{"id":18097,"date":"2024-02-05T23:20:11","date_gmt":"2024-02-05T23:20:11","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=18097"},"modified":"2024-02-05T23:20:14","modified_gmt":"2024-02-05T23:20:14","slug":"gerakan-kena-bukti-kuat-bukan-jadi-penumpang-pn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/02\/05\/gerakan-kena-bukti-kuat-bukan-jadi-penumpang-pn\/","title":{"rendered":"Gerakan Kena Bukti Kuat, Bukan Jadi Penumpang PN"},"content":{"rendered":"\n<p>Tanpa Gerakan, Perikatan Nasional (PN) tetap boleh menjadi parti berbilang kaum. <\/p>\n\n\n\n<p>Lantik sahaja bukan Melayu yang tidak ultra kiasu menjadi senator dalam Kabinet. Tidak ada isu langsung.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada <a><\/a>penganalisis mencadangkan PAS serahkan kerusi majoriti Melayu kepada Gerakan, bagi memastikan Gerakan berada dalam Kabinet, barulah nampak kerajaan yang diterajui PN nanti berwarna-warni.<\/p>\n\n\n\n<p>Amboi, mudahnya memberikan pandangan biul sebegini. <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa perlu serahkan kerusi boleh menang kepada Gerakan? <\/p>\n\n\n\n<p>Apa peranan Gerakan untuk memenangkan calonnya di kawasan majoriti Cina? <\/p>\n\n\n\n<p>Apa peranan Gerakan memastikan Cina mengundi PN? <\/p>\n\n\n\n<p>Bukankah selama ini Gerakan adalah parti dominasi Cina? <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa Gerakan kini tidak mendapat sokongan Cina?<\/p>\n\n\n\n<p>Bodohlah PAS jika serahkan kerusi majoriti Melayu kepada Gerakan, hanya kerana mahu tunjukkan bahawa PN berbilang kaum. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa sumbangan Gerakan selama ini selepas \u2018ditendang\u2019 keluar, daripada Barisan Nasional (BN).<\/p>\n\n\n\n<p>Semenjak Gerakan tidak lagi memerintah Pulau Pinang, Gerakan langsung tidak mendapat sokongan orang Cina. <\/p>\n\n\n\n<p>Gerakan ternyata gagal untuk meyakinkan Cina mengundi calon Melayu PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Undi Gerakan yang meningkat itu, adalah undi orang Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Nak harapkan orang Cina mengundi Gerakan, putih mata. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, di manakah sokongan meningkat dan kuatnya Gerakan?<\/p>\n\n\n\n<p>Apa pilihan yang ada pada Gerakan selain menjadi penumpang PN. <\/p>\n\n\n\n<p>Itu pun mahu cakap besar kata sokongan mereka meningkat, dan mahukan kerusi kawasan majoriti Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya ingatkan pemimpin PN, jangan beri kerusi selamat kepada Gerakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Biarlah Gerakan dan siapapun, penganalis politik nak kata apa pun. <\/p>\n\n\n\n<p>Walau apa pun terjadi Gerakan tetap akan duduk dalam PN atau bertindak keluar. <\/p>\n\n\n\n<p>Gerakan mahu ke mana?<\/p>\n\n\n\n<p>Jika Gerakan nak bergerak solo. <\/p>\n\n\n\n<p>Silakan, pasti parti ini akan mereput. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika Gerakan bertindak menyertai PH, nasibnya akan jadi sama seperti MCA. <\/p>\n\n\n\n<p>Nasib dua parti ini sama sahaja, majoriti Cina tidak memilih mereka walaupun ada namanya parti Cina. <\/p>\n\n\n\n<p>Cina lebih memilih DAP ultra kiasu.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika PN benar-benar mahu kelihatan berwarna-warni, bukan Gerakan rakan kongsinya, kerana Gerakan sudah terkenal dengan perkauman Cinanya, ultra kiasu.<\/p>\n\n\n\n<p>PN perlu cari PCM, Parti Cinta Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>PN perlu dekati orang-orang seperti Apek Cina, Prof Teo Kok Siong, Helen Ang, dan lain-lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Cina-cina ini, benar-benar memahami sejarah negara ini, semangat patriotism yang kental. <\/p>\n\n\n\n<p>Sanggup hidup mati untuk negara, bukan seperti Gerakan, MCA dan DAP, ultra kiasu belaka, sentiasa mencari ruang dan peluang. <\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya setelah ruang dan peluang diberikan, mereka menjadi ultra kiasu. Tidak bersyukur.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika Gerakan inilah yang mahu dijadikan rakan PN, kalau kalah pun di kawasan majoriti Cina, Gerakan tidak akan rugi. <\/p>\n\n\n\n<p>Pasti PN akan lantik pemimpin jadi senator bagi membolehkan mereka masuk ke Kabinet. Jangan sembang karilah.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak ada isu langsung. Penganalisis yang memberikan pandangan bahawa PN perlu memberikan Gerakan bertanding kerusi selamat, kawasan boleh menang, majoriti Melayu ternyata naif dan bodoh.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya pelik dan tidak faham dengan Gerakan, apa sebenarnya sumbangan parti ini terhadap negara, selepas parti ini tidak lagi dapat memerintah Pulau Pinang.<\/p>\n\n\n\n<p>Kecualilah Gerakan boleh membuktikan yang partinya tidak ultra kiasu. <\/p>\n\n\n\n<p>Misalnya, mengeluarkan sedikit kenyataan demonstrasi pelajar Cina di Universiti Melayu baru-baru yang tidak berpuas hati dengan tindakan pengurusan Universiti Malaya, pengasingan waktu operasi gimnasium bagi pelajar lelaki dan perempuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tindakan pentadbir Universiti Malaya ini amat baik dan sepatutnya dipuji dan disokong. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi tidak, anak-anak ultra kiasu kecam dan berdemo. <\/p>\n\n\n\n<p>Anak-anak ultra kiasu tidak setuju dengan tindakan yang dilihat sebagai ekstrem. