{"id":18225,"date":"2024-03-03T06:25:51","date_gmt":"2024-03-03T06:25:51","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=18225"},"modified":"2024-03-03T06:25:53","modified_gmt":"2024-03-03T06:25:53","slug":"gerakan-islam-memperjuangkan-syariat-islam-bukan-khawarij","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/03\/03\/gerakan-islam-memperjuangkan-syariat-islam-bukan-khawarij\/","title":{"rendered":"Gerakan Islam Memperjuangkan Syariat Islam, Bukan Khawarij!"},"content":{"rendered":"\n<p>Tuduhan khawarij kepada pelbagai gerakan Islam dalam dunia moden adalah strategi untuk menjauhkan ummat Islam daripada menyokong dan mendokong perjuangan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Implikasinya cukup fatal sehingga membawa kepada pembantaian sadis kepada Ikhwanul Muslimin di Syria pada tahun 1982, pembantaian kepada penyokong Dr Mohamed Mursi di Medan Rabaah pada Jun 2013, penyergapan zalim regim tirani di Iraq, Libya, Tunisia, Bangladesh dan lain-lain negara lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Naratif jahat ini berlangsung dalam negara kita sejak awal 90an, jentera kerajaan seperti BTN digunakan untuk melumur najis hitam kepada gerakan Islam seperti PAS sebagai khawarij. <\/p>\n\n\n\n<p>Penulis secara peribadi pernah berdebat dengan seorang penceramah dalam satu program bengkel induksi pada tahun 1999 apabila tanpa berbasi-basi mengaitkan gerakan Islam dengan perjuangan khawarij.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejarah khawarij bermula dizaman khalifah keempat kerajaan Khulafa ar Rasyidin, Saidina Ali KWJ. <\/p>\n\n\n\n<p>Berlakunya Perang Siffin pada tahun 37 Hijrah diantara pasukan khalifah Islam dan pasukan tentera Syria yang saat itu Muawiyyah menjadi Gabenor Syria.<\/p>\n\n\n\n<p>Muawiyyah tidak mahu membaiah khalifah keempat, Saidina Ali dengan justifikasi agar disegerakan hukuman kepada pembunuh Saidina Uthman pada tahun 35 Hijrah. <\/p>\n\n\n\n<p>Justifikasi kerajaan khulafaar Rasyidin, kejadian pembunuhan itu melibatkan kelompok Sabaiah yang jumlahnya ramai. <\/p>\n\n\n\n<p>Perang meledak dan menumpahkan darah sesama muslim, gemerincingan pedang bersahutan takbir membesarkan Allah sesama pengungkap kalimah toyyibah!<\/p>\n\n\n\n<p>Setelah perang banyak hari berlangsung dengan menggeletak kematian, disebelah pasukan tentera Syria Muawiyyah, tenteranya menjulang mushaf al Quran pada hujung tombak dan pedang. <\/p>\n\n\n\n<p>Saidina Ali KWJ mengarahkan tenteranya meletakkan senjata, berdamai atau gencatan senjata. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebahagian tentera Saidina Ali tidak mahu berdamai kerana mereaksinya sebagai kid&#8217;ah (strategi).<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka keluar daripada mentaati kepimpinan Saidina Ali dan seterusnya menentang Saidina Ali, kelompok khawarij\/ khariji ini dihadapi oleh Saidina Ali dengan diskusi ilmu. <\/p>\n\n\n\n<p>Abdullah Bin Abbas, tokoh al Quran yang juga ahli keluarga Nabi SAW berdepan dengan hujjah dengan kelompok pelampau ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Khawarij mengkafirkan Saidina Ali dan juga mengkafirkan Muawiyyah Bin Abu Suffian, slogan mereka &#8220;La hukmu illa Lillah&#8221;. <\/p>\n\n\n\n<p>Perdebatan ilmu dengan Ibnu Abbas telah menyedarkan kesilapan mereka menentang Saidina Ali. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebahagian telah bertaubat dan kembali menyokong Saidina Ali KWJ manakala sebahagian terus bertekad melawan Saidina Ali.<\/p>\n\n\n\n<p>Sikap kasar dan keras kepala kelompok ini telah menyebabkan berlakunya Perang Nahrawan pada tahun 38 Hijrah. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tewas dan ramai pimpinan utama khawarij telah terbunuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Api dendam dan kebencian menyulut api permusuhan sehinggalah membawa kepada pembunuhan Saidina Ali dalam bulan Ramadhan tahun 40 Hijrah di Kufah.<\/p>\n\n\n\n<p>Ironinya, dizaman milineal yang lumayan dengan fitnah ini, gerakan Islam dipelbagai belahan dunia Islam dituduh pukal sebagai puak khawarij yang berlawanan dengan akidah Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa menafikan adanya khutlah neo khawarij dibeberapa tempat dalam dunia ini sehingga membawa pertumpahan darah sesama Islam akibat onar kelompok neo khawarij seperti daesh khurasan dan lain-lain lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Ikhwanul Muslimin, Jamiat Islami, PAS, an Nahdhoh dan lain-lain gerakan Islam kontemporari bukanlah bertunjang nuansa kelompok khawarij. <\/p>\n\n\n\n<p>Gerakan Islam memperjuangkan penegakan Syariat Islam, menentang kemungkaran penguasa, mengajak manusia hidup dalam wewenang Syariah dan cara hidup Islam yang syumul.<\/p>\n\n\n\n<p>Pembenci gerakan Islam hari ini bukan sekadar berselimut dengan kejahilan sejarah tetapi seumpama burung Tiung yang hanya pandai mengulang bicara musuh Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Malang apabila konotasi Khawarij ini juga dipukalkan sekali dengan pendakwah-pendakwah yang siang malam mengajak manusia kembali hidup berTuhan seperti alfadhil Ustaz Azhar Idrus, alangkah dangkalnya!<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor<\/p>\n\n\n\n<p>(Penulis adalah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI )<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tuduhan khawarij kepada pelbagai gerakan Islam dalam dunia moden adalah strategi untuk menjauhkan ummat Islam daripada menyokong dan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":18226,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-18225","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18225","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18225"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18225\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18227,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18225\/revisions\/18227"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18226"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18225"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18225"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18225"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}