{"id":19343,"date":"2024-06-24T10:10:39","date_gmt":"2024-06-24T10:10:39","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=19343"},"modified":"2024-06-24T10:10:42","modified_gmt":"2024-06-24T10:10:42","slug":"kesalahan-lampau-dan-penipuan-masa-kini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/06\/24\/kesalahan-lampau-dan-penipuan-masa-kini\/","title":{"rendered":"Kesalahan Lampau Dan Penipuan Masa Kini"},"content":{"rendered":"\n<p>Setiap kali saya mengkritik atau mendedah kesalahan Perdana Menteri, reaksi mereka dan penyokong mereka bukanlah untuk memperbetul atau menerangkan apa yang sedang berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya, mereka menyerang saya dan kononnya akan mendedahkan segala kesalahan yang saya lakukan semasa menjadi PM.<\/p>\n\n\n\n<p>Inilah yang berlaku sejak dari zaman Pak Lah dengan Tingkat 4nya, Najib dengan 1MDBnya dan sekarang Anwar Ibrahim dengan pembohongannya berkenaan reformasi dan perjuangan menentang rasuah.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak salah untuk mendedahkan kesalahan saya jika ada. <\/p>\n\n\n\n<p>Malahan saya berusaha untuk menerang dan bersedia disiasat. <\/p>\n\n\n\n<p>Sejak beberapa PM sebelum ini, saya telah hadapi RCI, siasatan polis malahan ahli keluarga saya turut disiasat oleh LHDN dan sekarang oleh SPRM.<\/p>\n\n\n\n<p>Isu seperti Operasi Lalang telah saya jawab sebelum ini dan telah saya sertakan video klip di mana Tun Hanif Omar terangkan bahawa ianya tindakan polis tanpa campur tangan dari saya. <\/p>\n\n\n\n<p>Perkara yang sama ditulis oleh J.J. Raj, bekas Pesuruhjaya Polis di dalam bukunya \u201cThe Struggle for Malaysian Independence\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Kedua-dua mereka diiktiraf sebagai pegawai polis yang tinggi integriti dan dianggap sebagai \u201crole model\u201d di dalam perkhidmatan awam dan bidang kepolisan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya, kesalahan yang dilakukan oleh PM itu tidak dijawab, tidak ada usaha untuk menerangkan sama ada kritikan itu tidak betul atau tersasar.<\/p>\n\n\n\n<p>Jabatan-jabatan Kerajaan yang menyiasat saya juga turut tidak mempeduli pendedahan terhadap PM dan amat sibuk menyiasat saya.<\/p>\n\n\n\n<p>Inilah yang berlaku semasa era Najib dan skandal 1MDBnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Peguam Negara yang dilantik olehnya menyucikan Najib. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga dengan pihak polis, SPRM (yang ketuanya diganti dengan penyokong PM) serta lain-lain agensi yang seharusnya menyiasat skandal tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini keadaan yang sama berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p>Setelah saya saman Anwar kerana tidak henti tuduh saya rasuah dan salah guna kuasa, saya memberi peluang untuk dia dedah kesalahan-kesalahan yang dia tuduh saya lakukan selama lebih 30 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Tuduhan-tuduhan ini tidak henti-henti diulang kecuali selama 2-3 tahun ketika saya bersama Pakatan Harapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepatutnya, berdasar kepada kenyataan-kenyataannya yang lampau, Anwar sudah ada berkotak-kotak dokumen yang membukti kesalahan yang saya lakukan. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya juga bersedia untuk menjawab tuduhan itu di mahkamah.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukankah mahkamah tempat paling baik untuk Anwar buktikan tuduhan-tuduhan tersebut disertakan dengan kotak-kotak bukti yang ada padanya?<\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya, sehingga kini tiada bukti yang berkotak-kotak itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya, Anwar terus mengguna landasan-landasan politik untuk mendabik dada bahawa dia pejuang anti-rasuah terunggul dan akan menangkap tak kira Tun ka, ikan bilis atau ikan jerung.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi, bila disuruh bukti di mahkamah, dia senyap. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya, agensi seperti SPRM diarahkan untuk siasat anak-anak saya kononnya mereka memiliki bukti untuk digunakan terhadap saya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini maknanya, selama 30 tahun dia tuduh tanpa bukti dan sekarang bila saya saman minta kemukakan bukti, terus guna SPRM untuk bantu cari bukti.<\/p>\n\n\n\n<p>Di masa yang sama dia bebaskan Zahid Hamidi dan yang sedang dibicara 47 tuduhan hukuman Najib dikurangkan setengah, ada pula ura-ura untuk longgarkan lagi hukuman dengan tahanan di rumah sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar lepas tangan. Kita nak tahu apa pendirian kerajaan jika benar Najib akan dikena tahanan rumah. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga dengan isu kronisme terbabit bekas setiausaha politiknya.<\/p>\n\n\n\n<p>Laporan polis telah dibuat tetapi Anwar buat senyap dan terus buat tuduhan terhadap musuh-musuh politiknya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr. Mahathir Mohamad<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Setiap kali saya mengkritik atau mendedah kesalahan Perdana Menteri, reaksi mereka dan penyokong mereka bukanlah untuk memperbetul atau<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":19344,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-19343","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19343","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19343"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19343\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19345,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19343\/revisions\/19345"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19344"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19343"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19343"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19343"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}