{"id":18519,"date":"2024-04-17T06:53:26","date_gmt":"2024-04-17T06:53:26","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=18519"},"modified":"2024-04-17T06:53:28","modified_gmt":"2024-04-17T06:53:28","slug":"pelabur-asing-kepercayaan-terhadap-pmx-makin-hilang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/04\/17\/pelabur-asing-kepercayaan-terhadap-pmx-makin-hilang\/","title":{"rendered":"Pelabur Asing: Kepercayaan Terhadap PMX Makin Hilang"},"content":{"rendered":"\n<p>Pelabur asing yang berterusan menarik pelaburan mereka daripada pasaran saham Malaysia, menunjukkan kepercayaan yang semakin hilang terhadap pemimpin negara, Perdana Menteri ke-10 (PMX), Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Dewan Pemuda PAS Malaysia dalam kenyataannya berkata, unjuran perkembangan landskap pelaburan semakin rancak pada tahun 2024 sepertinya sedang tersasar berlandaskan keadaan pelaburan semasa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cEkonomi negara semakin malap nampaknya. Yang musykilnya, senario-senario ini masih berlaku biarpun bawah pemerintahan Anwar Ibrahim yang selama ini dilaung-laung sebagai sosok tepat untuk mengendalikan Malaysia dan membetulkan \u2018kerosakan-kerosakan\u2019 yang melanda negara,\u201d ujar kenyataan tersebut hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut kenyataan tersebut lagi, trend jualan bersih oleh pelabur asing di Bursa Malaysia telah berterusan untuk tujuh minggu berturut-turut sehingga mencatatkan aliran keluar bersih dana pada minggu lalu sebanyak RM373.5 juta.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMaksudnya apa tuan-tuan? Maksudnya, pelabur-pelabur asing sedang berterusan menarik pelaburan mereka daripada pasaran saham Malaysia. Dalam erti kata lain, pelabur sedang lari meninggalkan Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMenurut Timbalan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) suatu ketika dahulu, jika keadaan seperti ini berlaku, hal ini bermakna pelabur asing semakin hilang kepercayaan terhadap negara kita dek ketidakcekapan pemerintahan kerajaan semasa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHanya Anwar Ibrahim sahaja mampu membetulkan keadaan, menurutnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun, melihat kepada keadaan semasa, dengan banyaknya dasar yang menyusahkan rakyat yang kononnya sebagai usaha untuk menambahbaik kedudukan fiskal negara, ditambah pula dengan kedudukan nilai Ringgit yang semakin jatuh menuju Ringgit terendah dalam sejarah sepertimana yang dilaporkan oleh portal Bloomsberg, terbukti kerajaan semasa memang tidak cekap,\u201d tambah kenyataan tersebut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pelabur asing yang berterusan menarik pelaburan mereka daripada pasaran saham Malaysia, menunjukkan kepercayaan yang semakin hilang terhadap pemimpin<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":18520,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[26],"tags":[4],"class_list":["post-18519","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ekonomi","tag-ekonomi"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18519","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18519"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18519\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18521,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18519\/revisions\/18521"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18520"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18519"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18519"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18519"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}