{"id":18467,"date":"2024-04-16T05:10:57","date_gmt":"2024-04-16T05:10:57","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=18467"},"modified":"2024-04-16T05:11:00","modified_gmt":"2024-04-16T05:11:00","slug":"pas-konsisten-dukung-perjuangan-bebas-bumi-palestin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/04\/16\/pas-konsisten-dukung-perjuangan-bebas-bumi-palestin\/","title":{"rendered":"PAS Konsisten Dukung Perjuangan Bebas Bumi Palestin"},"content":{"rendered":"\n<p>\u201cTolak agenda &#8216;two-state solution&#8217; dan Israel Raya\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>PAS konsisten dengan satu pendirian tetap dan tidak berubah mendukung perjuangan untuk membebaskan bumi Palestin termasuk diusahakan kumpulan atau negara-negara Islam.<\/p>\n\n\n\n<p><a><\/a>Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi memberitahu, bahkan dalam sejarah terdapat pemimpin-pemimpin PAS yang pernah berjihad di bumi Palestin pada peperangan tahun 1948.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau tak silap saya antaranya ialah Prof Dr Burhanuddin al-Helmy. Menunjukkan bahawa isu Palestin dengan perjuangan Islam PAS ini adalah satu pertalian yang begitu utuh sejak daripada dahulu lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJusteru kita tidak pelik di mana setiap kali Muktamar Tahunan PAS, maka akan ada usul antarabangsa, yang mesti ada usul pembebasan Baitul Maqdis, untuk kita ingatkan ahli-ahli PAS dan umat Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBahawa isu pembebasan Baitul Maqdis adalah isu utama kepada umat Islam. Sebab itulah kita mendukung mana-mana pihak yang berusaha untuk membebaskan bumi Palestin daripada kalangan kumpulan-kumpulan Islam dan negara-negara Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDaripada kalangan kumpulan-kumpulan Islam, HAMAS yang ditubuhkan pada 1980-an, Jihad Islami sebelum daripada itu dan lain-lain lagi kita menyokong dan mendukung perjuangan ini,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>ADUN Batu Buruk itu menegaskan perkara tersebut ketika bersiaran langsung dalam slot Serambi Dunia Islam membicarakan \u2018Perkembangan Terkini Serangan Iran Ke Atas Israel\u2019, malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, perjuangan oleh HAMAS dan Jihad Islami serta negara-negara terlibat adalah sah di sisi syarak dan undang-undang di mana PAS tidak mengikut naratif dibawa Barat yang melabelkan kumpulan berkenaan sebagai pengganas.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, kumpulan tersebut berjuang di atas dasar mengembalikan hak yang betul dan dijamin oleh undang-undang antarabangsa, termasuk tindakan Republik Islam Iran menyokong dan mendukung kumpulan-kumpulan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni adalah satu tindakan yang betul di sisi syarak dan betul di sisi undang-undang. Jika sekiranya pihak di sana (Israel dan sekutunya) mempersoalkan kenapa Iran sokong HAMAS dan Jihad Islami?<\/p>\n\n\n\n<p>\u201c(Maka) kenapa tidak dipersoalkan Amerika, sokong dan dukung negara haram Israel? (Amerika) Beri bantuan ketenteraan, kewangan, politik dan lain-lain lagi,\u201d bidasnya menghujah pertikaian itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Tegasnya, PAS jelas dalam isu tersebut dan berpegang bahawa tidak ada jalan lain dalam isu Palestin melainkan jihad sebagaimana \u2018ittifaq\u2019 semua ulama tanpa mengira mazhab mengenai isu tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelasnya, kesepakatan para ulama mengatakan bahawa mana-mana negara Islam yang dijajah dan ditakluk oleh golongan kufar, maka menjadi fardu ain ke atas umat Islam berjihad untuk membebaskan bumi ditakluk tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Apatah lagi kata beliau, bumi tersebut adalah sangat mulia di sisi Islam di mana dalam konteks ini Palestin adalah bumi anbiya dan terletak padanya Baitul Maqdis yang merupakan kiblat pertama kepada umat Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMaka sudah tentulah kewajipan itu lagi besar. Jadi di sini hukum jihad bagi membebaskan bumi Palestin adalah fardu ain dan inilah \u2018stand\u2019 (pendirian) yang diambil oleh PAS. Namun masing-masing mengikut keadaan dan suasana.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi orang Palestin dengan cara mereka. Bagi kita umat Islam (di Malaysia) niat dalam hati, doa berterusan, boikot, sokongan moral, demonstrasi insya-Allah dalam masa terdekat kita akan mengadakan satu demonstrasi aman.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada pada 4 Mei nanti kita (PAS) akan adakan demonstrasi aman untuk menyatakan sokongan moral kita, solidariti kita kepada saudara-saudara kita di bumi Palestin,\u201d seru beliau untuk umat Islam Malaysia menyertainya.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS juga tegasnya, menganggap tidak ada di sana negara haram Israel dan sama sekali tidak bersetuju dengan agenda \u2018penyelesaian dua negara\u2019 atau \u2018two-state solution\u2019 yang sebenarnya turut tidak dipersetujui Zionis-Yahudi sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Dedah beliau, bagi Zionis, hanya satu negara sahaja iaitu Israel Raya yang wilayahnya bukan sahaja bumi Palestin, tetapi merangkumi sebahagian besar daripada negara-negara umat Islam di Timur Tengah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi kalau orang Islam kita duk sibuk bercakap kenapa tidak menerima \u2018two-state solution\u2019, (kerana) ini satu tindakan tidak betul. Insya-Allah kita PAS akan terus berada di saf hadapan memimpin umat Islam untuk mendukung perjuangan membebaskan Baitul Maqdis dan bumi Palestin,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cTolak agenda &#8216;two-state solution&#8217; dan Israel Raya\u201d PAS konsisten dengan satu pendirian tetap dan tidak berubah mendukung perjuangan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":18468,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[25],"tags":[5],"class_list":["post-18467","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-dunia_islam","tag-dunia_islam"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18467","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18467"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18467\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18469,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18467\/revisions\/18469"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18468"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18467"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18467"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18467"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}