{"id":18299,"date":"2024-03-22T07:17:28","date_gmt":"2024-03-22T07:17:28","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=18299"},"modified":"2024-03-22T07:17:31","modified_gmt":"2024-03-22T07:17:31","slug":"kerajaan-nak-bantu-guru-pasti-are-you-sure","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/03\/22\/kerajaan-nak-bantu-guru-pasti-are-you-sure\/","title":{"rendered":"Kerajaan Nak Bantu Guru PASTI? Are You Sure?"},"content":{"rendered":"\n<p>Seperti dinyatakan Ketua Pemuda PAS, PASTI adalah program dalaman PAS untuk anak-anak ahli dan penyokong PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Guru-guru PASTI adalah sukarelawan PAS yang diberi elaun oleh parti. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika PAS ada dalam kerajaan pun, PASTI tidak pernah terima dana daripada kerajaan dan PAS tidak pernah cuba guna dana kerajaan untuk PASTI, kerana PASTI adalah program parti.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika kerajaan hari ini bermurah hati untuk membantu guru-guru PASTI, pihak kerajaan harus bertemu dengan pihak parti PAS, iaitu Dewan Pemuda PAS dan ketua pemudanya &#8211; berbincang keperluan dan bagaimana cara untuk bantu guru-guru PASTI dalam bentuk gaji minimum, caruman KWSP dan Socso. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukannya &#8216;merempuh&#8217; premis-premis PASTI untuk menyiasat bagai.<\/p>\n\n\n\n<p>Rata-rata premis PASTI adalah dalam bangunan markaz PAS secara umumnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Silibus PASTI bersifat nasional, tetapi pengurusan dana PASTI adalah bersifat setempat. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi PASTI kawasan luar bandar, sudah tentu elaun guru PASTI tidaklah besar dan bergantung kepada sumbangan orang ramai. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia bergantung kepada kecekapan pengurusan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika pihak pengurusan menjana pendapatan melalui perniagaan besar, maka adalah elaun besar sikit kepada PASTI.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, kekangan untuk memberi elaun yang lebih besar kepada guru PASTI adalah tidak seragam antara semua PASTI yang ada. <\/p>\n\n\n\n<p>Guru-guru PASTI juga sedia maklum perkara ini, dan mereka tidak dipaksa pun untuk terus menjadi guru PASTI jika mereka tidak mampu dari segi kewangan andai terus menjadi guru PASTI. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka yang menjadi guru PASTI rata-ratanya ikhlas mahu mendidik anak-anak kecil, kerana mereka yakin ilmu asas yang diajar kepada anak-anak kecil adalah pelaburan pahala jariah yang sangat menguntungkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bayangkan anak kecil menjadi pandai membaca al-Quran disebabkan guru PASTI mengajarnya &#8211; kemudian anak kecil itu membesar setiap hari membaca al-Quran di dalam solat, di luar solat, mendewasa sebagai orang yang mengajar orang lain pula akan ilmu al-Quran&#8230; <\/p>\n\n\n\n<p>Bayangkan betapa bergandanya pahala guru PASTI yang mengajar asasnya &#8211; ibarat membeli $10 dolar Bitcoin pada 2009!<\/p>\n\n\n\n<p>Itulah antara asas keikhlasan dan keyakinan guru-guru PASTI yang tidak akan tercapai dek akal pencinta dunia yang mengikut logik kehidupan dunia semata. <\/p>\n\n\n\n<p>Anda boleh terus menghasut guru-guru PASTI untuk bangkit &#8216;memberontak&#8217; pasal gaji &#8211; atas nama &#8220;kami nak tolong guru PASTI&#8221;. <\/p>\n\n\n\n<p>Ya, sebahagian guru-guru PASTI akan termakan dengan hasutan itu, manakala guru-guru PASTI yang ikhlas tidak akan mudah dipengaruhi. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan mereka yakin bayaran di akhirat jauh lebih besar dan berganda pulangannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun begitu, keikhlasan guru-guru PASTI adalah antara guru-guru PASTI dengan ALLAH. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala pihak PAS, terutama Dewan Pemuda PAS dan Lembaga PASTI semestinya perlu ada perancangan yang besar untuk membangunkan dana khas untuk elaun guru-guru PASTI. <\/p>\n\n\n\n<p>Pembangunan dana ini mesti centralize untuk semua PASTI agar guru-guru PASTI dapat elaun minimum setara dengan guru-guru pra-sekolah yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia adalah tugas PAS, bukan tugas kerajaan sebenarnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Pihak pengurusan tak boleh lepas tangan dengan &#8220;alasan guru PASTI ikhlas&#8221;. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika kerajaan nak bantu pun, mesti kena deal dengan PAS, kerana PASTI adalah program PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang PAS marah kerajaan &#8216;rempuh&#8217; masuk premis PASTI, bukan nak kata lawan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Nak bantu guru-guru PASTI, kena ikut saluran yang betul, bukan main &#8216;rempuh&#8217; begitu sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Tak pelik apa pun orang nak marah. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan tindak-tanduk kerajaan Madani pula selari dengan sangkaan-sangkaan buruk orang ramai terhadap kerajaan Madani. <\/p>\n\n\n\n<p>Bertambah buruklah sangkaan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh: Dr Tanaka Mustafa<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seperti dinyatakan Ketua Pemuda PAS, PASTI adalah program dalaman PAS untuk anak-anak ahli dan penyokong PAS. Guru-guru PASTI<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":18300,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[55],"tags":[56],"class_list":["post-18299","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pendidikan","tag-pendidikan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18299","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18299"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18299\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18301,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18299\/revisions\/18301"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18300"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18299"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18299"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18299"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}