{"id":19147,"date":"2024-05-21T10:31:13","date_gmt":"2024-05-21T10:31:13","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=19147"},"modified":"2024-05-21T10:31:58","modified_gmt":"2024-05-21T10:31:58","slug":"pesta-dalam-koc-ktmb-tidak-kena-dengan-budaya-melayu-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/05\/21\/pesta-dalam-koc-ktmb-tidak-kena-dengan-budaya-melayu-islam\/","title":{"rendered":"Pesta Dalam Koc KTMB Tidak Kena Dengan Budaya Melayu, Islam"},"content":{"rendered":"\n<p>Festival muzik yang diadakan di dalam koc milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) disifatkan sebagai melanggar norma budaya masyarakat di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Meskipun KTMB menyatakan bahawa penganjur telah mematuhi semua syarat-syarat seperti larangan merokok, alkohol, penggunaan dadah dan tidak melakukan perkara yang boleh melanggar undang-undang, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) berkata, pesta tersebut sama sekali bertentangan dengan namanya dan budaya tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKeretapi Tanah Melayu Berhar (KTMB) adalah nama kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPesta dan tarian yang terjadi baru-baru ini dalam koc milik KTMB langsung tidak kena dengan budaya Melayu yang berteraskan syariat Islam,\u201d kata Ustaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa sama, beliau mempersoalkan prinsip yang digunapakai KTMB dalam isu sebegini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAdakah atas nama keuntungan dan kewangan digadaikan masa depan anak muda dengan gejala moral dan hiburan melampau?,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pesta hiburan sempena ulang tahun pertama \u2018Pinkish Festival\u2019 itu dianjurkan di tren sewa khas yang membuat perjalanan pergi dan balik dari Stesen Kuala Lumpur ke Serendah, pada Khamis (16 Mei).<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan penumpang mengadakan parti di dalam gerabak KTMB di media sosial dengan lokasinya dipercayai di Kuala Lumpur.<\/p>\n\n\n\n<p>KTMB memaklumkan ia telah memperkenalkan perkhidmatan Charter Train sejak September 2021 kepada syarikat atau individu yang berminat untuk membuat sewaan tren khas.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Perkhidmatan ini mendapat sambutan menggalakkan dan pernah disewa khas oleh pihak-pihak kementerian, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat swasta dari dalam dan luar negara serta persatuan-persatuan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Festival muzik yang diadakan di dalam koc milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) disifatkan sebagai melanggar norma budaya<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":19149,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-19147","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19147","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19147"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19147\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19148,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19147\/revisions\/19148"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19149"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19147"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19147"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19147"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}