Md<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":18085,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-18084","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18084","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18084"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18084\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18086,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18084\/revisions\/18086"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18085"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18084"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18084"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18084"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}