{"id":18386,"date":"2024-04-03T05:14:34","date_gmt":"2024-04-03T05:14:34","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=18386"},"modified":"2024-04-03T05:14:36","modified_gmt":"2024-04-03T05:14:36","slug":"polemik-perkataan-kafir-antara-fakta-dan-auta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/04\/03\/polemik-perkataan-kafir-antara-fakta-dan-auta\/","title":{"rendered":"Polemik Perkataan Kafir: Antara Fakta Dan Auta"},"content":{"rendered":"\n<p>Dalam Negara Malaysia, sudah menjadi cara hidup orang Islam dalam bergaulan dengan bukan muslim sejak dahulu, tidak memanggil \u2018hai kafir\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Majlis-majlis rasmi, tidak rasmi, dakwah dan apa sahaja memanggil mereka yang tidak menganut Islam sebagai \u2018bukan muslim\/Islam\u2019, \u2018penganut agama lain\u2019, atau \u2018bukan Melayu\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Hanya dalam konteks akidah sahaja, perkataan kafir digunakan bagi merujuk perbezaan akidah, bukan sebagai satu panggilan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika ada yang memanggil secara berhadapan \u2018hai kafir!\u2019 itu tersasar dari yang asal dan sangat sukar berlaku melainkan dalam konteks pergaduhan atau hilang pertimbangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada siapapun dalam negara ini menyuruh memanggil mereka yang berlainan agama \u2018hai kafir\u2019 ketika bergaul dan berdialog. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak perlu sesiapa pun menimbulkan isu dalam perkara ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, kempen agar tidak wajar muslim memanggil orang bukan muslim sebagai \u2018wahai kafir!\u2019 ketika berurusan adalah tidak realistik dalam masyarakat Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia seakan memberikan persepsi buruk yang tidak wujud kepada masyarakat muslim yang sangat toleran dalam negara ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia membohongi sikap baik yang sedia ditunjukkan oleh masyarakat muslim, seakan orang muslim di Malaysia memilih panggilan yang tidak sesuai kepada masyarakat bukan muslim ketika berinteraksi, padahal itu tidak berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam masa yang sama, kita perlu sedar bahawa usaha menghapuskan beberapa perkataan asas dalam akidah Islam sedang berlaku di peringkat antarabangsa. <\/p>\n\n\n\n<p>Sesiapa yang mengikuti perkembangan aliran pemikiran akan memahami hal ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Dahulu, kalimat jihad dianggap sebagai ganas sehingga ramai yang takut menyebutnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan dituduh pelampau dan pengganas sesiapa yang menggunakannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini perkataan \u2018kafir, syirik, murtad, Islam agama yang benar, syurga untuk mukmin dan seumpamanya dianggap sebagai liar dan merosakkan masyarakat. <\/p>\n\n\n\n<p>Kempen agar percaya semua agama nilainya sama di sisi Allah giat dilaksanakan di pelbagai peringkat di dunia ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak mustahil akan tiba masanya nanti, semua perkataan itu diHARAMkan di tempat-tempat rasmi, pejabat kerajaan, sekolah, tempat awam dan lain-lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Konteks akademik dan klasifikasi akidah juga akan ditolak. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka, masyarakat muslim yang sedar tentang hal ini mempunyai alasan untuk bimbang dengan isu ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Video yang tersebar di Malaysia tentang isu ini membabitkan pihak yang menguruskan politik negara dan pendidikan secara langsung. <\/p>\n\n\n\n<p>Latar pengucapnya seorang yang memahami pengaruh perkataan terhadap makna dan undang-undang. <\/p>\n\n\n\n<p>Ungkapan yang digunakan HARAM perkataan kafir di RUMAH. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian percakapan selepas itu berkaitan dengan undi.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika beliau menyebut pengharaman itu di jalan atau di sekolah atau di tempat awam dan anaknya pula ada kecenderungan memanggil orang bukan muslim \u2018kafir\u2019, bolehlah cuba difahami maksudnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Itupun ganjil kerana ia bukan tabiat masyarakat muslim Malaysia demikian. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, apabila disebutkan \u2018di rumah\u2019, maka amat pelik, apakah ada kecenderungan dalam keluarga memanggil sesama sendiri \u2018kafir\u2019?!<\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang cuba mempertahankan dengan menyatakan ia sama dengan ibubapa mengharamkan perkataan babi atau celaka di rumah. <\/p>\n\n\n\n<p>Itu bukan bererti mengharamkan ayat al-Quran. Itu kias yang jauh. <\/p>\n\n\n\n<p>Perkataan \u2018babi\u2019 atau \u2018celaka\u2019 biasa digunakan oleh anak-anak yang tiada asuhan baik sebagai kalimat untuk memaki hamun. <\/p>\n\n\n\n<p>Soalannya, apakah perkataan \u2018kafir\u2019 menjadi perkataan maki hamun dalam sesebuah masyarakat sehingga perlu diharamkan sebutannya?! <\/p>\n\n\n\n<p>Ganjil benar jika ada keluarga yang demikian rupa. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam keluarga muslim, kalimah \u2018kafir\u2019 itu biasanya digunakan bagi menerangkan perkara akidah dan maksud ayat al-Quran dan hadis.