{"id":19340,"date":"2024-06-21T13:54:24","date_gmt":"2024-06-21T13:54:24","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=19340"},"modified":"2024-06-21T13:54:25","modified_gmt":"2024-06-21T13:54:25","slug":"adakah-anwar-bincang-isu-jual-saham-mahb-dalam-kabinet-soal-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/06\/21\/adakah-anwar-bincang-isu-jual-saham-mahb-dalam-kabinet-soal-pas\/","title":{"rendered":"Adakah Anwar Bincang Isu Jual Saham MAHB Dalam Kabinet, Soal PAS"},"content":{"rendered":"\n<p>PAS mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Anwar Ibrahim pernah membincangkan isu jualan saham Malaysia Airports Holdings (MAHB) dalam mesyuarat jemaah menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor, Nushi Mahfodz merujuk kenyataan Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang mendakwa tidak terlibat dalam keputusan membawa masuk sebuah syarikat milik BlackRock ke dalam konsortium menguruskan lapangan terbang tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Adakah jemaah menteri keseluruhannya tidak dilibatkan dalam keputusan besar dan penting ini? Siapa yang besar kepala dalam keputusan ini?&#8221; soal Nushi.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Rakyat sudah penat berbaik sangka dan tidak boleh percaya lagi kepada kredibiliti kerajaan hari ini menjaga negara.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mereka tidak peduli rakyat dan gagal mengurus negara. Tindakan mereka hari demi hari semakin membimbangkan dan membebankan rakyat.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Di bawah rancangan diumumkan bulan lalu, Global Infrastructure Partners (GIP) milik BlackRock akan membeli 30% kepentingan dalam konsortium untuk menguruskan MAHB bersama-sama Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dua entiti di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan diterajui Anwar.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia dipercayai kali pertama GIP terlibat dalam pengurusan aset lapangan terbang di Asia.<\/p>\n\n\n\n<p>Keputusan itu bagaimanapun mencetuskan bantahan di sebalik sentimen memboikot Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana BlackRock terlibat dalam memperkasakan jentera perang Israel, dan ibu pejabatnya di New York menjadi sasaran penunjuk perasaan pro-Palestin yang menuduh syarikat itu mengaut keuntungan daripada pembunuhan beramai-ramai.<\/p>\n\n\n\n<p>Semalam,\u00a0bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau yakin\u00a0Anwar tidak membincangkan isu penjualan saham MAHB itu dalam Kabinet.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Biasanya tiada keperluan untuk isu Khazanah dibawa ke Jemaah Menteri. Ia hanya diputuskan oleh Lembaga dan dimaklumkan kepada pengurusan Khazanah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya yakin jika benda ini dibawa ke Jemaah Menteri, menteri-menteri Umno takkan setuju. Mungkin terpaksa setuju sekarang kerana tren sudah berlepas,&#8221; katanya selepas menghadiri forum &#8220;Tolak BlackRock&#8221; di Kuala Lumpur yang menyaksikan pelbagai aktivis, ahli politik dan pertubuhan sivil menyuarakan bantahan terhadap rancangan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar hari ini menolak bantahan tersebut, sebaliknya berkata kerajaan &#8220;tidak ada upaya&#8221; untuk membatalkan perjanjian dengan GIP &#8220;kerana akan menjejaskan ekonomi negara&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menyifatkan dirinya tegas mengetengahkan isu Palestin, sambil menyebut nama beberapa pemimpin dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dua hari lalu saya bercakap dengan Presiden (Turki, Recep Tayyip) Erdogan soal Gaza. Sebelum itu PM Pakistan soal Gaza. Dengan premier China semalam, saya masih tekankan soal Gaza,&#8221; katanya kepada wartawan di Petaling Jaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Nushi berkata langkah kerajaan itu &#8220;membuka pintu seluas-luasnya&#8221; kepada syarikat penyokong kuat Zionis untuk mengambil alih aset strategik negara.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Inilah penyerahan nyawa terbesar dalam bentuk ekonomi yang bakal diberikan kerjaan kepada entiti luar.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kerajaan gagal merancang dasar pelaburan yang lebih menguntungkan negara dari segenap aspek. Keselamatan negara akan terdedah kepada syarikat ini. Sebarang penentangan pada masa hadapan bakal mengundang padah kepada negara.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Inilah kerajaan yang tidak konsisten dalam perjuangan bersama rakyat Palestin. Mereka hanya berwayang dengan mafla di badan tetapi sedang memperjudikan nasib negara,&#8221; tambahnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Anwar Ibrahim pernah membincangkan isu jualan saham Malaysia Airports Holdings (MAHB) dalam<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":19341,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-19340","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19340","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19340"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19340\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19342,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19340\/revisions\/19342"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19341"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19340"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19340"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19340"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}