{"id":18707,"date":"2024-04-30T17:12:32","date_gmt":"2024-04-30T17:12:32","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=18707"},"modified":"2024-04-30T17:12:35","modified_gmt":"2024-04-30T17:12:35","slug":"wajarkah-fasih-bm-dijadikan-asas-kewarganegaraan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/04\/30\/wajarkah-fasih-bm-dijadikan-asas-kewarganegaraan\/","title":{"rendered":"Wajarkah Fasih BM Dijadikan Asas Kewarganegaraan?"},"content":{"rendered":"\n<p>Tersangat wajar, takkan dah tinggal di negara bertuah ini bergenerasi, asal usulnya dan sejarah, pendatang (imigren), masih lagi tidak dapat menguasai BM dengan baik. <\/p>\n\n\n\n<p>Kamu tinggal di mana? Di India? Atau di China?<\/p>\n\n\n\n<p>Kita <a><\/a>tinggal di Malaysia, bahasa utama atau bahasa negara atau bahasa kebangsaan kita adalah adalah bahasa Melayu, termaktub dalam perlembagaan. Takkan masih tidak boleh lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika tindakan tegas tidak diambil, sampai kiamat pun rakyat Malaysia tidak ada dapat berbahasa Melayu dengan baik, lebih-lebih dengan wujudnya sekolah vernakular berasaskan bangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak timbul soal hujah bodoh, untuk mengadakan ujian BM di wad bersalin. Ini hujah bodoh. <\/p>\n\n\n\n<p>Sama ada di wad bersalin, hospital, imigresen atau di mana kita berurusan, sebagai rakyat Malaysia, semua wajib tahu, faham dan fasih berbahasa Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Insiden di pejabat Imigresen, pejabat polis dan beberapa pejabat lain, jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia, khusus bukan Melayu, melihat BM ini tidak penting, bahasa ibunda dia jauh lebih penting. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka tidak ada keperluan untuk belajar BM. Sebab itu, jadi begitu.<\/p>\n\n\n\n<p>Tahniah, pegawai imigresen kerana tidak baharui passport mereka, dalam satu insiden baru-baru ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya, bila jadi viral, orang atas campurtangan, kira selesai. <\/p>\n\n\n\n<p>Orang atas ini pun satu hal. Bila jadi isu, mula goyang dan takut. Takut hilang pangkat dan jawatan. Wal hal, tindakan pegawai dia ada justifikasinya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa kita tidak ikut Indonesia atau Thailand dalam membina negara bangsa. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi jadikan bahasa syarat warganegara, benda ini bukan baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi yang faham erti bina negara, bagi mereka bahasa negara, adalah hidup mati sesuatu bangsa dan negara? <\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itu dipaksakan, tidak ada kompromi. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itu, kita lihat, bukan Siam (Thai), bukan Indon (Tionghua Indon), penguasaan bahasa Indonesia mereka amat baik, malah lebih Indonesia dari Indonesia. <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa boleh jadi begitu? <\/p>\n\n\n\n<p>Sebab, mereka hanya diberikan satu pilihan, tidak boleh berbahasa kebangsaan negara, sila angkat kaki dan balik negara asal.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita terlalu berlembut. Bila dibantah atau ditular sahaja, semua jadi takut dan luluh. <\/p>\n\n\n\n<p>Nak jadi apa dengan negara ini? <\/p>\n\n\n\n<p>Pembinaan bangsa semakin kuat, pembinaan negara semakin kebelakang? <\/p>\n\n\n\n<p>Kita nak hasil apa? Rakyat Malaysia yang patriotic? Jauh sekali.<\/p>\n\n\n\n<p>Nak bukti apa lagi? Bukti dah ada di depan mata? <\/p>\n\n\n\n<p>Lihat cara wakil rakyat berucap sama ada di DUN atau parlimen. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka sendiri tidak faham apa yang diucapkan, hanya membaca. <\/p>\n\n\n\n<p>Baca itupun dia tidak faham. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang boleh diharapkan? <\/p>\n\n\n\n<p>Ini standard wakil rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Bayangkan mereka yang hidup dalam kelompok mereka, langsung tidak bergaul, seperti ibu kepada kes yang berlaku di pejabat imigresen Pulau Pinang ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Langsung tidak tahu berbahasa Melayu. Alasannya, generasi lama. Generasi baharu pun sama. Sebab proses sosialisasinya sama, mereka tidak bergaul dan bercampur. Hidup dalam kepompong komunis.<\/p>\n\n\n\n<p>Sudah sampai masanya kerajaan mewajib syarat, penguasaan dan kemahiran berbahasa sebagai syarat mendapat kewarganegaraan. <\/p>\n\n\n\n<p>Isu bahasa dan isu warganegara ini, isu keselamatan, jangan lihat enteng. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita perlu lahirkan rakyat Malaysia yang setia, sanggup hidup mati bersama, bukan pembelot.<\/p>\n\n\n\n<p>Semalam saya ketemu dengan seorang pensyarah di Universiti Brunei. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya tanya dia, bagaimana Brunei mendaulatkan, Melayu Islam Beraja. