{"id":18090,"date":"2024-02-02T04:42:56","date_gmt":"2024-02-02T04:42:56","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=18090"},"modified":"2024-02-02T04:42:58","modified_gmt":"2024-02-02T04:42:58","slug":"apa-tujuan-kj-kaitkan-pas-dengan-konsert-ketika-berada-dalam-dan-luar-kerajaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/02\/02\/apa-tujuan-kj-kaitkan-pas-dengan-konsert-ketika-berada-dalam-dan-luar-kerajaan\/","title":{"rendered":"Apa Tujuan KJ Kaitkan PAS Dengan Konsert Ketika Berada Dalam Dan Luar Kerajaan?"},"content":{"rendered":"\n<p>Saya sebenarnya malas nak mengulas pasal KJ, sebab saya kenal dia dan ikuti dia serba sedikit sejak menceburi bidang politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Bermula dari dia menyertai UMNO, menjadi menantu Pak Lah, sebelum itu meminati anak PMX, sehinggalah beliau menjadi orang penting di Tingkat 4, zaman Pak Lah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian menjawat jawatan Menteri ketika BN (PN) memerintah, sehinggalah \u2018dipecat\u2019 dari UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Kini, beliau tidak berparti, tidak ada apa-apa jawatan dalam kerajaan dan seterusnya menjadi media sosial (podcast) bagi memastikan beliau kekal relevan.<\/p>\n\n\n\n<p>Terbaharu, dalam satu forum, beliau mengaitkan pandangan PAS terhadap konsert ketika berada di dalam dan di luar Kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Pandangan PAS dalam kerajaan agak \u2018lunak\u2019 terhadap konsert, berbanding berada di luar. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau \u2018terkejut\u2019, dengan pandangan PAS ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya tidak pasti sama ada terkejut biasa sahaja atau terkejut beruk.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada saya, tidak perlu terkejut. <\/p>\n\n\n\n<p>Itu perkara biasa dalam dunia politik, bukan sesuatu yang mengejutkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya yang terkejut dengan pandangan KJ. <\/p>\n\n\n\n<p>Sepatutnya, KJ tidak mengeluarkan pandangan tersebut, sebab telah lama menceburkan diri dalam politik.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika KJ memahami makna politik, jika beliau mengaji politiklah, pandangan itu, adalah biasa dalam dunia politik.<\/p>\n\n\n\n<p>Berada dalam kerajaan berbeza dengan berada di luar kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kerajaan, kena buat kerja, orang melihat kita buat dan menilai kita, termasuk pembangkang. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itu, ketika PAS menjadi pembangkang, PAS amat lantang memberi pandangan dan mengkritik. <\/p>\n\n\n\n<p>Itu perkara biasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, berbeza sedikit apabila PAS berada dalam kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Banyak perkara yang perlu dilihat dan diambil tindakan segera, selain konsert. Inilah awlawiyyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan mahu menghalalkan konsert. <\/p>\n\n\n\n<p>Konsert pula ada kategorinya pula? <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan boleh haram semborono.<\/p>\n\n\n\n<p>Pun begitu, Menteri PAS ada mengingatkan bahawa konsert melalaikan (liar, laqo) perlu dikurang.<\/p>\n\n\n\n<p>Logiknya, takkanlah PAS ketika mula berada dalam kerajaan, terus akan berkata, semua konsert diharamkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah tentu, PAS akan dilihat sebagai parti yang ekstrem dam label parti t@lib@n, terus melekat. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, PAS mengambil pendekatan berhikmah, bukan mahu menghalalkan konsert liar tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Pandangan PAS terhadap konsert ketika berada dalam luar kerajaan, berbeza dengan kerajaan hari ini, sehingga mengalu-alukan Coldplay, welcome to Kuala Lumpur. <\/p>\n\n\n\n<p>Bila konsert Coldplay bertukar menjadi liar, kelam kabut, mereka mahu bertindak.<\/p>\n\n\n\n<p>Apapun KJ, bacalah kitab awlawiyyat tersebut, tidak payah pening kepala terkejut. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika PAS terus mengambil pendekatan keras, terus mengharamkan, sudah tentu parti komponen lain, terutama Sabah dan Sarawak, akan bertindak. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka, semakin pendeklah kedudukan kamu ketika menjadi Menteri (BN-PN). <\/p>\n\n\n\n<p>Perkara semudah ini, takkan kamu tidak faham, selaku \u2018orang lama\u2019 dalam politik? <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak perlulah \u2018menyerang\u2019 PAS ketika ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Banyak benda lain yang perlu diperkatakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya pun selalu mengkritik PAS, tetapi sebelum mengkritik, saya kena belajar untuk memahami. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak perlu terkejut.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya cadangkan KJ ini baca kitab sikit, seperti kitab Fiqul Awlawiyyat, bermaksud memahami keutamaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan asyik baca buku barat sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Kitab-kitab berkaitan Islam, mesti ditelaah sama, sebab kita orang Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Lagipun nak cegah mungkar ini, kata Nabi, ada tiga cara, dengan tangan, mulut dan hati. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika kita faham erti awla, kalau berani, cegah dengan tangan, kurang berani dengan mulut, kurang lagi berani, benci dalam hati sahajalah. <\/p>\n\n\n\n<p>Takkanlah KJ tidak faham semua itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya boleh ulas perkara ini jika KJ undang saya dalam podcast kamu. <\/p>\n\n\n\n<p>Lagipun masa KJ pernah jadi Menteri Belia dan Sukan, kita dulu pernah bertikam lidah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kamu suruh aku diam, sebab tak faham tentang sukan. Ada aku kisah! <\/p>\n\n\n\n<p>Aku ada hak bersuara dalam sistem demokrasi, termasuk bidang sukan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kamu pun jadi Menteri Belia dan Sukan ketika itu, bukan latar belakang sukan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa kamu boleh bercakap pasal sukan, aku tidak? <\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang masa untuk aku bercakap balik, mengulas pendapat kamu.<\/p>\n\n\n\n<p>Setahu saya, PAS tidaklah menentang konsert secara total. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika konsert mengikut garis panduan JAKIM, rasanya tidak ada masalah. <\/p>\n\n\n\n<p>Isunya jika konsert tersebut dalam kategori liar, termasuk konsert Coldplay sebelum diucapkan selamat datang (welcome) oleh PMX. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya tidak fikir ada pemimpin PAS sanggup berkata sedemikian.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini kamu KJ kena faham. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS tetap PAS dari dahulu hingga sekarang, tidak banyak berubah, yang berubah hanya pendekatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Selagi PAS tidak menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, PAS tetap akan kekal relevan. <\/p>\n\n\n\n<p>Itupun ada kaedah-kaedahnya. Bacalah ya KJ<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Ridhuan Tee Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya sebenarnya malas nak mengulas pasal KJ, sebab saya kenal dia dan ikuti dia serba sedikit sejak menceburi<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":18091,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-18090","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18090","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18090"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18090\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18092,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18090\/revisions\/18092"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18091"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18090"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18090"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18090"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}