{"id":19055,"date":"2024-05-14T04:02:39","date_gmt":"2024-05-14T04:02:39","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=19055"},"modified":"2024-05-14T04:02:42","modified_gmt":"2024-05-14T04:02:42","slug":"selepas-kalah-di-kuala-kubu-baharu-persoalan-timbul-mengenai-tawaran-nilai-pn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/05\/14\/selepas-kalah-di-kuala-kubu-baharu-persoalan-timbul-mengenai-tawaran-nilai-pn\/","title":{"rendered":"Selepas Kalah Di Kuala Kubu Baharu, Persoalan Timbul Mengenai Tawaran Nilai PN"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selepas tewas di kerusi negeri Kuala Kubu Baharu meskipun rata-rata mengekalkan sokongannya, Perikatan Nasional (PN) kini berdepan persoalan tawaran nilai atau &#8220;value proposition&#8221; dalam usaha menambahkan sokongan melampaui pengundi sedia ada.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Gabungan pembangkang disertai PAS, Bersatu dan Gerakan itu kini menguasai lebih 70 kerusi di Parlimen, di samping menyerlahkan kekuatannya di negeri-negeri yang pernah digelar kubu kuat Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) seperti Selangor dan Pulau Pinang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada masa sama, ia juga menguasai empat negeri penting di Semenangjung: Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, kekalahan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu menunjukkan gabungan didominasi Melayu-Islam itu gagal meraih sokongan daripada pengundi baharu selain daripada apa yang dimilikinya pada pilihan raya umum dan negeri yang lalu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sudah tentu tumpuan post-mortem kekalahannya adalah sama ada perlu ada tawaran nilai baru dan perubahan strategi untuk meluaskan mengaruhnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa yang boleh ditawarkan kepada semua pengundi, bukan sahaja kepada orang Melayu?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seorang penganalisis memetik tanggapan yang mengatakan PN &#8220;mengguris hati pengundi bukan Melayu&#8221;, menjadikan ia halangan untuk mengembangkan sayap.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Lebih daripada itu, ia perlu menjalankan amanahnya sebagai pembangkang, bukannya meratib yang kerajaan sedia ada akan jatuh pada bila-bila masa,&#8221; kata Tunku Mohar Mokhtar yang mengajar Sains Politik di Universiti Islam Antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, politik berteraskan sentimen agama dan etnik perlu dihentikan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ia satu pandangan dikongsi Ilham Centre, badan yang kerap membuat kajian lapangan di kalangan pengundi dan baru-baru ini menjangkakan kekalahan PN.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, berkata PN perlu tumpu kepada &#8220;pemasaran&#8221; baharu dengan melebarkan capaian kepada pengundi bukan Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hisomuddin berkata kaum India di Kuala Kubu Baharu, yang dikatakan semakin condong ke arah PN, masih melihat PAS sebagai &#8220;ekstrim&#8221;, tuduhan yang sekian lama dilontarkan DAP dan sekutu rapatnya Amanah terhadap parti Islam itu.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya realiti lanskap politik Malaysia memerlukan PN mendapat sokongan kaum lain sebagai pelengkap kemenangan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Satu kaum tidak mampu berdiri sendiri. Formula merangkul kaum lain selari dengan demografi yang majmuk di Malaysia,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Timbul pula persoalan sama ada PN akan dilihat mengorbankan identiti Melayu-Islam dalam usaha menarik sokongan bukan Islam.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hisomuddin berkata ia bukan sukar, dan menyeru PN menguruskan kepercayaan yang telah diberikan kepada mereka oleh orang Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Mereka hanya perlu memberikan rasional kepada majoriti yang telah bersama PN,&#8221; tambahnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bekas menteri Zaid Ibrahim mempunyai cadangan yang lebih radikal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Katanya, sudah tiba masanya pemimpin tertinggi Bersatu dan PAS, Muhyiddin Yassin dan Abdul Hadi Awang, memberikan laluan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Melihat kembali, PH menang besar kerana PN tiada apa untuk ditawar; memang tiada apa langsung. Pemimpin-pemimpinnya sangat tua, bukan sahaja pada usia tetapi pada idea,&#8221; katanya dalam satu hantaran X.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Diminta penjelasan lanjut, Zaid berkata ahli parti yang akan menentukan siapakah yang bakal memimpin dua parti itu harus diberikan ruang untuk berbincang secara terbuka mengenai jenis pemimpin yang diingini mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jurucakap utama Bersatu bagaimanapun tidak setuju, dan berkata PRK Kuala Kubu Baharu yang dianggap kubu DAP tidak boleh dijadikan kayu ukur prestasi PN.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Parti masih memerlukan orang seperti Muhyiddin dan Hadi. Parti kita ada struktur tersendiri dan kita ada pemilihan parti yang mana kita tidak menyekat orang untuk bertanding,&#8221; Razali Idris, ketua penerangan Bersatu.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Razali berkata Muhyiddin telah bersedia mengundur diri tetapi tawaran itu ditolak Bersatu.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi beliau mengakui wujud keperluan untuk PN merangka strategi mendapatkan sokongan bukan Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Zaid mencadangkan naratif yang lebih membela nasib golongan miskin sebagai tawaran nilainya.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Malaysia perlu perancangan ekonomi yang adil dan seimbang. Adil antara kumpulan berpendapatan rendah dengan golongan kaya. Adil antara Melayu dan bukan Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Sekarang, polisi kita dikawal monopoli dan taikun,&#8221; katanya.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Zaid yakin kepimpinan PN mampu membawa perjuangan sedemikian.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;PN mempunyai pemimpin untuk merancang polisi ekonomi dengan lebih baik untuk 70% pengundi Malaysia,&#8221; katanya, merujuk kepada masyarakat Melayu yang masih kekal penyokong setia gabungan itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Zaid berkata walaupun Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerap menyentuh isu kemiskinan, polisi kerajaan setakat ini telah gagal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Cakap memang mudah. Polisi apa yang kita ada? Keluaran Dalam Negara Kasar telah meningkat 24 kali ganda sejak kemerdekaan tetapi gaji untuk pekerja kilang hanya meingkat dua kali,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pilihan raya umum ke-16 perlu diadakan menjelang 2027, menimbulkan persoalan sama ada PN sempat melakukan perubahan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hisomuddin yakin, dan berkata masih ada masa untuk gabungan itu memperkenalkan pelan politik baharu bagi mendapatkan sokongan bukan Melayu untuk melengkapkan gabungan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;PN perlu lebih kreatif bagi menembusi segmen yang kelihatan kebal buat mereka.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Tanpa sumbangan undi dari pengundi bukan Melayu, PN sukar untuk menggapai kunci kemenangan pada PRU-16.&#8221;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Selepas tewas di kerusi negeri Kuala Kubu Baharu meskipun rata-rata mengekalkan sokongannya, Perikatan Nasional (PN) kini berdepan persoalan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":19056,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-19055","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19055","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19055"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19055\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19057,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19055\/revisions\/19057"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19056"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19055"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19055"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19055"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}