{"id":18473,"date":"2024-04-16T05:25:42","date_gmt":"2024-04-16T05:25:42","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=18473"},"modified":"2024-04-16T05:25:44","modified_gmt":"2024-04-16T05:25:44","slug":"bezakan-antara-sikap-kerajaan-dengan-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/04\/16\/bezakan-antara-sikap-kerajaan-dengan-rakyat\/","title":{"rendered":"Bezakan Antara Sikap Kerajaan Dengan Rakyat"},"content":{"rendered":"\n<p>Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dianggap sangat luar biasa berbanding tahun-tahun sebelum ini berikutan pelbagai konflik peringkat antarabangsa yang berlaku khususnya di bumi Gaza, Palestin.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, umat Islam tidak seharusnya melihat perkara itu sebagai sesuatu yang pelik kerana peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam sirah Nabi SAW akan <a><\/a>berulang di sepanjang zaman.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWatak adalah sama, namun pelakon-pelakon adalah berbeza. Inilah yang sedang kita lihat dan berlaku ke atas saudara-saudara kita di bumi Palestin,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, konflik berkenaan mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan peristiwa serangan Iran ke atas negara haram Israel malam tadi rentetan daripada pencerobohan dan pencabulan undang-undang antarabangsa yang dilakukan oleh Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSerangan Israel terhadap konsulat Iran di Damsyik, Syria jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan seolah-seolah menyerang bumi Iran itu sendiri\u201d, katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau dalam pada itu berkata, pertembungan yang sedang berlaku pada hari ini telah beralih daripada pertembungan proksi kepada pertembungan secara terus antara Iran dan Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApa yang sedang berlaku pada hari ini adalah satu perkembangan yang sangat besar impaknya kepada konflik di Timur Tengah dan boleh membawa kepada perang serantau mahupun perang dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerkembangan ini juga sangat positif terhadap perjuangan untuk membebaskan Baitulmaqdis, di sinilah kita (umat Islam) perlu bersatu hati tanpa mengira bangsa, kaum, mazhab dan keturunan bagi membebaskan bumi Palestin,\u201d tambahnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian dalam satu wawancara berjudul, Serambi Dunia Islam; Perkembangan Terkini Serangan Iran ke atas Israel pada malam tadi, yang boleh ditonton menerusi saluran Facebook HarakahDaily.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, beliau menyatakan bahawa, masyarakat dunia tidak seharusnya pelik dengan sikap yang diambil oleh sesetengah negara Arab yang seolah-olah menyokong dan mendokong negara haram Israel secara senyap ataupun secara zahir.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApa yang berlaku menunjukkan kepada kita bahawa kelemahan yang berlaku dalam negara-negara Arab itu sendiri. Di sini kita perlu bezakan antara sikap negara, kerajaan dengan sikap rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSikap rakyat tidak menjadi masalah, kerana rakyat menyokong dan mendokong terhadap perjuangan rakyat Palestin di Gaza,\u201d tegas beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk memberikan sokongan terhadap perjuangan ini tanpa mengira latar belakang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTidak timbul isu negara Iran bermazhab Syiah, tidak timbul isu negara Iran berbangsa Parsi dan seumpamanya. Selagi mana usaha itu datang daripada umat Islam, kita mestilah menyokong dan mendokong,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dianggap sangat luar biasa berbanding tahun-tahun sebelum ini berikutan pelbagai konflik<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":18474,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[25],"tags":[5],"class_list":["post-18473","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-dunia_islam","tag-dunia_islam"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18473","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18473"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18473\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18475,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18473\/revisions\/18475"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18474"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18473"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18473"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18473"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}