{"id":19117,"date":"2024-05-20T02:24:58","date_gmt":"2024-05-20T02:24:58","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=19117"},"modified":"2024-05-20T02:25:00","modified_gmt":"2024-05-20T02:25:00","slug":"islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/05\/20\/islam\/","title":{"rendered":"Islam"},"content":{"rendered":"\n<p>Sejak 7hb Oktober kita melihat orang Palestin di Gaza diserang dan dibunuh oleh askar Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita juga lihat di mana-mana sahaja orang Islam dan agama Islam dihina, ditindas dan dikena berbagai-bagai sekatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Di Perancis, wanita Islam tidak dibenar pakai hijab.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang Islam dihalang dari memasuki beberapa negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila tekanan dan deraan ini dilaku, tidak ada apa-apa tindakan yang boleh dibuat oleh orang Islam atau Negara Islam untuk melindungi mereka atau mendapat pembelaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Di Gaza lebih 40,000 orang Palestin dibunuh, lebih ramai yang cedera.<\/p>\n\n\n\n<p>Kanak-kanak dibunuh, bahkan bayi yang baru lahir pun tidak dapat oksigen kerana bekalan elektrik dipotong.<\/p>\n\n\n\n<p>Bandar Gaza dan lain-lain bandar di Gaza diserang dengan roket dan dibom sehingga runtuh dan hancur hampir semua bangunan.<\/p>\n\n\n\n<p>Seluruh dunia melihat keganasan Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan angkuh Israel meneruskan keganasan, membunuh juga ratusan orang Palestin di Tebing Barat.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang Lubnan juga diserang.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak ada sesiapa yang bertindak dan menolong.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak ada sesiapa yang cuba beri perlindungan.<\/p>\n\n\n\n<p>Biasanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan hantar pasukan pengaman.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi sejak serangan oleh Israel, tidak ada pasukan pengaman dihantar oleh PBB.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang Islam hanya dapat berdoa dan sembahyang hajat meminta pertolongan dari Allah S.W.T.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi Allah telah berfirman di dalam Al-Quran bahawa yang berdoa hendaklah berusaha sendiri sebelum Allah makbulkan permintaan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Hakikatnya ialah orang Islam yang berdoa tidak membuat apa-apa untuk melindungi orang Palestin di Gaza dan Tebing Barat.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya mereka tidak mampu untuk bertindak.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebabnya ialah kerana orang Islam dan negara mereka amat lemah.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebab mereka lemah ialah kerana mereka tidak amal ajaran agama Islam seperti yang terdapat dalam Al-Quran.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai contoh sementara Al-Quran melarang membunuh tetapi mereka sering membunuh.<\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan apabila dilarang membunuh orang Islam, orang Islam kerap membunuh orang yang seagama dengan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Al-Quran mendakwa bahawa orang Islam itu bersaudara.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi orang Islam sering bermusuh dan berperang sesama mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Al-Quran menyuruh orang Islam membuat persediaan untuk melindungi keselamatan ummah Islamiyah.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk ini negara Islam dan orang Islam perlu memiliki ilmu senjata moden dan pasukan tentera yang boleh menangkis serangan musuh.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi mereka tidak dapat mengeluarkan senjata sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Ramai orang Islam yang berpendapat sunnah Nabi ini ialah berkenaan dengan pemilikan senjata zaman Nabi.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya sunnah Nabi ialah keupayaan menyelamat umat Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Senjata zaman Nabi tidak mampu menyelamatkan di zaman ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Senjata yang sesuai di zaman ini ialah machine-gun, roket, meriam, kereta kebal, pesawat pejuang, kapal perang dan lain-lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang Islam tidak dapat cipta dan mengeluar senjata ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebabnya ialah kerana mereka tidak miliki ilmu dan kepakaran yang diperlukan.<\/p>\n\n\n\n<p>Apakah ilmu dan kepakaran yang diperlukan?<\/p>\n\n\n\n<p>Umumnya ilmu sains dan matematik.<\/p>\n\n\n\n<p>Di zaman dahulu, ilmu-ilmu ini memang ada pada orang Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi apabila datang pendapat bahawa kononnya ilmu-ilmu ini tidak memberi pahala untuk akhirat, orang Islam mengenepi ilmu-ilmu ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan itu keupayaan mereka mencipta dan mengeluar senjata-senjata ini terhakis.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika orang Islam berhajat untuk tunaikan kewajipan mereka untuk melindungi dan menyelamat umat Islam, penguasaan ilmu sains dan matematik hendaklah dituntut oleh mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika orang timur boleh kuasai ilmu-ilmu ini dan mereka mampu mencipta dan mengeluar alat-alat pertahanan ini, tidak ada sebab kenapa orang Islam tidak boleh.<\/p>\n\n\n\n<p>Islam juga perlu mengadakan sebuah negara maju untuk melindungi umat Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Di zaman Uthmaniyah, tiada siapa berani menghina dan menekan orang Islam atau negara Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka takut akan kekuatan rejim Uthmaniyah.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejak kejatuhan Uthmaniyah tidak ada satu pun negara Islam yang cukup maju sehingga dihormati dan ditakuti oleh musuh Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika kita ingin tunaikan kewajipan kita seperti yang diwajibkan oleh agama Islam kita, tindakan menuntut ilmu dan membangun keupayaan mencipta dan mengeluar senjata moden hendaklah diusahakan oleh negara-negara Islam dan orang Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika kita perlu guna bahasa orang asing untuk dapat ilmu penting ini, kita perlu guna.<\/p>\n\n\n\n<p>Islam mewajibkan kita baca.<\/p>\n\n\n\n<p>Membaca membuka penguasaan ilmu.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak ada larangan terhadap membaca untuk mendapat ilmu orang bukan Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>IQRA \u2013 Baca \u2013 adalah wahyu yang pertama yang disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa itu tidak ada Al-Quran atau kitab yang menjelaskan agama Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang boleh dibaca ialah rencana dan ilmu dari bangsa lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang yang memeluk agama Islam membaca tulisan orang Yunani, Hindi dan lain-lain agama untuk ilmu bukan agama. Buat beberapa kurun tokoh ilmuan Islam menguasai ilmu dalam bidang sains dan matematik.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika hari ini orang Islam ketinggalan dan lemah dan tidak dapat tunai kewajipan mereka melindungi umat Islam, sebabnya ialah kerana ilmu yang ada pada mereka berkurangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Demikian apabila kita disuruh (wajib) mempertahan umat Islam, bukan senjata zaman Nabi yang mesti kita miliki tetapi kemampuan mempertahan umat Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk ini kita perlu ilmu, kepakaran dan kebolehan berperang dengan cara moden yang perlu diusaha oleh kita.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesedaran ini perlu ada pada kita jika ingin lihat agama kita dan umat Islam tidak lagi dihina dan ditekan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr. Mahathir Mohamad<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sejak 7hb Oktober kita melihat orang Palestin di Gaza diserang dan dibunuh oleh askar Israel. Kita juga lihat<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":18974,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-19117","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19117","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19117"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19117\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19118,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19117\/revisions\/19118"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18974"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19117"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19117"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19117"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}