<\/p>\n\n\n\n<p>Melarang menggunakan perkataan kafir secara salah, sangat berbeza dengan mengHARAMkan perkataan itu disebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika seseorang yang tiada pendidikan atau bolos kehidupannya, mungkin boleh diagak keceluparan itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, seseorang yang berstatus \u2018menteri\u2019 amat menggusarkan apatah lagi di masa dia memegang pendidikan negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang menyatakan video itu tidak lengkap. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika benar dakwaan itu, maka, sila tunjukkan yang lengkap untuk rakyat faham. <\/p>\n\n\n\n<p>Dibimbangi jika yang lengkap ditunjukkan, banyak lagi hal lain yang muncul. <\/p>\n\n\n\n<p>Jawapan beliau dalam isu ini amat ganjil.<\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa hal ini hendak dihalusi? <\/p>\n\n\n\n<p>Jawapannya, kerana kedudukannya dalam polisi pendidikan negara kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Kebingungan kita kadang-kala untuk memahami beberapa isu seperti mengapa ada hal-hal yang membabitkan Umat Islam kelihatan bermasalah (seperti ucapan beliau di Parlimen berhubung takbir dan qunut nazilah) kononnya bagi menjaga sensitiviti semua pihak tetapi untuk anak-anak bukan muslim makan di kantin terbuka diperjuangkan habis-habisan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidakkah anak-anak bukan muslim juga perlu diajar menghormati adat dan budaya masyarakat majoriti di negara ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Atas dasar menjaga sensitiviti semua, ajarlah mereka cara hidup dalam masyarakat majmuk. <\/p>\n\n\n\n<p>Selama ini tiada masalah pun perkara itu, tiba-tiba dimunculkan sebagai masalah. <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah semua ini ada kaitan dengan cara fikir yang sedang dikandung?<\/p>\n\n\n\n<p>Ada juga yang cuba menggunakan hujah kata-kata Dr al-Qaradawi. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika mereka memang membaca buku Dr. al-Qaradawi, perkataan \u2018kafir, kufur, syirik, musyrik banyak sekali disebut dalam karya beliau. <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah mereka hendak haramkan buku-buku al-Qaradawi di rumah mereka?! <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang al-Qaradawi sebut ialah konteks penggunaan bukan pengharaman perkataan. Jangan salahguna hujah!<\/p>\n\n\n\n<p>Sikap sesetengah pihak yang melampau dalam beberapa isu seperti suka mengkafirkan, tidak menjadi lesen untuk diharamkan perkataan itu yang disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah.<\/p>\n\n\n\n<p>Bayangkan jika video itu tidak dikritik. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah banyak bulan ia beredar, tiada jawapan sekalipun beberapa pihak telah membantah. <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah desakan kuat, barulah ditimbulkan kononnya ada konteks yang tersendiri. Itupun sangat ganjil. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka, masyarakat muslim berhak membantah kerana ia boleh membawa maksud yang sangat salah. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini termasuk al-Amr bi al-Ma\u2019ruf dan al-Nahy \u2018an al-Munkar.<\/p>\n\n\n\n<p>Penyelesaiannya, perbetulkan ucapan itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan sebut video tidak penuh, nanti masyarakat muslim akan minta video penuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Bimbang, banyak hal lain mungkin akan timbul. <\/p>\n\n\n\n<p>Beritahu sahaja, ada kesilapan dalam ucapan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Kepada para pembela beliau, isu ini bukan kritikan kepada kerajaan tetapi kepada kesilapan individu dalam kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika kerajaan mempertahankan, maka barulah dinilaikan sebagai kesilapan kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhrinya, negara ini memerlukan mereka yang berkelayakan menguruskan pendidikan negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Pendidikan merangkumi anak-anak muslim dan bukan muslim. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan sensitiviti bukan muslim diambil kira, sensitiviti muslim juga perlu diambil kira.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr. Maza<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dalam Negara Malaysia, sudah menjadi cara hidup orang Islam dalam bergaulan dengan bukan muslim sejak dahulu, tidak memanggil<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":18387,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-18386","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18386","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18386"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18386\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18388,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18386\/revisions\/18388"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18387"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18386"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18386"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18386"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}