{"id":18094,"date":"2024-02-04T23:05:33","date_gmt":"2024-02-04T23:05:33","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=18094"},"modified":"2024-02-04T23:05:35","modified_gmt":"2024-02-04T23:05:35","slug":"mencari-masjid-rusila-kedua","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/02\/04\/mencari-masjid-rusila-kedua\/","title":{"rendered":"Mencari Masjid Rusila Kedua"},"content":{"rendered":"\n<p>Pada<strong>\u00a0<\/strong>tahun 1970-an, apabila arwah bapa membawa kami sekeluarga balik kampung dari Cukai, Kemaman ke Kampung Tok Kaya, Cabang Tiga, Kuala Terengganu, kami melintasi Kampung Rusila. Banyak pokok kelapa. <\/p>\n\n\n\n<p>Di sebuah masjid kayu sebelah kiri, terdengar suara ada ustaz mengajar pada waktu dhuha Jumaat. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya tak tahu siapa yang berkuliah ketika itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada tahun 1985, sementara menunggu keputusan SPM, saya berulang-alik ke Masjid Rusila setiap Jumaat mengikuti kuliah dhuha Tok Guru. <\/p>\n\n\n\n<p>Terima kasih kepada abang Syed yang membawa saya dengan keretanya ke Rusila. <\/p>\n\n\n\n<p>Kekadang pergi dan balik dengan bas merah itu dari Cukai, Kemaman ke Rusila.<\/p>\n\n\n\n<p>Pernah saya membawa radio transistor kecil untuk merakam kaset kuliah dhuha Jumaat Tok Guru. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya duduk paling dekat dengan meja Tok Guru. <\/p>\n\n\n\n<p>Bila nak pasang kaset, tak dapat. \u2018Jettak\u2019, kata orang Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Tok Guru seperti memandang ke arah kaset itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin agak mengganggu kuliahnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Masa berlalu, kuliah Tok Guru makin dikenali. <\/p>\n\n\n\n<p>Ramai yang datang membawa anak bini. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah ribuan orang datang mengaji. <\/p>\n\n\n\n<p>Di tepi masjid, sudah menjadi pasar pagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian, masjid yang tidak lagi kayu sudah menjadi bertingkat. <\/p>\n\n\n\n<p>Dewan Tok Guru dibina di sebelah masjid untuk pelbagai program bermanfaat. <\/p>\n\n\n\n<p>Bangunan Maahad Darul Quran bertambah di tanah sana, semoga berkat.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila pandemik Covid-19 melanda, PKP diisytiharkan, kedatangan ke masjid juga dihadkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada aktiviti dan kehadiran ke kuliah dhuha Jumaat Tok Guru.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga 40 tahun lebih kurang, Tok Guru tetap istiqamah berkuliah dhuha Jumaat.<\/p>\n\n\n\n<p>Di Kemaman, saya mengambil tempat almarhum Ustaz Awang Dagang, Yang Di-Pertua PAS Kemaman yang juga mantan Exco kerajaan Terengganu untuk berkuliah dhuha Jumaat di Balai Istiqamah, Kampung Injin Gergaji.<\/p>\n\n\n\n<p>Kuliah dhuha Jumaat itu dibuat setelah ada usul perwakilan dalam mesyuarat agung kawasan agar diwujudkan kuliah dhuha Jumaat seperti di Rusila. <\/p>\n\n\n\n<p>Lalu al-marhum Ustaz Awang Dagang berkuliah dhuha Jumaat sehingga sebelum ke akhir hayatnya, apabila saya mengambil-alih.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS kini memerintah Terengganu untuk penggal kedua di era Dato\u2019 Seri Dr Ahmad Samsuri menjadi Menteri Besar. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada sesi lepas, MB ada menyebut: \u2018Jumaat hari ilmu. Sabtu hari keluarga\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Satu nasihat yang baik untuk rakyat negeri ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Soalnya bagaimana dengan sambutan rakyat untuk menjadikan Jumaat hari ilmu? <\/p>\n\n\n\n<p>Terutama menuruti apa yang dibuat di Masjid Rusila iaitu kuliah dhuha Jumaat yang memfokuskan kitab tafsir, di samping kitab-kitab lain?<\/p>\n\n\n\n<p>Saya yakin di setiap kampung, mukim dan daerah di Terengganu dipenuhi aktiviti kuliah agama yang sangat banyak. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita tidak kurang pengkuliah, tetapi kita kekurangan ahli jemaah di surau dan masjid. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang ada beberapa kerat di surau dan masjid, itulah sahaja yang memakmurkannya, melainkan bila ada penceramah selebriti, barulah tiba-tiba sahaja penuh.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepatutnya di setiap daerah atau DUN di Terengganu, ada kuliah dhuha Jumaat di masjid tertentu. <\/p>\n\n\n\n<p>Penyokong, pendukung, pemimpin gerakan Islam yang mahu menegakkan Islam dan yang bersama dengan parti dan golongan Islamlah yang paling layak memakmurkannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Biar kita bersama dengan perjuangan Islam ini atas dasar ilmu yang benar. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan hanya gelombang atau sentimen yang bersifat hangat-hangat tahi ayam.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejak kecil saya diajar: Carilah ilmu itu di mana sahaja dan dengan siapa. <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin guru itu tidak terkenal. Biarlah. <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin penyampaiannya tidak menarik tapi ilmunya hebat. <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin suaranya tidak jelas tapi hukum-hakamnya jelas.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk menjadi seperti kuliah dhuha di Masjid Rusila bukanlah mudah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kehadirannya tidak sama. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemeriahannya tidak sama. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketokohannya tidak sama. <\/p>\n\n\n\n<p>Bangunan Dewan Tok Guru dan Maahad Darul Quran yang naik di sebelah Masjid Rusila juga tentunya tidak sama.<\/p>\n\n\n\n<p>Satu kebetulan yang sama bagi saya secara peribadi sekarang ialah Tok Guru berkuliah dhuha Jumaat menafsirkan ayat 117 surah an-Nisa, dan saya sedang menghuraikan ayat 117 hingga 122 dari surah yang sama.<\/p>\n\n\n\n<p>Nik Nasri Nik Malek<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pada\u00a0tahun 1970-an, apabila arwah bapa membawa kami sekeluarga balik kampung dari Cukai, Kemaman ke Kampung Tok Kaya, Cabang<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":18095,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-18094","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18094","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18094"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18094\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18096,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18094\/revisions\/18096"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18095"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18094"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18094"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18094"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}