{"id":19582,"date":"2024-07-23T10:33:59","date_gmt":"2024-07-23T10:33:59","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=19582"},"modified":"2024-07-23T10:34:01","modified_gmt":"2024-07-23T10:34:01","slug":"sumpah-doa-laknat-dan-qunut-nazilah-dalam-politik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/07\/23\/sumpah-doa-laknat-dan-qunut-nazilah-dalam-politik\/","title":{"rendered":"Sumpah, Doa Laknat Dan Qunut Nazilah Dalam Politik"},"content":{"rendered":"\n<p>Di Malaysia pernah dilaporkan Dato\u2019 Asri Muda dan Tunku Abdul Rahman pernah berbalas sumpah kerana saling bertuduhan sewaktu berkempen. <\/p>\n\n\n\n<p>Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diawal waktu kepulangan beliau ke Malaysia akhir 70-an, sehingga kini, tidak terlepas dengan fitnah yang bermacam-macam yang sudah kita maklumi.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi semua fitnah itu sehingga kini, tidak pernah berjaya dibuktikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Puas sudah pihak berkenaan mengintai kesalahannya, namun hampa. <\/p>\n\n\n\n<p>Hanya sahaja Tan Sri TGHH tidak pula mendoakan laknat atas lawannya, malah memaafkan musuhnya walau jelas beliau dizalimi.<\/p>\n\n\n\n<p>Satu kes besar yang mungkin masih menjadi ingatan kepada rakyat Malaysia ialah apabila al-Arqam yang diharamkan oleh Kerajaan Malaysia kerana didakwa tergelincir aqidah mereka melalui Aurat Muhammadiah. <\/p>\n\n\n\n<p>Menurut salah seorang bekas pimpinan al-Arqam, Ustaz Ashaari iaitu pemimpin utamanya juga telah melakukan sumpah mubahalah diiringi dengan sejumlah besar pengikutnya pada 30 Jun 1994, 30 tahun lalu. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun nasib malang hadir dalam hidup beliau bertimpa-timpa selepas sumpah itu.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tidak mahu bersumpah<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>DS Anwar Ibrahim pernah berkata yang konon beliau telah dinasihati oleh Yusof al-Qaradhawi untuk tidak bersumpah bagi membersihkan dirinya dalam apa yang beliau namakan konspirasi politik oleh Tun Mahathir, 1998 dahulu, walaupun bukti-bukti telah disediakan oleh pendakwa.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemudiannya DS Anwar didapati bersalah sehingga dua kali sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan dengan ada beberapa orang peguam beliau menarik diri. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga pernah memilih untuk membela diri dari kandang tertuduh tanpa boleh disoal balas oleh pendakwaraya. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak mahu bersumpah, tidak boleh disoal.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun agak menghairankan apabila penyokong beliau menyumpah-nyumpah pula Saiful Bahari Azlan dengan bersungguh-sungguh apabila Saiful bersumpah dua kali di dalam Masjid Wilayah dan di hadapan Kaabah bagi membuktikan kebenaran beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga kini Saiful kelihatan baik sahaja, disebalik khabar angin yang disebarkan oleh penyokong DS Anwar yang Saiful sudah terkena berbagai penyakit hasil dari sumpahannya sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitulah ahli PKR, sampaikan Imam Masjid Wilayah Romlang Porigi yang menyaksi sumpah itu juga dikutuk mereka.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Fatwa berubah-rubah<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Dato\u2019 Seri Ahmad Said pernah dengan sengaja mengeluarkan kenyataan PAS adalah Parti Ajaran Sesat bagi menimbulkan kontroversi dan kegelisahan terhadap rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p> Dengan tangkas dan berani, cercaan itu dibalas oleh almarhum Dato\u2019 Abu Bakar Chik dengan membawa bersama beliau ahli keluarganya dan mencabar DS Ahmad untuk bersumpah laknat yang PAS adalah sesat.<\/p>\n\n\n\n<p>Menikus DS Ahmad Said diam membisu, tidak pernah dia menyahut cabaran itu sehingga almarhum meninggal. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan tidak pernah lagi DS Ahmad mengulangi fitnah itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya beliau pula yang jatuh dari kerusi MB Terengganu, sampai menangis DS Ahmad dibuat DS Najib.<\/p>\n\n\n\n<p>DS Najib Razak pernah bersumpah atas nama Allah di dalam masjid bagi membuktikan beliau tidak bersalah dalam skandal yang terkenal 1MDB. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun beliau akhirnya didapati bersalah juga oleh mahkamah walaupun sudah merayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau kini masih dalam penjara.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala penggantinya DS Zahid Hamidi juga pernah bersumpah atas nama Allah No Anwar, No DAP di hadapan khalayak ahli partinya. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun dia akhirnya mengingkari sumpahnya itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika kita masih ingat kedua mereka ini pernah didoakan laknat oleh almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz ketika hayatnya dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Waktu ini PKR tumpang mengaminkan doa almarhum, tiada pula mereka berfatwa haram mendoakan laknat sesama Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Jangan lupa PKR juga tidak marahkan allahyarham Nik Radzi Nik Mat, adik kepada TGNA yang pernah mendoakan K.O Umno, K.O Umno. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya kesemua doa-doa mereka terhadap Umno, benar-benar terjadi. <\/p>\n\n\n\n<p>PKR dan Pan tumpang gembira dengan kejatuhan Umno itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Fatwa mereka ketika itu ialah menghalalkan himpunan \u201cdoa-doa politik\u201d itu walaupun mereka sedar Umno juga beragama Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang fatwa PH mengatakan doa laknat atau qunut nazilah terhadap musuh iaitu sesama Islam, tidak lagi dibenarkan. Ia haram. <\/p>\n\n\n\n<p>Yalah, sudah nampak depan mata sejarah doa-doa itu diterima Allah, mana tak rasa takut. <\/p>\n\n\n\n<p>Nanti kalau kerajaan PH jatuh dahulu, tidak sempat pulak dapat nak makan pencen menteri sekali lagi, sedihlah kan?<\/p>\n\n\n\n<p>Doa laknat daripada orang yang dizalimi tidak kira Islam atau bukan, tiada hijab antaranya dengan Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau tidak mahu kena doa itu, janganlah berlaku zalim, simple.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Di Malaysia pernah dilaporkan Dato\u2019 Asri Muda dan Tunku Abdul Rahman pernah berbalas sumpah kerana saling bertuduhan sewaktu<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":19583,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-19582","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19582","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19582"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19582\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19584,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19582\/revisions\/19584"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19583"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19582"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19582"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19582"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}