{"id":18939,"date":"2024-05-10T06:06:20","date_gmt":"2024-05-10T06:06:20","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=18939"},"modified":"2024-05-10T06:06:23","modified_gmt":"2024-05-10T06:06:23","slug":"zuraida-dakwa-guan-eng-tolak-dua-kali-permohonan-kpkt-bina-rumah-pekerja-ladang-bestari-jaya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/05\/10\/zuraida-dakwa-guan-eng-tolak-dua-kali-permohonan-kpkt-bina-rumah-pekerja-ladang-bestari-jaya\/","title":{"rendered":"Zuraida Dakwa Guan Eng Tolak Dua Kali Permohonan KPKT Bina Rumah Pekerja Ladang Bestari Jaya"},"content":{"rendered":"\n<p>Bekas menteri perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT) Zuraida Kamarudin mendedahkan sebuah projek perumahan untuk bekas pekerja ladang di Bestari Jaya yang diumumkan kerajaan baru-baru ini tidak dapat diteruskan kerana ditolak oleh bekas menteri kewangan Lim Guan Eng.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 6 Mei, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mengumumkan pembinaan lebih 200 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk bekas pekerja ladang di Bestari Jaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Zuraida berkata ia sebahagian taktik meraih undi kaum India pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni disebabkan politik, dia (Nga) tahu undi orang India tidak bersama PH dan dia hendak tunjuk bahawa dia boleh menjadi juara untuk orang India.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya nasihatkan penduduk untuk berhati-hati dengan janji kerajaan. Mereka pandai berjanji tapi belum tentu pandai buat,\u201d tambahnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Zuraida, projek PPR itu bertujuan menyelesaikan masalah pemilikan rumah lebih 1,000 keluarga bekas pekerja ladang di Bestari Jaya, yang rata-rata membabitkan kaum India.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia membabitkan lima ladang iaitu Ladang Mary, Ladang Niger Garner, Ladang Bukit Tagar, Ladang Sungai Tinggi dan Ladang Minyak.<\/p>\n\n\n\n<p>Projek itu mendapat kerjasama Berjaya Cooperation milik taikun Vincent Tan, yang menyalurkan sumbangan tanah di kawasan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Zuraida berkata Berjaya pada awalnya tidak mahu melepaskan tanah itu dan mahukan rundingan terus dengan kerajaan untuk membangunkan PPR itu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya bercakap dengan Vincent Tan dan memaklumkan kerajaan mahu membuka tender untuk projek itu. Beliau bersetuju melepaskan tanah dan masuk tender,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada Januari 2019, Berjaya memaklumkan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang sejak sekian lama memperjuangkan itu bahawa ia tiada masalah memberikan tanah tambahan seluas 20 ekar untuk tujuan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Penyelaras PSM M Sivaranjani memberitahu, Zuraida dalam satu pertemuan dengan pekerja terbabit berkata Kementerian Kewangan menolak cadangan pembinaan PPR tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Zuraida, projek itu tertangguh selama 20 tahun, dan cuba dimulakan balik ketika beliau menjadi menteri KPKT di bawah kerajaan Pakatan Harapan yang pertama dari 2018 hingga 2020.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, Zuraida berkata ia tidak diendahkan Lim.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya perlu minta (bajet) dengan menteri kewangan (Lim Guan Eng). Saya kata ini keutamaan untuk rakyat namun beliau tidak bersetuju dan ia tidak dimasukkan dalam Bajet 2019,&#8221; kata Zuraida.<\/p>\n\n\n\n<p>Zuraida berkata beliau kemudian mencuba lagi &#8220;untuk pusingan kedua&#8221; tapi masih tidak mendapat kelulusan Kementerian Kewangan ketika itu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Alasan yang diberikan ialah kerajaan tiada duit,&#8221; kata bekas ahli Parlimen Ampang itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Nga ketika mengumumkan projek itu berkata kerajaan mendapat kerjasama Berjaya Corporation untuk menyalurkan sumbangan tanah di kawasan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut laporan, PPR rumah teres setingkat itu bakal menelan belanja sebanyak RM75 juta, yang mana RM40 juta diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan manakala bakinya daripada kerajaan negeri Selangor.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemerhati dan penganalisis sebelum ini memberi gambaran bahawa pengundi India yang membentuk 18% pengundi di Kuala Kubu Baharu akan menjadi penentu (kingmaker) pada PRK kali ini, ketika undi Melayu masing-masing kekal bersama Perikatan Nasional (PN) dan PH.&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas menteri perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT) Zuraida Kamarudin mendedahkan sebuah projek perumahan untuk bekas pekerja ladang di<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":18940,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-18939","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18939","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18939"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18939\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18941,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18939\/revisions\/18941"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18940"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18939"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18939"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18939"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}