{"id":18377,"date":"2024-04-02T06:58:03","date_gmt":"2024-04-02T06:58:03","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=18377"},"modified":"2024-04-02T06:58:05","modified_gmt":"2024-04-02T06:58:05","slug":"anugerah-bagi-orang-beriman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/04\/02\/anugerah-bagi-orang-beriman\/","title":{"rendered":"Anugerah Bagi Orang Beriman"},"content":{"rendered":"\n<p>Juz ke 22 dimulakan dengan tadabur ayat 31 sehingga akhir surah Al-Ahzab seterusnya surah Saba&#8217; dan Al-Fathir kemudian berakhir dengan surah Yaasin sehingga ayat 27. <\/p>\n\n\n\n<p>Awal juz ini, Allah menyatakan tentang peranan golongan muslimat dalam mempertahankan perjuangan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Muslimat adalah penguat semangat kepada golongan lelaki dalam mengemudi rumah tangga, masyarakat, negeri dan negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Allah turut menegaskan bahawa dalam meneruskan kehidupan dunia sementara ini, setiap orang yang beriman wajib akur dan tunduk semua arahan Allah tanpa sebarang alasan dan mencari alternatif lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut ditekankan asas dalam pemilihan pemimpin agar hanya pemimpin yang beriman sahaja diangkat mengetuai masyarakat bagi mengelakkan huru-hara dan penindasan dalam sesebuah pentadbiran negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Seterusnya Allah telah memberitakan tentang negeri Saba&#8217; yang diberi anugerah dengan kepelbagaian nikmat dengan memiliki syurga buah-buahan, namun setelah mereka ingkar perintah Allah, negeri tadi telah musnah akibat banjir besar. <\/p>\n\n\n\n<p>Kebanyakan ayat dalam surah Saba&#8217; ini mengajak manusia agar gerun kepada siksaan Allah dan jangan ada sikap membelakangi seruan Allah ketika mana berada di dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara dalam surah Fathir turut diberi peringatan agar manusia jangan tertipu dengan hasutan syaitan. <\/p>\n\n\n\n<p>Allah telah menyediakan segala kelengkapan di dunia dengan binatang ternak, kayu-kayan, bukit-bukau demi untuk memberi kenikmatan hidup kepada manusia, baki lagi mereka perlu menyerahkan diri mereka sepenuhnya untuk menjadi pengikut para Anbiya&#8217; yang membawa suruhan Allah melalui wahyu yang diturunkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Di awal surah Yaasin, dikisahkan sebuah memoir perjuangan Rasulullah yang sangat tragis ketika berhadapan dengan kuffar yang ingin membunuhnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ternyata dengan kepungan oleh para pemuda yang perkasa sangat sukar untuk Rasulullah melepasi kepungan tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, Allah dengan kasih-sayang-Nya telah menyelamatkan Baginda SAW melalui nusrah-Nya yang tidak diduga oleh musuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhir juz ini, Allah membawakan kisah tiga orang utusan yang berdakwah ke sebuah negeri Antakiyyah sebagaimana pandangan sesetengah mufassirin akan tetapi mereka didustai dan diancam untuk dibunuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Keluarlah Habib AI-Najjar yang tinggal di pinggir bandar itu dan melarang penduduk berbuat jahat terhadap utusan tersebut lalu akhirnya beliau dipijak sehingga mati. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitulah cabaran menegakkan kebenaran yang perlu dihayati oleh seluruh pejuang Islam di zaman kini.<\/p>\n\n\n\n<p>Binalah kesatuan hati di antara sanak-saudara dan rakan taulan. <\/p>\n\n\n\n<p>Segala bentuk perdebatan sia-sia dan permusuhan hendaklah dijauhi kerana Allah akan mengangkat tanda-tanda Lailatul Qadar sehingga sukar dikenali.<\/p>\n\n\n\n<p>Hal ini sebagaimana sabdaan Rasulullah S.A.W:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-right\">\u0625\u0646\u0650\u0651\u064a \u062e\u064e\u0631\u064e\u062c\u0652\u062a\u064f \u0644\u0650\u0623\u064f\u062e\u0652\u0628\u0650\u0631\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0628\u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u064e\u0629\u0650 \u0627\u0644\u0642\u064e\u062f\u0652\u0631\u0650\u060c \u0648\u0625\u0646\u064e\u0651\u0647 \u062a\u064e\u0644\u064e\u0627\u062d\u064e\u0649 \u0641\u064f\u0644\u064e\u0627\u0646\u064c \u0648\u0641\u064f\u0644\u064e\u0627\u0646\u064c\u060c \u0641\u064e\u0631\u064f\u0641\u0650\u0639\u064e\u062a\u0652\u060c \u0648\u0639\u064e\u0633\u064e\u0649 \u0623\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0643\u0648\u0646\u064e \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064b\u0627 \u0644\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652\u060c \u0627\u0644\u062a\u064e\u0645\u0650\u0633\u064f\u0648\u0647\u064e\u0627 \u0641\u064a \u0627\u0644\u0633\u064e\u0651\u0628\u0652\u0639\u0650 \u0648\u0627\u0644\u062a\u0650\u0651\u0633\u0652\u0639\u0650 \u0648\u0627\u0644\u062e\u064e\u0645\u0652\u0633\u0650<\/p>\n\n\n\n<p><em>&#8220;Sesungguhnya aku keluar untuk memberitahu kamu sekalian tentang petanda Lailatul Qadar dan kemudian berlaku pertikaman lidah di antara fulan dan fulan maka (tanda Lailatul Qadar) diangkat. Mudah-mudahan ianya kebaikan buat kamu, carilah ia pada malam 27, 29 dan 25&#8221;. <\/em><\/p>\n\n\n\n<p><strong>(Riwayat Bukhari)<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Dato&#8217; Ahmad Yakob<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Juz ke 22 dimulakan dengan tadabur ayat 31 sehingga akhir surah Al-Ahzab seterusnya surah Saba&#8217; dan Al-Fathir kemudian<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":18378,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[71],"tags":[72],"class_list":["post-18377","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-minda-pemimpin","tag-minda-pemimpin"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18377","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18377"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18377\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18379,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18377\/revisions\/18379"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18378"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18377"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18377"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18377"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}