{"id":18289,"date":"2024-03-16T05:05:52","date_gmt":"2024-03-16T05:05:52","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=18289"},"modified":"2024-03-16T05:05:55","modified_gmt":"2024-03-16T05:05:55","slug":"usaha-terancang-cabar-undang-undang-syariah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/03\/16\/usaha-terancang-cabar-undang-undang-syariah\/","title":{"rendered":"Usaha Terancang Cabar Undang-Undang Syariah"},"content":{"rendered":"\n<p>Pada 6 April 2017 Ahli Parlimen Marang Tuan Guru Abdul Hadi Awang membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355).<\/p>\n\n\n\n<p>Presiden PAS menjelaskan pindaan itu bertujuan memperkasakan mahkamah syariah dan meningkatkan hukuman jenayah sedia tanpa membabitkan masyarakat bukan Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas usul tersebut dibentang ia ditangguh tanpa dibahas. <\/p>\n\n\n\n<p>Pertama kali dalam sejarah kerajaan Barisan Nasional (BN) membenarkan usul persendirian dibentang pembangkang.<\/p>\n\n\n\n<p>Mungkinkah ada sesuatu petanda? <\/p>\n\n\n\n<p>Rupanya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tanggal 9 Mei 2018 kerajaan BN ditolak majoriti rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin juga kerana usul bagi mengangkat martabat mahkamah syariah dibiarkan tanpa mendapat kelulusan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian rakyat meletak pengharapan tinggi kepada kerajaan baharu diterajui Pakatan Harapan (PH). <\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya tiada khabar mengenai usaha tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Hanya selepas kerajaan PERIKATAN NASIONAL (PN) muncul beberapa usaha dilakukan. <\/p>\n\n\n\n<p>Diwujudkan Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).<\/p>\n\n\n\n<p>Jawatankuasa itu diarah mengkaji penambahbaikan undang-undang syariah khususnya berkenaan kesalahan jenayah syariah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerajaan mempunyai Pelan Pemerkasaan Undang-undang Syariah sehingga tahun 2025 yang melibatkan penggubalan empat akta baru dan pindaan terhadap tujuh akta sedia ada.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam isu RUU 355 kerajaan komited meneruskan usaha pindaan secara tertib dan teratur. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang sedang menuju ke fasa rundingan bersama negeri-negeri,\u201d kata bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Ahmad Marzuk Shaary.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia bermakna road map sudah ada dan dianggap lebih mudah bagi kerajaan Madani meneruskan draf yang sudah terhidang.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun ia tidak berlaku begitu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan Madani mewujud pula Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan dengan Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN).<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Hal Ehwal Agama Dr Na\u2019im Mokhtar dilapor berkata, jawatankuasa itu akan menyediakan laporan hasil kajian dan pandangan terhadap semua isu berbangkit.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia diletak sasaran dalam tempoh enam bulan atau tidak melebihi setahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya laporan itu akan dibentangkan kepada mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan Majlis Raja-Raja untuk diperkenan sebelum dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tidak bimbang?<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Menteri juga dilapor menyebut masyarakat tidak perlu bimbang tentang keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin yang dikatakan melemahkan kuasa mahkamah syariah.<\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan sebelum ini ramai bimbang peluang pelbagai pihak untuk mencabar enakmen jenayah syariah di semua negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Iki Putra lawan Kerajaan Selangor berkaitan bidang kuasa negeri menggubal undang-undang jenayah Islam memeranjatkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ramai peguam menyifatkan Mahkamah Persekutuan membuat keputusan berbeza berbanding sebelum ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia sekali gus menghadkan lagi bidang kuasa negeri menggubal jenayah syariah.<\/p>\n\n\n\n<p>Berdasar fakta kes, Iki Putra didakwa di Mahkamah Syariah pada 21 Ogos 2019 atas kesalahan meliwat. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, individu terbabit mencabar peruntukan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.<\/p>\n\n\n\n<p>Dia dilapor mendakwa negeri atau Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menggubal dan membicarakan kes jenayah liwat.<\/p>\n\n\n\n<p>Ekoran itu bekas Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dilapor berkata, kes Iki Putra akan memberi kesan domino yang boleh menjatuhkan satu persatu undang-undang syariah peringkat negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>Ternyata Nik Elin menjejaki apa yang dilakukan Iki Putra. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan apabila menteri menyatakan orang ramai tidak perlu bimbang keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin, ia tentu meragukan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana apa yang berlaku di Selangor sudah menjalar ke Kelantan.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu ramai mendesak perlu ada\u00a0<em>political will<\/em>\u00a0kerajaan sekarang. <\/p>\n\n\n\n<p>Banyak desakan dibuat termasuk meminda perlembagaan bagi memberi kuasa kepada mahkamah syariah.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah Akta 355 kali terakhir dipinda pada tahun 1984 bagi menaikkan hukuman daripada had denda maksimum RM1,000 kepada RM5,000.<\/p>\n\n\n\n<p>Kebimbangan umat Islam ada asas kerana bukti telah berlaku di hadapan mata.