{"id":18122,"date":"2024-02-10T05:36:20","date_gmt":"2024-02-10T05:36:20","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=18122"},"modified":"2024-02-10T05:36:22","modified_gmt":"2024-02-10T05:36:22","slug":"normalisasi-maksiat-hot-daddy-mungkar-jadi-kebanggaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/02\/10\/normalisasi-maksiat-hot-daddy-mungkar-jadi-kebanggaan\/","title":{"rendered":"Normalisasi Maksiat: \u2018Hot Daddy\u2019 Mungkar Jadi Kebanggaan"},"content":{"rendered":"\n<p>Normalisasi maksiat dan dosa nampaknya seperti sedang diundang tanpa segan silu menggunakan ruang media era langit terbuka secara kebebasan bersuara yang disalahgunakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam wujud tegahan tegas agama dengan perintah,&nbsp;<em>\u201cJangan kamu \u2018menghampiri\u2019 zina\u201d<\/em>&nbsp;(surah al-Isra\u2019: 32), ada pula yang memberi promosi percuma dan seakan mewajarkan untuk isu berkenaan diwacanakan dari perspektif tersendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya bersikap seperti menegakkan benang yang basah, teguran Mufti dan agamawan, termasuk nasihat dan kecaman warganet juga dienteng dengan mempertahankan tindakan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, tindakan sebuah laman web penstriman menjemput \u2018Hot Daddy\u2019 sebagai tetamu bual bicara atau \u2018podcast\u2019 itu amat mengecewakan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa boleh dianggap sebagai satu cara mempromosikan serta menormalisasikan persundalan. Sekiranya keadaan ini tidak dikekang atau dicegah, dibimbangi ia akan mempengaruhi remaja dan membawa mereka ke jurang keruntuhan akhlak,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u2018Hot Daddy\u2019 menggemparkan negara apabila kegiatannya didedahkan dan lelaki itu bersama beberapa wanita termasuk kekasihnya diberkas polis dan dihadapkan pertuduhan di mahkamah baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka didakwa atas isu berkaitan video lucah dan mempromosikan perkhidmatan persundalan menerusi aplikasi X di mana aktiviti seks tersebut juga dirakam dan dijual bagi mendapatkan keuntungan.<\/p>\n\n\n\n<p>Datuk Wan Salim turut memberi peringatan kepada kerajaan yang sepatutnya memandang serius perbuatan itu dan mengambil tindakan tegas terhadap golongan mempromosikan kemungkaran sedemikian kerana ia boleh merosakkan nilai akhlak masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Dunia terbalik, penzina diraikan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi berkata, dunia sudah terbalik bila \u2018Hot Daddy\u2019 dijemput tetamu \u2018podcast\u2019 yang dalam erti kata lain orang berzina dijemput sebagai tetamu wawancara.<\/p>\n\n\n\n<p>Coretnya di laman Facebook beliau, manakala mereka yang bernikah secara halal pula menjadi bahan kecaman orang ramai, di mana situasi ini sangat bercanggah dengan ajara oleh Baginda Rasulullah SAW.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau memetik hadis riwayat Muslim di mana Rasulullah mencela golongan \u2018mujahirin\u2019 yang suka mendedahkan dosa sendiri, sedangkan Allah sudah menyembunyikan keaiban maksiat mereka lakukan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHari ini umat ditimpa penyakit. Rasulullah mencela pendosa, kita pula mengangkat mereka ke persada. Mereka merasa bangga dengan dosa. Penzina pula diraikan sebagai tamu bual bicara. Sedangkan seorang mukmin itu sepatutnya tidak merasa selesa dengan dosa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSekiranya engkau merasa tenang dengan amal kebaikan dan merasa tidak selesa dengan kejahatan yang engkau lakukan, maka engkau adalah orang yang beriman,\u201d ujarnya memetik hadis riwayat Ahmad.<\/p>\n\n\n\n<p>Pensyarah Fakulti Quran Sunnah itu berkata, lebih malang lagi andai sekiranya masyarakat pula membiarkan sahaja kerosakan ini, sedangkan kejijikan yang diterima secara berleluasa berupaya membinasakan semua.<\/p>\n\n\n\n<p>Nasihat beliau, ingatlah bahawa Rasulullah mendidik Sahabat RA supaya menjauhi segala perlakuan yang boleh membawa kepada zina, bahkan Baginda menegaskan bahawa fenomena zina akan membawa kepada kebinasaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSekiranya berleluasanya perbuatan zina dan riba dalam sesuatu kawasan, maka mereka telah mengundang azab Allah kepada mereka,\u201d petiknya kepada hadis riwayat al-Tabrani itu.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Berhak buat dosa?<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran Facebook beliau turut mengulas isu ini dari perspektif berkaitan kecaman terhadap teguran para agamawan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut pendakwah yang memimpin NGO mualaf tersebut, perkara sedemikian terjadi kerana golongan bapa ayam itu bukan agamawan atau pendakwah, mahupun berpenampilan agama.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBarangkali juga mungkin pada mata jantan dan betina yang komen (akan beri kata-kata semangat), \u201cStay strong brader\u201d atau \u201cKami di belakang kamu\u201d. Jantan-jantan mungkin mencemburui \u2018lifestyle\u2019 bapa ayam, manakala betina-betina yang menyokongnya pula mendambakan perhatian bapa ayam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHalal haram? Ahhh, peduli apa mereka.. Jikalau mereka peduli, tidak mungkin, ya TIDAK mungkin seorang yang mengaku beriman boleh menyukai dan menyokong individu yang melakukan suatu tindakan yang dibenci oleh Allah SWT,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Firdaus Wong membidas, reaksi balas jantan dan betina terhadap isu bapa ayam itu jelas menunjukkan betapa rosaknya masyarakat apabila perkara haram disokong, tetapi yang halal dibenci dan ditentang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSeperkara lagi, seperti hilang sudah ayat; \u2018jangan buka aib dia\u2019 kerana yang melakukannya adalah bukan ustaz, bukan agamawan dan bukan berpenampilan agama. Ayat \u2018jangan buka aib dia\u2019 hanya terpakai bilamana yang melakukan perkara itu adalah agamawan yang dipuja.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJenayah adalah jenayah. Islam tidak amalkan \u2018double standard\u2019 dalam menilai dan menghukum. Cara fikir dan beragama masyarakat kita perlu diselaraskan semula menurut neraca Islam,\u201d nasihatnya.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>IZWAN ABDUL HALIM<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Normalisasi maksiat dan dosa nampaknya seperti sedang diundang tanpa segan silu menggunakan ruang media era langit terbuka secara<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":18123,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-18122","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18122","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18122"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18122\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18124,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18122\/revisions\/18124"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18123"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18122"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18122"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18122"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}