{"id":18173,"date":"2024-02-19T05:07:29","date_gmt":"2024-02-19T05:07:29","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=18173"},"modified":"2024-02-19T05:07:31","modified_gmt":"2024-02-19T05:07:31","slug":"ikan-busuk-dari-kepala-bukan-ekor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/02\/19\/ikan-busuk-dari-kepala-bukan-ekor\/","title":{"rendered":"Ikan Busuk Dari Kepala Bukan Ekor"},"content":{"rendered":"\n<p>Kita selalu mendengar kata-kata perumpamaan, ikan busuk bermula dari kepala, bermaksud keburukan atau kerosakan atau cacat cela sesebuah negara (organisasi\/keluarga) bermula daripada pemimpin tertinggi dahulu, kemudian barulah ke peringkat bawahan (rakyat).<\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang mengatakan bahawa perumpamaan ini berasal dari Rome, daripada seorang yang bernama Marcus Tullius Cicero atau singkatan Cicero. <\/p>\n\n\n\n<p>Cicero, orator ulung, negarawan, ahli falsafah, ahli politik dan undang-undang. <\/p>\n\n\n\n<p>Cicero hidup di Rome ketika zaman Romawi pada tahun 106-43 SM.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang mengatakan mungkin Cicero antara yang memulakan perumpamaan ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, kata-kata ini tidak mustahil ada dalam tamadun bangsa lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau berbeza pun dalam bentuk berlainan, seperti kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam suasana zaman Cicero, Rome, perumpamaan ini dikutip dari ucapan para pedagang di pasar ikan Marcellum, Rome. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka mengatakan jika seekor ikan yang membusuk hingga ke ekor itu, bermula dari kepalanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika pertemuan antara pemimpin (senator) dan rakyat yang sedang berkumpul di sebuah tempat awam di Rome. <\/p>\n\n\n\n<p>Cicero mengulangi kalimat ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika itu, penguasa Rome ketika itu terkenal dengan sifat korup dan gemar dengan hiburan dan segala kemaksiatan.\u00a0\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Cicero tanpa rasa takut sentiasa mengingatkan.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika ditanya apa yang boleh dilakukan untuk memberantas korupsi dan penyelewengan dalam negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan berani dan tanpa rasa takut Cicero berkata, \u201cPotong kepalanya!\u201d\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Cicero menambah, \u201cKebusukan suatu negeri selalu bermula dari atas, dari pemimpin-pemimpinnya!\u201d <\/p>\n\n\n\n<p>Semua orang terpegun dengan kata-kata Cicero. <\/p>\n\n\n\n<p>Berapa orang seperti Cicero ada pada hari ini? <\/p>\n\n\n\n<p>Berkata benar, walaupun berada di hadapan pemimpin (raja) yang zalim.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kata lain, ekor ikan tidak membusuk dahulu, ia bermula dari kepala ikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat jarang ada yang korup. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika ada pun rakyat yang terlibat, mereka sekadar hanya mengambil sedikit sekadar untuk menahan lapar.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Itu pun diperlakukan secara tidak adil oleh penguasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat sebagai ikan bilis, jika bersalah sedikit terus dicampak ke dalam penjara. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan jerung yang korup dibiarkan bermaharajalela. <\/p>\n\n\n\n<p>Pemberi rasuah bebas, penerima rasuah meringkuk dalam penjara, tidak tentu pasal. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah yang sedang berlaku, bermaharajalela.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika Cicero di Rome, korupsi menjadi tradisi dalam kalangan pembesar-pembesar dan pemimpin tertinggi negara dilakukan tanpa rasa malu walau sedikit pun. <\/p>\n\n\n\n<p>Wang rakyat dikebas, digunakan sewenang-wenang dan dibahagikan sesama mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat terus diperas dan ditindas. <\/p>\n\n\n\n<p>Pemimpin tertinggi negara terus berfoya-foya tenggelam dalam hiburan dan kemaksiatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat terus melarat.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka yang kaya hanya segelintir, kelas menengah yang bersusah payah berusaha, terpaksa bersekongkol dengan lingkaran elit politik, bagi meneruskan hidup.