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia kata itu kehendak Sultan. Pemimpin tertinggi negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemimpin tertinggi negara, ada fikir atau berkehendak sebegitu? <\/p>\n\n\n\n<p>Maaf cakap, kita tidak fikir ke arah itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Memang sedap bercakap, kita kena jaga negara ini, perpaduan mesti kukuh, negara ini perlu aman, kita mesti hidup bersatu hati. <\/p>\n\n\n\n<p>Asasnya apa? Mesti ada sesuatu yang boleh dipegang?<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang lebih penting selain bahasa, sudahlah kita banyak berbeza. <\/p>\n\n\n\n<p>Bangsa dan agama berbeza? Sekolah berbeza? <\/p>\n\n\n\n<p>Penempatan tempat tinggal berbeza. <\/p>\n\n\n\n<p>Sosialisasi berbeza. Medium berbeza. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua berasaskan kaum. Paling teruk, media. Setiap kaum ada channel masing-masing. <\/p>\n\n\n\n<p>Bila mereka mahu fasih berbahasa Melayu?<\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itu, bila ada syor dan pendapat, wajibkan kefasihan bahasa, semua melihat itu tidak penting. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang penting tunaikan apa kehendak mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika tidak ditunaikan, maka ditularkan. Hasilnya, semua jadi takut.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekadar ingatan sahaja kepada pemimpin negara, dari yang bergelar sampai tidak bergelar, dari pembuat keputusan sampai kepada yang berjawatan, kamu jangna fikir isu bahasa ini, isu kecil. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia teramat besar, kerana ini isu negara dan keselamatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila lahir ramai rakyat yang tidak cintakan agenda negara seperti bahasa, semangat patriotic mereka semakin luntur. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka lebih cintakan bangsa dari negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka lebih mempertahankan bangsa dari negara. Banyak bukti sedia ada.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkahwinan dengan bukan warganegara semakin berleluasa, Vietnam, China dan sebagainya. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini tidak termasuk mereka yang terlepas dan penipuan visa dan kad pengenalan. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun dinafikan, isunya tetap ada.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, langkah-langkah perlu diambil, bukannya dengan menyalahkan sesama sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Paling sedih, pegawai sendiri disalahkan, dengan kata-kata, kerja kita baharui passport, bukan tanya soal bahasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Sama juga isu, ketika polis di negeri yang sama, Pulau Pinang, apabila pegawai polis tidak mahu ambil report disebabkan oleh pakaian pereport seperti pelacur. <\/p>\n\n\n\n<p>Bila isu menjadi tular, maka yang disalahkan adalah pegawainya sendiri, polis. <\/p>\n\n\n\n<p>Hujah yang sama, kerja polis ambil repot bukan lihat kepada pakaiannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini hujah bodoh dan cara untuk lepaskan diri, maka pegawai bawahan disalahkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga yang berlaku apabila pegawai keselamatan hospital enggan menerima pesakit yang berpakaian seksi dan menjolok mata, sedangkan sudah terpampang, etika berpakaian. <\/p>\n\n\n\n<p>Bila tular, yang salah adalah pengawal keselamatan, yang betul adalah pesakit. <\/p>\n\n\n\n<p>Sampai bila hendak jadi seperti ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Percayalah, isu ini nampak kecil, tetapi jika dianalisis secara mendalam, ia melibatkan isu keselamatan negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita peru lahirkan rakyat atau warga yang setia, sanggup mati demi agama, bangsa dan negara, bukan pembelot, yang tidak ada taat setia.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Ridhuan Tee Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tersangat wajar, takkan dah tinggal di negara bertuah ini bergenerasi, asal usulnya dan sejarah, pendatang (imigren), masih lagi<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":18708,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-18707","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18707","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18707"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18707\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18709,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18707\/revisions\/18709"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18708"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18707"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18707"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18707"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}