{"id":18110,"date":"2024-02-09T11:19:26","date_gmt":"2024-02-09T11:19:26","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=18110"},"modified":"2024-02-09T11:19:29","modified_gmt":"2024-02-09T11:19:29","slug":"islam-terbaik-dalam-mencegah-jenayah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/02\/09\/islam-terbaik-dalam-mencegah-jenayah\/","title":{"rendered":"Islam Terbaik Dalam Mencegah Jenayah"},"content":{"rendered":"\n<p>Terengganu telah menggubal undang-undang tubuh negeri yang dinamakan sebagai Itqanul Muluk Bi Ta&#8217;dil As-Suluk pada tahun 1911 ketika dibawah pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. <\/p>\n\n\n\n<p>Undang-undang yang mengangkat Islam sebagai rujukan utama kepada hukuman.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia juga berjaya menghalang British daripada campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri selama hayat baginda. <\/p>\n\n\n\n<p>Undang-undang itu telah digubal oleh sekumpulan ulamak pada waktu itu seperti Tok Ku Paloh. <\/p>\n\n\n\n<p>British hanya berjaya menjadi pemerhati sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum itu, Terengganu juga dikenali dengan Batu Bersurat yang memberikan tanda bahawa Islam sudah tersebar di Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Suruhan dan larangan dalam Batu Bersurat itu jelas menunjukkan ia dari al-Quran dan sunnah.<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas kemangkatan Sultan Zainal Abidin III, British mulai campur tangan dalam pentadbiran negeri setelah Sultan Muhammad II secara paksa menandatangani perjanjian dengan British. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka bermulalah kejahatan British di Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sewaktu Melaka menjadi pusat perdagangan dunia, Melaka telah berjaya mengangkat undang-undang Islam sebagai undang-undang tunggal yang mengawal semua perlakuan jenayah. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga Melaka diserang Portugis konon atas alasan mahu merebut laluan perdagangan tetapi hakikatnya sebenarnya atas nama 3G; Gold, Glory Dan Gospel.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila Melaka berpecah, timbul negari-negeri Melayu lain yang turut mengangkat Islam sebagai rujukan perundangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia berterusan sehinggalah British datang dan masuk campur dalam pentadbiran negeri Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Disebalik janji agama dan budaya tidak akan mereka ganggu, mereka secara perlahan menenggelamkan perundangan Islam di Tanah Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dan Tanah Melayu mahu mencapai kemerdekaan, undang-undang negeri-negeri Melayu yang berasaskan Islam itu, kemudiannya ditukar kepada Perlembagaan Reid yang mana undang-undang Syariah dipecahkan dan telah diletakkan di bawah undang-undang sivil. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa-apa peruntukan perundangan syariah yang berlawan dengan peruntukan dalam perlembagaan sivil, boleh dibatalkan. Ironinya Suruhanjaya itu bakal menyambut ulang tahun ke-66 tahun pada 21 Februari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Terengganu dan Kelantan berjaya memenangi PRU pada tahun 1990 dan 1999 yang memberikan peluang kepada kedua kerajaan mengangkat semula Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) di negeri masing-masing. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun Perlembagaan Persekutuan itu, menjadi batu penghalang terbesar. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadilah EKJS sebagai rujukan dalam hal agama sahaja, tidak boleh melebihi peruntukan Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini, Black Friday, sejarah menyaksikan sekali lagi kekecewaan kita, bagaimana beberapa peruntukan dalam EKJS Kelantan, telah dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan dengan keputusan 8-1. <\/p>\n\n\n\n<p>British mungkin tersenyum ketika ini, melihat benih yang mereka tanam dahulu, sedang subur mekar, bukan dari darah keturunan mereka, tetapi daripada darah dan keturunan bangsa di tanahair ini sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya yakin PAS akan akur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan atas sebab PAS memperjuangkan Islam secara muajahah silmiyyah iaitu pertembungan secara damai. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang penting sekarang ini ialah kita kembalikan semuanya kepada Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Hanya Allah yang boleh membantu kita.<\/p>\n\n\n\n<p>Di sinilah kita boleh melihat, betapa pentingnya kuasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan kuasa kita boleh mengembalikan kekuatan Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Terengganu telah menggubal undang-undang tubuh negeri yang dinamakan sebagai Itqanul Muluk Bi Ta&#8217;dil As-Suluk pada tahun 1911 ketika<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":18111,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-18110","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18110","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18110"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18110\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18112,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18110\/revisions\/18112"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18111"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18110"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18110"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18110"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}