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Keliru<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya apa yang berlaku sekarang masih ramai keliru terhadap Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 Seksyen dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Kelantan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka termasuk juga bergelar sarjana dan felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApa yang diputuskan oleh mahkamah ialah DUN Kelantan melampaui bidang kuasanya apabila meluluskan beberapa perkara yang berada di bawah bidang kuasa Dewan Rakyat,\u201d ujar seorang felo.<\/p>\n\n\n\n<p>Tulisannya disiarkan di sebuah akhbar Khamis minggu lepas. <\/p>\n\n\n\n<p>Seorang peguam turut mendakwa keputusan Mahkamah Persekutuan tidak menggugat mahkamah syariah.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Mahkamah Persekutuan pada Februari lepas membatalkan 16 seksyen dalam Kanun Jenayah Syariah Kelantan (I) 2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia dianggap bertentangan dengan Perlembagaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menjelaskan isu tersebut Menteri Besar Kelantan, Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, 16 seksyen yang dibatal Mahkamah Persekutuan akan dikaji dan digubal semula kerajaan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, kerajaan negeri akan mempertahankan Kanun Jenayah Syariah selaras dengan komitmen semua Majlis Agama Islam yang terdapat di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni kerana tujuh negeri mempunyai seksyen yang hampir serupa dalam Kanun Jenayah Syariah Kelantan. <\/p>\n\n\n\n<p>Menjadi kewajiban orang Islam tanpa mengira fahaman politik mempertahankan perundangan syariah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Lagi pun sudah dijelaskan Perkara 3 \u2013 Islam ialah Agama bagi Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan Perkara 8 (1) menjelaskan \u2018Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Mantan Ketua Hakim Syarie Perak Muhamad Asri Abdullah pula berkata, undang-undang awam terpakai untuk semua orang, manakala negeri-negeri mempunyai undang-undang diri atau&nbsp;<em>personal laws<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApabila seseorang ingin berkahwin, maka dia akan merujuk kepada undang-undang agamanya untuk menentukan kesahihan perkahwinan yang akan dilangsungkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika ia melakukan nahi mungkar ia juga boleh dihukum mengikut hukuman kesalahan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cItulah sebabnya kenapa undang-undang Islam diletak di bawah bidang kuasa negeri yang dikhaskan untuk orang Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun demikian punca kuasanya juga dari Perlembangaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini dijelaskan oleh Perlembagaan,\u201d katanya pada kenyataan.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Menjelaskan lanjut perkara itu bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, KJS (II) biar pun diluluskan di Dun Kelantan pada 1993, namun tidak dapat dilaksanakan kerana bidang kuasa yang ada terhad.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSudah lama dilulus namun tidak dapat dilaksanakan kerana peranan mahkamah syariah tidak diberi bidang kuasa yang mencukupi bagi melaksanakan qisas, hudud dan takzir.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita telah angkat cadangan diadakan perbahasan RUU Akta 355 bagi memberi kuasa yang lebih kepada mahkamah syariah. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita sudah ada tapak. Lagipun mahkamah syariah lebih dekat kepada kita,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, undang-undang berkembang mengikut suasana setempat dan semasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Tegas beliau undang-undang syariah berakar daripada al-Quran.<\/p>\n\n\n\n<p>Menjawab isu yang dibangkit seorang fellow IKIM, contohnya Seksyen 41 berkaitan muamalat riba tiada dalam undang-undang persekutuan, namun mengapa dibatalkan juga Mahkamah Persekutuan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Dr Mohamed Fadzli juga berkata, Parlimen tidak boleh buat undang-undang yang bersifat diskriminasi contohnya amalan riba.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKes tersebut akan membuka pintu kepada cabaran-cabaran di enam negeri yang mana peruntukan hampir serupa dengan Kelantan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita dituduh berpolitik dalam hal ini, namun kita tetap bergerak. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Malah ketika Mahkamah Persekutuan bersidang pihak bukan politik turut hadir sebagai sahabat mahkamah,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menegaskan ini bukan isu politik sebaliknya serangan terhadap perundangan syariah. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Lebih mendukacitakan lagi bantahan kerajaan Kelantan telah ditolak mahkamah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pada 6 April 2017 Ahli Parlimen Marang Tuan Guru Abdul Hadi Awang membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian. Ia bertujuan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":18290,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-18289","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18289","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18289"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18289\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18291,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18289\/revisions\/18291"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18290"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18289"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18289"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18289"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}