{"id":18389,"date":"2024-04-03T08:47:59","date_gmt":"2024-04-03T08:47:59","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=18389"},"modified":"2024-04-03T08:48:02","modified_gmt":"2024-04-03T08:48:02","slug":"berita-baik-dan-buruk-penangguhan-munajat-perdana-menuntut-royalti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/04\/03\/berita-baik-dan-buruk-penangguhan-munajat-perdana-menuntut-royalti\/","title":{"rendered":"Berita Baik Dan Buruk Penangguhan Munajat Perdana Menuntut Royalti"},"content":{"rendered":"\n<p>Berita baik untuk penyokong PH atau panggilan manja mereka, Walanon atas penangguhan program Munajat Perdana Royalti yang dirancang akan diadakan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. <\/p>\n\n\n\n<p>Sambil sinis dan bersorak riang, mungkin mereka membuat lawak \u201ckita memperolehi kemenangan yang pertama\u201d meniru lagak allahyarham Ahmad Nisfu dalam filem Nujum Pak Belalang. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan apabila sesuatu yang menggembirakan Walanon, sebaliknya pasti akan menjadi kemuraman penyokong PN.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaik sahaja menerima berita penangguhan ini yang diputuskan oleh pimpinan PAS Terengganu, kita sudah menjangkakan kemungkinan besar ada sesuatu yang positif mungkin berlaku di belakang takbir. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidaklah diberitahu apa yang menyebabkan penangguhan ini diputuskan, yang mungkin mahu menjaga air muka seseorang tetapi yang jelas kerana sikap PAS yang cukup tinggi kesabarannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah sikap pejuang Islam yang benar, sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 61 dan 62:<\/p>\n\n\n\n<p><em>61-Dan jika mereka cenderung kepada perdamaian, maka hendaklah engkau cenderungi pula kepadanya. Dan bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.<\/em><\/p>\n\n\n\n<p><em>62-Dan jika mereka hendak memperdayakan engkau, maka sesungguhnya cukuplah bagi engkau Allah. Dialah yang akan meneguhkan engkau dengan pertolongan-Nya dan dengan orang-orang yang beriman.<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Namun apa yang menarik untuk saya tulis di sini ialah kepercayaan bahawa Allah itu maha berkuasa, disebalik kelakuan pihak yang sentiasa berlawan dengan kehendak Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak perlulah saya senaraikan semula fiil mereka yang bertentangan dengan suruhan Allah itu kerana semua sudah sedia maklum dengan banyaknya isu lama dan baharu. <\/p>\n\n\n\n<p>Barangkali ada yang merasa gerun dengan doa insan yang dizalimi. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini bermakna, masih ada lagi keimanan terhadap Allah, tetapi ia kepada hukum yang terpilih sahaja, sebab takut terkena laknat, mungkin?<\/p>\n\n\n\n<p>Lihat dahulu bagaimana kejahatan Umno yang begitu lama bermaharajalela, hanya mentertawakan doa-doa PAS kerana yakin mereka di pihak yang benar walaupun menzalimi PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya dengan satu doa yang dibacakan oleh allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz khusus terhadap Najib dan Zahid, ia benar-benar terjadi sesuatu yang buruk terhadap mereka berdua. <\/p>\n\n\n\n<p>Khianat mereka berbalas dengan hanya doa oleh ulamak. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia disaksikan oleh semua yang mengikut perkembangan politik negara.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS sekali lagi ditertawakan apabila doa KO Umno oleh adinda allahyarham TGNA, allahyarham Ustaz Nik Radzi dalam satu majlis solat hajat. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun tertawa itu kemudiannya menjadi tangisan dengan Umno betul-betul KO dalam PRU14 dan kemudiannya menjadi pengemis yang begitu hina, duduk di bawah tapak kaki DAP, musuh yang amat mereka benci suatu masa dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Jelas Umno sanggup berada di bawah kuasa DAP. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua ini demi untuk melepaskan seorang sahaja dalam Umno daripada dikenakan tindakan.<\/p>\n\n\n\n<p>PMX kelihatannya mempelajari sesuatu setelah begitu lama bersama dengan PAS yang dipenuhi dengan ulamak. <\/p>\n\n\n\n<p>Jauh lebih besar daripada itu, PAS juga disokong dan didokong oleh pusat-pusat pengajian pondok dan juga moden yang berteraskan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka sentiasa menyatakan solidariti mereka terhadap PAS dan senang sekali membantu PAS terutama dalam hal berkaitan perkembangan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Penarikan royalti ini juga secara tidak langsung akan menjejaskan mereka kerana bantuan yang sentiasa diberikan oleh Kerajaan Negeri terhadap pusat pengajian Islam ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Walanon tidak mengetahui apa-apa berkenaan kehebatan doa orang yang dizalimi kerana mereka tidak diajar dan tidak mahu belajar berkenaan kehebatan doa ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi mereka, penangguhan adalah kegagalan, namun bagi PAS penangguhan ini adalah rahmat kerana kelihatannya ada pihak yang insaf dan pentadbiran negeri akan berjalan seperti biasa tanpa gangguan. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih utama, hak rakyat boleh diagihkan secara sistematik sebagaimana yang telah dirancang dalam bajet tahunan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kezaliman itu adalah kegelapan dan keadilan itu adalah cahaya yang membimbing kita ke jalan yang benar. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang nampakkah kita berita penangguhan munajat ini sebagai berita baik atau berita buruk? <\/p>\n\n\n\n<p>Kata kawan saya, baru nak ambil wudhu nak solat hajat, dah rasa gerun. Belum lagi solat.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Berita baik untuk penyokong PH atau panggilan manja mereka, Walanon atas penangguhan program Munajat Perdana Royalti yang dirancang<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":18390,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-18389","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18389","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18389"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18389\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18391,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18389\/revisions\/18391"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18390"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18389"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18389"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18389"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}