{"id":18948,"date":"2024-05-10T10:06:39","date_gmt":"2024-05-10T10:06:39","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=18948"},"modified":"2024-05-10T10:06:42","modified_gmt":"2024-05-10T10:06:42","slug":"salur-dana-iran-adakah-dakwaan-as-benar-atau-sekadar-suatu-propaganda","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/05\/10\/salur-dana-iran-adakah-dakwaan-as-benar-atau-sekadar-suatu-propaganda\/","title":{"rendered":"Salur Dana Iran: Adakah Dakwaan AS Benar Atau Sekadar Suatu Propaganda?"},"content":{"rendered":"\n<p>Dakwaan Jabatan Perbendaharaan AS bahawa syarikat pembekal perkhidmatan yang berpangkalan di Malaysia digunakan untuk mengeksport minyak Iran perlu diselidiki dengan teliti.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Disiplin dan Strategi Antarabangsa (IRIS Institute), Syed Ahmad Israa&#8217; Syed Ibrahim menegaskan, persoalan ini penting untuk diambil kira kerana dikhuatiri ianya hanya satu dakwaan tidak berasas atau sekadar suatu propaganda.<\/p>\n\n\n\n<p>Persoalan ini, katanya, perlu dijelaskan kepada rakyat supaya pendirian yang ingin ditentukan oleh kerajaan Malaysia juga adalah berasaskan maklumat yang objektif, dan bukan atas tuduhan liar atau propaganda daripada pihak lain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai sebuah negara berdaulat dan \u2018non-aligned\u2019 (berkecuali), Malaysia tidak ada sebarang komitmen untuk memenuhi permintaan negara lain apatah lagi ianya tidak mendatangkan keuntungan kepada kepentingan nasional dan nilai yang dipegang oleh Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalaysia sepatutnya jelas dalam sokongan kepada mana-mana pihak yang memperjuangkan keadilan dan pembebasan Palestin.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam konteks ini, Malaysia memang sepatutnya bertegas dan berdaulat dalam menentukan \u2018internal affairs\u2019nya mengikut pendirian dan dasar nasional dalam isu Palestin,\u201d katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail seharusnya memberikan penjelasan yang telus kepada rakyat berkenaan isu itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201c\u2026 misalnya (menjelaskan) dalam Dewan Rakyat mengenai kunjungan dan perbincangan dengan wakil AS kerana ia adalah sesuatu yang mengancam kedaulatan Malaysia sebagai sebuah negara pro-Palestin dan negara berkecuali,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih penting lagi, katanya, menteri sebaliknya harus mendesak AS untuk menghentikan sokongan dan bantuan ketenteraan kepada rejim Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana, keganasan di Gaza yang disebabkan oleh rejim Zionis masih berterusan dan \u2018dibenarkan\u2019 ekoran \u2018talian hayat\u2019 daripada AS.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDesakan Malaysia ini harus dilihat sebagai desakan yang ingin mengekang \u2018terrorism\u2019 dengan makna yang sebenar, dan selari dengan keputusan-keputusan di peringkat institusi antarabangsa,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dakwaan Jabatan Perbendaharaan AS bahawa syarikat pembekal perkhidmatan yang berpangkalan di Malaysia digunakan untuk mengeksport minyak Iran perlu<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":18949,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[26],"tags":[4],"class_list":["post-18948","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ekonomi","tag-ekonomi"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18948","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18948"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18948\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18950,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18948\/revisions\/18950"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18949"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18948"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18948"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18948"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}