{"id":18759,"date":"2024-05-03T12:16:37","date_gmt":"2024-05-03T12:16:37","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=18759"},"modified":"2024-05-03T12:16:40","modified_gmt":"2024-05-03T12:16:40","slug":"menolak-politik-mitos-kerajaan-madani","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/05\/03\/menolak-politik-mitos-kerajaan-madani\/","title":{"rendered":"Menolak Politik Mitos Kerajaan Madani"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Geger di segala ceruk rantau Tanah Melayu, penjawat awam akan menikmati kenaikan gaji pada Disember hadapan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ramai yang teruja. Malah, ada laporan menyebut ia sebagai kenaikan terbesar dalam sejarah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berita gembira itu diumum Perdana Menteri (PM) Anwar Ibrahim pada sambutan Hari Pekerja 1 Mei lepas. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya skim gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya kadar terbabit tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berita itu merebak cepat di kedai-kedai kopi dan warung di kampung. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ramai ingatkan gaji baharu akan dinikmati akhir Mei ini. Rupanya tidak begitu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penjawat awam terpaksa menunggu tujuh bulan lagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka yang panjang usia boleh menikmati kadar gaji baharu itu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun yang paling gembira pengumuman tersebut merupakan golongan kapitalis. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tauke sudah tentu berkira-kira menaikkan harga barangan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Inilah kesan kebijaksanaan kerajaan Madani. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menguar-uarkan lebih awal durian runtuh yang akan berlaku tujuh bulan lagi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Persoalannya mengapa PM begitu tergesa-gesa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sudah pasti ada udang di sebalik batu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengumuman itu berlaku ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) sedang rancak di Kuala Kubu Bharu (KKB). <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kalau bukan kerana KKB, Perdana Menteri boleh memilih tarikh lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Paling tidak menjelang Bajet 2025 dibentang. Itu dianggap lebih rasional. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi mengapa idah PRK KKB menjadi pilihan PM mengumumkan kenaikan gaji.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sedangkan badan pemikir PH mendakwa DAP mampu mempertahankan DUN berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Institut Darul Ehsan (IDE) dilapor yakin calon PH mampu mengekalkan kemenangan di Kuala Kubu Baharu, 11 Mei ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengerusi Eksekutifnya Dr Mohammad Redzuan dilapor berkata, kemenangan itu berdasarkan daripada kajian yang dijalankan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>3 wanita vs 1 lelaki<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PRK DUN Kuala Kubu Bharu menyaksikan pertembungan empat penjuru. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PH ditentang calon Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon Bebas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PH diwakili orang kuat menteri, Pang Sock Tao. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau dicabar Pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Manakala PRM diwakili Hafizah Zainuddin dan Nyau Ke Xin mewakili Bebas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengundi KKB terpaksa memilih antara tiga calon wanita dan seorang lelaki. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kehadiran seorang lagi calon kaum Cina sebagai mewakili Bebas, setidak-tidaknya boleh mengurangkan jurang dikaut DAP.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitu juga kelibat Hafizah sebagai calon PRM. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sedangkan ketika Dr Syed Husin Ali menerajui parti itu dia membuat keputusan bergabung dengan Parti Keadilan Nasional pada 3 Ogos 2003.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hasil penggabungan tersebut melahirkan Parti Keadilan Rakyat (PKR). <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan laba daripada penggabungan itu Dr Syed Husin dilantik sebagai Timbalan Presiden PKR.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan hari ini PRM muncul pula di KKB berdepan dengan DAP. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitu juga Parti Berpakat Hak Rakyat Malaysia (URIMAI) dilihat di KKB. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Biarpun tidak menurunkan calon, namun kelibat Presiden parti baharu itu boleh menarik simpati pengundi DAP.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini kerana Dr P Ramasamy merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan pemimpin kanan DAP.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kehadiran P Ramasamy di KKB ternyata dibimbangi DAP. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, \u201cDia tidak ada alternatif, maksudnya Ramasamy berpolitik atas dendam sahaja. Dendam kepada DAP dan PH.\u201d\u00a0 Berita mengenai luas dilapor media.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penglibatan PRM dan URIMAI biarpun pada skala kecil, namun boleh mengheret pengundi DAP menolak Sock Toa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setidak-tidaknya misi URIMAI mengajak penyokong DAP tidak keluar rumah 11 Mei ini boleh mencacatkan kajian IDE.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Harapkan Umno<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi sekarang di mana lagi harapan PH. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mampukah Umno menyumbang bakti menarik simpati pengundi Melayu di KKB.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berdasar culaan PN, 16 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di KKB cenderung kepada calon PN. Mereka menolak DAP.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKetika culaan dibuat, ramai menyatakan rasa marah dan kecewa dengan tindakan BN tidak meletak calon MCA di KKB,\u201d kata Ketua Penerangan Srikandi Bersatu Selangor Nurul Syazwani.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malah tekanan dialami Umno dan PH apabila rakyat di KKB tidak takut lagi menyatakan sokongan terbuka kepada PN dan PAS.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ia turut diakui ahli parlimen Hulu Selangor Hasnizan Harun apabila mendakwa ada penduduk menyertai PAS.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cAlhamdulillah, Siti Sakina menyerahkan borang keahlian PAS kepada Timbalan Presiden PAS Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dengan disaksikan Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTerima kasih lagi sekali kepada Pak Hassan atas kesudian menerima kunjungan kami semua,\u201d catatnya di laman sosial.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berdasar perkembangan itu 47 peratus pengundi Melayu, Cina (30 peratus), India (17 peratus) dan selebihnya Orang Asli di KKB sudah ada pilihan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Umpan kenaikan gaji 13 peratus penjawat awam pada Disember 2024 kurang membekas di jiwa mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa yang ditakuti rakyat kenaikan harga barangan keperluan harian. Ia sudah pasti akan berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka peluang terbaik 11 Mei ini untuk mereka menolak politik mitos kerajaan Madani yang sarat dengan aneka janji.&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Geger di segala ceruk rantau Tanah Melayu, penjawat awam akan menikmati kenaikan gaji pada Disember hadapan. Ramai yang<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":18760,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-18759","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18759","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18759"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18759\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18761,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18759\/revisions\/18761"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18760"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18759"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18759"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18759"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}