{"id":19564,"date":"2024-07-22T09:10:05","date_gmt":"2024-07-22T09:10:05","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=19564"},"modified":"2024-07-22T09:10:07","modified_gmt":"2024-07-22T09:10:07","slug":"salah-siapa-hilangnya-nama-nama-melayu-di-tanah-melayu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/07\/22\/salah-siapa-hilangnya-nama-nama-melayu-di-tanah-melayu\/","title":{"rendered":"Salah Siapa Hilangnya Nama-Nama Melayu Di Tanah Melayu"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jawapan mudah, salah Melayu<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Heboh dan tular dalam alam maya hari apabila ramai membincangkan bagaimana nama-nama Melayu di Tanah Melayu, juga di Singapura, sedikit demi sedikit hilang, akhirnya terus hilang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pulau Singapura, dahulu, semua nama tempat di sana, asal usul namanya adalah dengan nama-nama kampung-kampung Melayu, hari ini, boleh dikatakan tidak ada lagi nama Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesemua sudah ditukar kepada nama bukan Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebelum ini pun, kita memperkatakan dengan hebatnya kepada nama Tanjung Penaga yang bertukar menjadi Georgetown, tidak dikembalikan nama asalnya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini tidak termasuk lagi, nama-nama penjajah yang terlalu sukar untuk dikembali kepada nama asalnya, kerana ditentang ultra kiasu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Contoh, Bukit Melaka \u2013 Bukit St Paul. Begitu juga dengan nama Port Dickson. Terbaharu, Forest City dan banyak lagi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Siapakah yang memberikan dan meluluskan nama ini semua yang tidak ada langsung identiti?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pendek kata, begitu banyak nama-nama asal bertukar kepada nama asing. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini tidak termasuklah nama-nama bangunan, nama taman, nama jalan dan sebagainya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ringkasnya, Malaysia hari ini tidak lagi mencerminkan jati diri Melayu, meskipun asal usulnya adalah Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ya, tidak dinafikan kita berbilang kaum atau bersifat diversiti. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi, ingat asal usul dan ingat sejarah, tetap bermula dengan satu bangsa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bangsa Melayu membentuk negara Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bangsa Cina membentuk negara China, semua identiti Cina didaulatkan, memang wajar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bangsa India membentuk negara India, semua identiti India didaulatkan, ya memang wajar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bangsa Siam membentuk negara Siam Thailand, semua identiti Siam didaulatkan, ya memang wajar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitu juga dengan negara bangsa di dunia. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Persoalannya, bangsa Melayu yang sebahagiannya telah membentuk kepulauan Melayu, kemudian menjadi Tanah Melayu, kemudian Malaysia, hilang identiti Melayu?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak disangka semua ini berlaku bukan? Sukar diterima logik akal. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mana tidaknya, pemimpin tertinggi hingga ke bawah yang membuat polisi, semua Melayu\u2026.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">1. Rajanya adalah Melayu<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">2. Perdana Menteri dan timbalan, majoriti dalam cabinet adalah Melayu<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">3. Ketua setiap Kementerian boleh dikatakan semua Melayu<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">4. Ketua Perhidmatan Awam, KSN dan KSU boleh dikatakan semua Melayu<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">5. Ketua Pesuruhjaya Pendidikan, SPRM, Kehakiman dll majoriti boleh dikatakan semua Melayu<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">6. Ketua PBT, semua Melayu majoritinya<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">7. Ketua DBP semua Melayu<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">8. Ketua JAKIM semua Melayu<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">9. Ketua Polis, dan Ketua Polis Negeri majoriti semua Melayu<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">10. Ketua semua agensi berkaitan kerajaan seperti GLC, boleh dikatakan semua Melayu<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namakan semua agensi di bawah kerajaan dan separa kerajaan, semua Melayu ketuanya, kalau ada pun bukan Melayu tidaklah seramai Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitu jugalah dengan badan-badan lain yang tidak sempat disebutkan di sini, termasuk Universiti Awam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">SALAH SIAPA??? Betulah apa yang Cicero kata, ikan busuk dari kepala. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selagi kepala tidak diperbetulkan, tidak berjiwa Melayu, jangan harap Melayu akan berdaulat di negeri Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tunggu masanya Tanah Melayu akan bertukar menjadi Singapore, yang dahulu asal usulnya Temasik kemudian bernama Singapura. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pulau Pinang sudah sebati menjadi Penang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hari ini heboh diperkatakan Festival Goergetown yang akan berlangsung tidak lama lagi, langsung iklannya tidak mencerminkan identiti dan asal usul Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitu juga aktiviti yang bakal berlangsung. Itupun setelah ditegur baru kelam kabut sikit. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seolah-olah pulau tersebut, bukan asal-usul pulau Melayu. Salah siapa? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jawapannya, ikan busuk dari kepala bukan ekor<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dr. Ridhuan Tee Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jawapan mudah, salah Melayu Heboh dan tular dalam alam maya hari apabila ramai membincangkan bagaimana nama-nama Melayu di<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":19565,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-19564","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19564","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19564"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19564\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19566,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19564\/revisions\/19566"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19565"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19564"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19564"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19564"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}