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Ironinya, yang terlebih kaya di negeri itu bukan anak negerinya sendiri atau pribumi tetapi adalah pendatang, yang telah puluhan tahun mendatangi negeri itu dan menjadikan pribumi sebagai hamba. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah juga yang sedang berlaku di negara kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Pembesar-pembesar dan pemimpin politik, bukan pribumi senang lenang, rakyat terus menderita.<\/p>\n\n\n\n<p>Kebelakangan ini, kita sebagai rakyat, dalam kalangan NGO-NGO, terpaksa berhempas pulas sana sini meraung akan kesusahan rakyat, mahukan rakyat dibela, sedangkan penguasa dan pembesar, berdiam diri. Sibuk berpolitik.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat laparkan beras, pemimpin politik sibuk dengan menjenamakan beras. <\/p>\n\n\n\n<p>Paling jelek memberikan jenama beras, seperti beras madani. <\/p>\n\n\n\n<p>Masalah masih tidak lagi selesai walaupun jenama madani diberikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah dengan memberikan jenama ini, selepas itu perut rakyat menjadi kenyang. <\/p>\n\n\n\n<p>Beras pun mahu dipolitikkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Politik desperado apakah yang sedang kita perkatakan ini?<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kata lain, pemimpin menjadi punca utama kepada semua kerosakan, bermula dari pembesarnya, dan\u00a0\u00a0pemimpin politik yang menguasai negara, negeri dan seterusnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, ingatlah wahai pemimpin tertinggi negaraku, kepemimpinan adalah suatu amanah. <\/p>\n\n\n\n<p>Amanah ini amat berat. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak semua orang sanggup memikulnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini, kamu telah diamanahkan untuk memikulnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Kamu menerima amanah itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka, jagalah amanah dan jalankan dengan penuh ikhlas.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Jika tidak mampu untuk dipikul, silalah letak jawatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Berikan kepada mereka yang lebih layak. <\/p>\n\n\n\n<p>Kehidupan kita tidak setakat berakhir di dunia, tetapi ada berlanjutan hingga ke alam kubur, mahsyar dan berdepan dengan mahkamah Allah Rabbul Jalil.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita tetap akan dipertanggungjawabkan setiap perbuatan semasa hidup. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih-lebih lagi amanah memerintah negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Pemimpin tertinggi mesti menjadikan iman, takwa, ehsan, integriti, akauntabiliti dan ikhlas sebagai pasak, semata-mata mencari reda Allah, bagi menyelamatkan manusia daripada terjebak dengan kemungkaran dan kefasadan yang boleh mematikan hati.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Percayalah, apabila hati sudah mati, manusia mudah terpengaruh dengan perbuatan keji. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana mereka sudah jauh daripada cahaya Ilahi. <\/p>\n\n\n\n<p>Marilah kita buat muhasabah diri, sebelum terlambat. <\/p>\n\n\n\n<p>Paling membimbangkan dan menakutkan, kita tidak sempat bertaubat, apabila malaikat datang menjemput.<\/p>\n\n\n\n<p>Solusi Cicero mudah sahaja, potong kepala ikan itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah sudah sampai masanya kita memotong kepala ikan itu, kerana ia tidak memberikan manfaat lagi? <\/p>\n\n\n\n<p>Jika kita terus biarkan kepala itu membusuk, dibimbangi, agama, bangsa dan negara akan hancur.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kita selalu mendengar kata-kata perumpamaan, ikan busuk bermula dari kepala, bermaksud keburukan atau kerosakan atau cacat cela sesebuah<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":18174,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-18173","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18173","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18173"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18173\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18175,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18173\/revisions\/18175"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18174"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18173"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18173"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18173"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}