{"id":1850,"date":"2020-09-14T08:35:13","date_gmt":"2020-09-14T08:35:13","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=1850"},"modified":"2020-09-14T08:35:14","modified_gmt":"2020-09-14T08:35:14","slug":"politik-dam-aji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/09\/14\/politik-dam-aji\/","title":{"rendered":"Politik \u2018Dam Aji\u2019"},"content":{"rendered":"\n<p>Permainan\u00a0dalam politik ni, sama macam permainan \u2018dam aji\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Perkiraaannya siapa yang dulu buat gerakan yang akan boleh beri tekanan kepada lawan untuk ikut rentak permainan dia.<\/p>\n\n\n\n<p>Gerakan hampir sama daripada zaman dahulu sehingga sekarang. <\/p>\n\n\n\n<p>Atas 64 petak dengan 12 biji buah, masing-masing membuat strategi bagi mengalahkan lawan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bergantung kepada kecepatan mengatur gerak, maka keputusan boleh bertukar.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi yang cukup mahir, setelah berlangsung tiga atau empat gerakan, mereka sudah dapat menghidu dia akan menang atau kalah, menganalisis keadaan lawan dan kedudukannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimana mahu mengelak tipu helah lawan dengan bijak.<\/p>\n\n\n\n<p>Istilah \u2018buta\u2019 iaitu dia kalah tanpa dapat mencapai melepasi \u2018aji\u2019, kalah biasa atau seri perlu dia usahakan supaya dapat menukar keadaan itu kepada kemenangan kepada pihaknya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi bagi pemain juga bukan calang-calang, apatah lagi lawan yang sememangnya sudah berpuluh tahun bergelumang bersama, maka akan ada masalah besar. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi gerakan dia kita tahu, gerakan kita pun dalam poket dia. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu cara mahu menukar rentak itu, tidak semudah yang dijangkakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemain akan cepat menyerah kalah apabila sudah terang melihat dia sudah tidak mempunyai kawalan atas permainan itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kadang-kadang diberi umpan makan dua biji buah sekalipun bagi menyelamatkan keadaan, lawan tidak menghiraukannya atau berselera kerana lawan tahu ada yang lebih besar dari makan dua biji itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Agak bernasib baik jika daripada hampir kalah, kita dapat membuat keputusan menjadi seri seperti berjaya mencari \u2018lubang sok sek\u2019 iaitu dua petak di sudut paling bawah di sebelah kanan papan. <\/p>\n\n\n\n<p>Biasanya pada kedudukan tinggal tiga biji lawan dan dua biji buah kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita akan berusaha memecahkan buahnya ke dua lubang \u2018sok sek\u2019 itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka pasti akan seri.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitulah hakikat politik. Strategi kita dan lawan, masing-masing sudah masak. <\/p>\n\n\n\n<p>Tinggal lagi siapa dahulu yang berjaya membuat gerakan betul dan tepat. <\/p>\n\n\n\n<p>Sering kita dengar strategi\u00a0<em>\u2018Trojan Horse\u2019<\/em>, istilah dan cara yang diguna zaman kuno sehingga kini. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah banyak lagi selain contoh ini berlaku dalam politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Sejarah begitu kaya dengan catatan strategi politik yang kemudiannya digunakan orang kemudian.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka berperanglah pakar-pakar ini dalam medan siyasah bagi memburu kemenangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sama ada kemenangan itu digunakan pada jalan yang hak atau batil. <\/p>\n\n\n\n<p>Hanya yang memahami dengan betul dan sarat dengan pengalaman sahaja akan memberikan pandangan dalam strategi. <\/p>\n\n\n\n<p>Terkadang, idea \u2018sok sek\u2019 amat berguna pada keadaan tertentu bagi mengalih isu.<\/p>\n\n\n\n<p>Di dalam permainan \u2018dam aji\u2019, ada satu watak yang digelar \u2018golok\u2019 oleh warga Terengganu dan Kelantan. <\/p>\n\n\n\n<p>\u2018Golok\u2019 ini bukan pemain, tetapi kerjanya duduk di belakang pemain dan sentiasa mengajar pemain buah mana yang sepatutnya dijalankan, ke arah mana. <\/p>\n\n\n\n<p>Banyak kali pemain yang agak lemah akan menuruti kehendak \u2018golok\u2019 ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada kebanyakan masa, \u2018golok\u2019 lah yang\u00a0<em>\u2018over acting\u2019<\/em>, melebihi pemain. <\/p>\n\n\n\n<p>Suaranya lantang didengari.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam sistem \u2018dam aji\u2019 di Terengganu dan Kelantan, siapa kalah, kena atur buah. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan paling merimaskan apabila kalah, \u2018golok\u2019 ini akan buat-buat hisap rokok, buat-buat tak nampak. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi pemain terpaksa mengatur buah keseorangan. <\/p>\n\n\n\n<p>\u2018Golok\u2019 datang semula bila buah sudah siap diatur oleh pemain, dan meneruskan lagi syor-syor gerakan dari strategi yang kononnya bergeliga itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi pemain yang cerdik, mereka tidak akan mendengar nasihat \u2018golok\u2019 ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Kecuali \u2018golok\u2019 itu sama-sama mengatur buah dam jika strategi mereka tidak menjadi dan kalah. <\/p>\n\n\n\n<p>Sama-sama bertanggungjawab. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan pemain menjadi hamba kepada \u2018golok\u2019 itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Bila menang sebab \u2018golok\u2019 ajar, bila kalah pemain atur buah sorang-sorang.<\/p>\n\n\n\n<p>MOHD NASIR ABDULLAH<br><strong>HARAKAHDAILY<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Permainan\u00a0dalam politik ni, sama macam permainan \u2018dam aji\u2019. Perkiraaannya siapa yang dulu buat gerakan yang akan boleh beri<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1851,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-1850","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1850","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1850"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1850\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1852,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1850\/revisions\/1852"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1851"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1850"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1850"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1850"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}