{"id":18142,"date":"2024-02-16T12:13:55","date_gmt":"2024-02-16T12:13:55","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=18142"},"modified":"2024-02-16T12:13:58","modified_gmt":"2024-02-16T12:13:58","slug":"front-door-untuk-liberal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/02\/16\/front-door-untuk-liberal\/","title":{"rendered":"Front Door Untuk Liberal?"},"content":{"rendered":"\n<p>Persaingan antara Islam dan musuhnya telah berjalan sejak sekian lama. <\/p>\n\n\n\n<p>Semenjak Adam dicipta, Iblis sentiasa merasa dengki kerana percaya ciptaan dirinya daripada api adalah lebih mulia berbanding Adam yang terbentuk dari tanah yang baginya kotor. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitulah logik yang berlegar dalam fikiran Iblis. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau dilihat munasabahnya ada di situ kerana tanah itu kelihatannya kotor, berlumpur dan busuk. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala api pula bersinar, bersih dan tiada kekotoran, dilihat hebat dengan bakarannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya, Islam tidak berdiri dengan logik semata-mata. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia berkenaan ketaatan hamba kepada suruhan dan larangan yang Allah tetapkan sebagai pencipta semua makhluk di alam ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka asas pemikiran Iblis itu tertolak kerana Allah mahukan semua malaikat termasuk Iblis, sujud kepada Adam, sebagai tanda perhambaan dan ilmu Allah yang tiada bertepi itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadilah Iblis sebagai makhluk yang enggan, sombong dan takabur, melawan perintah Allah.<\/p>\n\n\n\n<p>Berlanjutanlah dendam Iblis kepada Adam dan keturunannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah diberikan kelebihan kepada Iblis, tidak akan mati sehingga kiamat. <\/p>\n\n\n\n<p>Seruan kebaikan Allah dan Rasul dibalas Iblis dengan seruan kemungkaran, larangan kepada kesesatan diimbal dengan larangan kepada hal yang makruf. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitulah menang dan kalah, nafsu kita mengikutnya dan melawannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Iblis sangat licik dengan kerjanya dan dibantu oleh jin dan manusia.<\/p>\n\n\n\n<p>Iblis menunjukkan jalan untuk tidak melawan jalan yang lurus dari Allah itu secara kasar dan keras. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi dilawannya ia dengan lemah lembut, logik, nampak berfakta walau menyeleweng. <\/p>\n\n\n\n<p>Supaya ia tidak menyebabkan tindak balas yang kuat daripada orang Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Contohnya, dipujuknya Hawa bagi melembutkan hati Adam untuk memakan buah larangan itu, sehingga terkeluarlah keduanya daripada syurga. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukanlah Iblis datang memaksa Hawa.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara yang mengikut jejak langkah Iblis ini ialah kaum munafik dizaman Rasulullah dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka solat, berpuasa, bersumpah untuk berbuat suruhan Allah bersama-sama umat Islam yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun sebaliknya mereka menikam Rasulullah daripada belakang dengan wajah yang manis dan mensabotaj banyak perancangan Rasulullah, sehingga mahu dibunuh Rasulullah disebalik muka tidak berdosa itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Berlarutan watak itu sehingga kini.<\/p>\n\n\n\n<p>British salah satu entiti yang pandai bermain kata bagi mendapatkan hajat mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan kekayaan yang utama untuk mereka, tetapi ia adalah mahu memusnahkan Islam kerana \u2018bapa\u2019 orang Islam ketika itu, kekhalifahan Uthmaniah sudah hampir jatuh sewaktu British mula-mula menjejakkan kaki di Tanah Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Asbab utama melemahnya Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka dijanjikan kepada Sultan dan pembesar Melayu Islam bahawa mereka tidak akan campur tangan dalam Islam dan adat negeri. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan akhirnya dirompaknya negeri, sumbernya disedut, adat dan agamanya pula disobek. <\/p>\n\n\n\n<p>Dilantik Sultan Abdullah di Perak. <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah mendapat apa yang dimahukan, Sultan Abdullah dibuang negeri. <\/p>\n\n\n\n<p>Dinaikkan Sultan Husin di Singapura, dibuat perjanjian melepaskan Singapura, kemudian Sultan Husin diturunkan takhta. <\/p>\n\n\n\n<p>Menumpang di Pulau Pinang, akhirnya bersama Siam, mereka menyerang Kedah.<\/p>\n\n\n\n<p>Perundangan yang Melayu Islam yang dikanunkan sebelum British muncul, akhirnya diubah menjadi lebih rendah daripada undang-undang sivil ciptaan Lord Reid itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kekal sehingga sekarang. <\/p>\n\n\n\n<p>Dahulu dengan keras ada yang pernah mengatakan rancangan pengukuhan perundangan Syariah melalui RUU355 adalah back door bagi Hudud. <\/p>\n\n\n\n<p>Tuduhnya, ia adalah hukuman kuno yang zalim.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun apabila mereka pula yang menang, dengan nada memujuk, mereka mengatakan, hukuman Syariah lebih lembut dan lemah berbanding dengan hukuman sivil. <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah kita mahu melihat pesalah liwat hanya dikenakan hukuman tiga tahun penjara, denda RM5000 dan enam sebatan sahaja sedangkan sebatan sivil ialah jauh lebih memedihkan pesalah? <\/p>\n\n\n\n<p>Konon pujuk mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga sekarang kes Iki Putra belum didakwa semula di mahkamah sivil.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekali lagi diulang, Islam tidak terbina atas logik. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak semestinya hukuman berat dan keras itu, adalah keadilan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan cara yang hampir sama dengan apa yang saya petik daripada sejarah, adakah mungkin kita terlalu naif untuk memahami perancangan yang mungkin sedang dijalankan? <\/p>\n\n\n\n<p>Semuanya dengan janji manis dan berlembut, bak British dahulu lagaknya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan ini, akan menjadikannya sebagai precedent kepada Enakmen Syariah yang lain, jika ada ia dicabar. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka bolehkah ia dikatakan sebagai front door bagi golongan liberal yang suka menentang Islam itu, sebagaimana tuduhan mereka terhadap usaha memperkasakan undang-undang Syariah sebagai back door kepada hukum hudud?<\/p>\n\n\n\n<p>Apa bezanya syariat dalam Islam dengan bukan Islam? <\/p>\n\n\n\n<p>Islam ada syarat dan rukun. <\/p>\n\n\n\n<p>Lelaki bersetubuh dengan wanita ajnabi, menjadi zina kalau syarat dan rukunnya tidak dilanggar dan menjadi pahala suami isteri jika ia mengikut syariat.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Persaingan antara Islam dan musuhnya telah berjalan sejak sekian lama. Semenjak Adam dicipta, Iblis sentiasa merasa dengki kerana<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":18143,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-18142","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18142","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18142"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18142\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18144,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18142\/revisions\/18144"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18143"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18142"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18142"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18142"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}