{"id":18672,"date":"2024-04-29T05:17:11","date_gmt":"2024-04-29T05:17:11","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=18672"},"modified":"2024-04-29T05:17:14","modified_gmt":"2024-04-29T05:17:14","slug":"chegu-bard-didakwa-dituduh-atas-akta-hasutan-1948","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/04\/29\/chegu-bard-didakwa-dituduh-atas-akta-hasutan-1948\/","title":{"rendered":"Chegu Bard Didakwa, Dituduh Atas Akta Hasutan 1948"},"content":{"rendered":"\n<p>Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk berdepan pendakwaan mengikut Akta Hasutan 1948.<\/p>\n\n\n\n<p>Chegu Bard memakai set baju Melayu lengkap dikawal ketat polis dalam keadaan bergari sebelum dibawa masuk lobi mahkamah pada jam 9.20 pagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau sempat memberi salam dan mengucapkan selamat Hari Raya kepada pengamal media yang mengambil foto dan videonya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata Chegu Bard ditahan dan reman dua hari untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tangkapan berhubung hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dengan isu pembinaan kasino di Forest City serta membabitkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai benteng kritikan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Walau bagaimanapun beliau mengaku tidak bersalah menghasut dan menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Chegubard, nama popular Badrul Hisham Shaharin didakwa di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Siti Aminah Ghazali membenarkan Chegubard, diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.<\/p>\n\n\n\n<p>Chegubard yang mengenakan busana Melayu hijau lengkap dan bersamping kuning kini dalam proses membayar ikat jamin.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan pendakwa raya hari ini pada mulanya meminta ikat jamin RM20,000 bagi setiap kes dan melarang Chegubard untuk mengulas kes ini di media sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>Hakim bagaimanapun menolak cadangan itu dengan menetapkan ikat jamin RM10,000 bagi setiap tuduhan dan kes akan disebut semula pada 27 Mei ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":18673,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-18672","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18672","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18672"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18672\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18674,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18672\/revisions\/18674"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18673"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18672"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18672"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18672"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}