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka mahukan lelaki dan perempuan bercampur dan seterusnya tidak mustahil dapat melakukan hubungan seks, sama seperti yang mereka lakukan di luar. <\/p>\n\n\n\n<p>Duduk sekali sebilik seperti suami isteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan semua orang tahu, pengasingan lelaki perempuan adalah tindakan yang baik. <\/p>\n\n\n\n<p>Agama yang mereka anuti pun menyokong tindakan ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Tanyalah mak bapa mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Persoalannya, kenapa pelajar ini begitu kuat menentang perkara ini? <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka mahu kita menjadi liberal? <\/p>\n\n\n\n<p>Saya harap pentadbir UM tidak akan tunduk.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemikiran mereka ini sama seperti pemikiran ultra kiasu di luar sana. <\/p>\n\n\n\n<p>Pelajar-pelajar ini yang tinggal di luar kampus, sudah duduk sebilik seperti suami isteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika parti Gerakan, parti yang boleh dipercayai dan boleh diharapkan, sekurang-kurang, keluarkan kenyataan akan kebiadaban pelajar ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudahlah berdemo dengan cara kurang ajar, panggil akhbar ultra kiasu Cina, bawa plakad menggunakan bahasa Cina, kenyataan dalam bahasa Cina.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada seorang India celup yang boleh berbahasa Cina, bukan main lantangnya menggunakan bahasa Cina mengkritik kepimpinan Universiti Malaya. <\/p>\n\n\n\n<p>Langsung tidak hormat dengan bahasa kebangsaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa kamu ingat kamu tinggal di negara China atau di India? <\/p>\n\n\n\n<p>Ini Tanah Melayulah sejarah asal usul. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedar sikit diri kamu siapa, keturunan kamu dan asal usul kamu? <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah akibatnya apabila sejarah yang mereka belajar di sekolah tidak memperkatakan sejarah yang sebenar.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini belum saya kemukakan bukti lain Gerakan menentang agenda nasional dan sensitiviti berkaitan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Misalnya, menyifatkan penjawat awam sebagai beban kepada ekonomi negara, judi, arak dan lain-lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kata lain, pendirian Gerakan ini sama seperti MCA dan DAP. <\/p>\n\n\n\n<p>Liberal, sekular dan menolak agenda berkaitan dengan Islam yang tidak ada kena mengena dengan bukan Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kes pelajar ultra kiasu UM ini, kita nak lihat sangat parti Gerakan ini, mengeluarkan kenyataan dan bertindak menjadi pemudah cara, menasihatkan anak-anak ultra kiasu supaya menghormati agenda negara untuk menyelamat manusia daripada menjadi haiwan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini tidak, Gerakan, nampak seolah-olah bersetuju dengan pelajar ultra kiasu UM. <\/p>\n\n\n\n<p>PN ini sedang berkawan dengan \u2018wakil MCA dan DAP\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Wajah yang berbeza, perjuangan tetap sama. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kata lain, duduk kat perikatan atau Pakatan manapun, tetap sama dan menguntungkan satu bangsa sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Contoh sebegini jelas menunjukkan siapa Gerakan sebenarnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah wajar diberikan kerusi selamat. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau nak beri juga, boleh beri, tetapi kepada orang Melayu atau Cina Muslim dalam Gerakan yang kuat Islamnya, bukan yang liberal atau Cina totok seperti presidennya, cakap Melayupun berterabur.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika Gerakan merasakan dirinya kuat, ada sokongan, pastikan bermula sekarang, buat kerja, dapatkan sokongan orang Cina. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukannya, sedap menumpang dalam PN untuk dapatkan undi mudah orang Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika tidak, Gerakan jangan bercakap banyak.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganalisis politik di luar sana, jangan mengeluarkan kenyataan bodoh. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita semua tahu, apa agenda kamu sebenarkan mendesak PN supaya memberikan kerusi selamat kepada Gerakan, atas alasan yang amat lemah, supaya nampak berbilang kaum.<\/p>\n\n\n\n<p>Negara ini asal usul, apabila didatangi oleh pendatang, sudah begitu perkaumannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Perkauman ini tidak akan mudah untuk ditinggalkan kerana mereka lebih sayangkan bangsa, daripada agama, bangsa dan negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah perjuangan ultra kiasu Gerakan, MCA dan DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Ridhuan Tee Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tanpa Gerakan, Perikatan Nasional (PN) tetap boleh menjadi parti berbilang kaum. Lantik sahaja bukan Melayu yang tidak ultra<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":18098,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-18097","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18097","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18097"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18097\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18099,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18097\/revisions\/18099"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18098"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18097"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18097"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18097"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}