{"id":18402,"date":"2024-04-06T08:05:08","date_gmt":"2024-04-06T08:05:08","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=18402"},"modified":"2024-04-06T08:05:10","modified_gmt":"2024-04-06T08:05:10","slug":"istiqamah-di-atas-kebenaran","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/04\/06\/istiqamah-di-atas-kebenaran\/","title":{"rendered":"Istiqamah Di Atas Kebenaran"},"content":{"rendered":"\n<p>Juz ke 26 ini akan bermula dengan surah Al-Ahqaf kemudian diikuti surah Muhammad, al-Fath, al-Hujurat, Qaf dan al-Zaariyat sehingga ayat ke 30. <\/p>\n\n\n\n<p>Allah menegaskan bahawa golongan yang bakal dianugerah syurga ialah orang-orang yang sentiasa istiqamah di atas jalan petunjuk. <\/p>\n\n\n\n<p>Ciri-ciri golongan ini ialah selalu berbuat baik terhadap kedua ibu bapanya, mengabdikan diri dan akur kepada segala suruhan Allah dan mengikut serta mempertahankan segala agenda yang dilakukan oleh para Rasul. <\/p>\n\n\n\n<p>Hanya tunduk dan patuh sepenuhnya kepada kehendak Allah akan dapat menyelamatkan manusia daripada ancaman neraka sebagaimana yang telah dipesan oleh para Anbiya&#8217;.<\/p>\n\n\n\n<p>Di awal surah Muhammad, Allah telah menyatakan bahawa kemenangan disisi-Nya pasti akan berpihak kepada golongan mukmin dan para penentang mereka suatu masa akan tersungkur. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh kerana itu, Allah kerap memberi kecaman terhadap penentang kebenaran sama ada daripada golongan kuffar ataupun daripada kalangan umat Islam sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Allah pasti menguji orang yang beriman sehingga diketahui buruk baiknya amalan di dalam hati. <\/p>\n\n\n\n<p>Allah turut menegaskan agar jangan dihancurkan amalan kebaikan dengan dosa dan noda serta penentangan terhadap tuntutan Allah kerana ia hanya menempah kemurkaan Allah SWT kelak.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui Surah al-Fath, diceritakan tentang perdamaian Hudaibiyyah yang menjadi ujian umat Islam ketika berhadapan dengan isu tragis dan arahan pemimpin teratas. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh kerana ketaatan umat Islam terhadap Rasulullah dan tiada dasar tidak puas hati diagendakan, maka Allah membuka pintu kemenangan satu demi satu melalui perdamaian Hudaibiyyah ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Allah juga memuji dan redha terhadap orang yang beriman yang telah memberi baiah untuk terus mempertahankan kedaulatan agama sehingga diberi nusrah yang tidak disangka-sangka. <\/p>\n\n\n\n<p>Seterusnya Allah mengutarakan adab-adab ketika bersama Rasulullah dan juga pemimpin serta menjaga adab dalam pemberitaan agar tidak timbul fitnah dan huru-hara dalam masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam surah Qaaf diterangkan bahawa setiap perilaku manusia sentiasa diawasi oleh Malaikat yang ditugaskan. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, manusia perlu menanamkan sikap sentiasa menoleh ke hari kebangkitan selepas kematian bagi menjamin gaya kehidupan sejahtera ketika di dunia. <\/p>\n\n\n\n<p>Allah mengutuk keras golongan yang suka berdusta kerana hal demikian menandakan dia alpa terhadap ancaman Allah dan memilih tindakan bodoh dalam banyak gerak geri kehidupannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya, manusia perlu memanfaatkan ruang kehidupan untuk berbuat kebajikan kerana Allah pasti memberi anugerah-Nya yang menjamin kehidupan manusia di dunia dan akhirat.<\/p>\n\n\n\n<p>Perbanyakan zikrullah dan pastikan kita qiyam dengan berterawih dan bertahajud khasnya pada malam ini iaitu malam ke-27 Ramadhan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada pandangan yang menunjukkan bahawa Lailatul Qadar jatuh pada malam ke-27. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini adalah hasil ijtihad dari Mu&#8217;awiyah R.&#8217;Anhu dan juga satu riwayat daripada Ubai bin Ka&#8217;ab:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-right\">\u0639\u0646 \u0623\u0628\u064a \u0628\u0646 \u0643\u0639\u0628 \u0631\u0636\u064a \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0646\u0647 \u0642\u0627\u0644: \u0642\u0627\u0644 \u0623\u0628\u064a \u0641\u064a \u0644\u064a\u0644\u0629 \u0627\u0644\u0642\u062f\u0631: \u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0625\u0646\u064a \u0644\u0623\u0639\u0644\u0645\u0647\u0627\u060c \u0647\u064a \u0627\u0644\u0644\u064a\u0644\u0629 \u0627\u0644\u062a\u064a \u0623\u0645\u0631\u0646\u0627 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 \u0628\u0642\u064a\u0627\u0645\u0647\u0627 \u0647\u064a \u0644\u064a\u0644\u0629 \u0633\u0628\u0639 \u0648\u0639\u0634\u0631\u064a\u0646<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cDaripada Ubai bin Ka&#8217;ab R.&#8217;Anhu, beliau berkata mengenai malam Lailatul Qadar; Demi Allah, aku sungguh mengetahui malam tersebut. Malam tersebut adalah malam yang Rasulullah memerintahkan untuk menghidupkannya dengan solat malam, iaitu malam ke-27.\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p><strong>(Riwayat Muslim)<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Dato&#8217; Ahmad Yakob<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Juz ke 26 ini akan bermula dengan surah Al-Ahqaf kemudian diikuti surah Muhammad, al-Fath, al-Hujurat, Qaf dan al-Zaariyat<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":18403,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[71],"tags":[72],"class_list":["post-18402","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-minda-pemimpin","tag-minda-pemimpin"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18402","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18402"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18402\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18404,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18402\/revisions\/18404"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18403"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18402"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18402"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18402"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}