{"id":19661,"date":"2024-08-01T06:42:21","date_gmt":"2024-08-01T06:42:21","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=19661"},"modified":"2024-08-01T06:42:23","modified_gmt":"2024-08-01T06:42:23","slug":"membaca-helah-politik-syiah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/08\/01\/membaca-helah-politik-syiah\/","title":{"rendered":"Membaca Helah Politik Syiah"},"content":{"rendered":"\n<p>Tidaklah salah jika seseorang itu mahu memberikan pendapatnya berkenaan sesuatu strategi yang sedang berlaku berkaitan isu-isu besar. <\/p>\n\n\n\n<p>Samada diperingkat dunia mahupun setempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun pandangan itu seharusnya dengan iringan beberapa cetusan bacaan yang lebih mendalam beserta bukti dan hujah yang kuat, akan dikira sebagai pandangan yang lebih bernas.<\/p>\n\n\n\n<p>Contohnya isu berkenaan pembunuhan Ismail Haniyeh, pemimpin Hamas di Tehran, benar-benar menyedihkan dan membangkitkan keinsafan kepada kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahawa mereka tidak takut dengan musuh Allah dan mengunggu saat bagi kematian mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Menang di dunia atau syahid di akhirat.<\/p>\n\n\n\n<p>Akan tetapi, jika teori yang dihadirkan itu adalah semata-mata menyalahkan Iran atas kejadian itu, ia dilihat agak dangkal dan bias. <\/p>\n\n\n\n<p>Siasatan belum dijalankan, tetapi pembenci Iran terus melabelkan mereka sebagai penipu. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih menambah perisa Iran juga adalah keturunan Yahudi. Kata mereka dengan kepuasan.<\/p>\n\n\n\n<p>Hal yang sama, tidak pula dikatakan kepada Turki, apabila Jamal Kashoggi, seorang wartawan Saudi yang dibunuh dalam Kedutaan Saudi di Turki. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga kini mayat Jamal tidak diketahui di mana. Kenapa Turki tidak disalahkan juga? <\/p>\n\n\n\n<p>Ada isu Syiah dan Wahhabikah kerana pengadilannya yang berbeza?<\/p>\n\n\n\n<p>Di Malaysia, yang menjadi ejen Mosad adalah berhidung penyek, berkulit sawo matang, orang setempat. <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah tidak mungkin di negara-negara lain ejen mereka terdiri dari rakyatnya sendiri? <\/p>\n\n\n\n<p>Atau mestikah orang Israel sendiri kena masuk dan membunuh?<\/p>\n\n\n\n<p>Jika dirasakan komentar secara terus tiada bengkang bengkok itu paling benar, maka tiadalah perlu strategi dalam berpolitik. <\/p>\n\n\n\n<p>Lurus sahaja, semua orang tahu apa yang mahu dilakukan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada caj tersembunyi bak kata syarikat telco kepada pengguna. Begitukah strategi hebat?<\/p>\n\n\n\n<p>Apatah lagi Iran yang sudah dijenamakan dengan taqiyyah sebagai salah satu rukun kepercayaan Syiah itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Pasti cerita Iran bersubahat akan laku keras di pasaran. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidakkah kelihatan bodohnya Iran, kerana sudah dikata orang begitu, mereka bersusah payah menafikannya, kemudiannya mereka mengesahkannya pula dengan perlakuan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Terfikir juga di benak ini apabila ada yang berkata, dimanakah negara-negara Arab ketika Palestin memerlukan mereka? <\/p>\n\n\n\n<p>Tidakkah itu dianggap sebagai langkah seorang tali barut Israel? <\/p>\n\n\n\n<p>Dan ada negara yang sedang membuat normalisasi dengan Israel, tidak mengapa pula?<\/p>\n\n\n\n<p>Mari kita lihat kepada sejarah 110 tahun empat hari yang lalu. <\/p>\n\n\n\n<p>Pembunuhan Putera Mahkota Austria-Hungary Erzherzog Franz Ferdinand di Sarajevo dilihat kepada satu insiden cari pasal oleh Serbia terhadap Austria-Hungary. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan dibantu Jerman, mereka memulakan serangan kepada Serbia bagi membalas dendam sebulan selepas itu iaitu pada 28 Julai 1914.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya ia merebak dan Perang Dunia I terjadi setelah syarat Austria-Hungary tidak dipenuhi. <\/p>\n\n\n\n<p>Akibat daripada perbalahan dengan Serbia itu, dunia menyaksikan dalam perang itu Kerajaan Uthmaniyyah jatuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Rusia dibawah Tsar Nicholas juga dirampas oleh Komunis.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan paling dikenang, Jerusalam diambil British. <\/p>\n\n\n\n<p>Kelihatan telunjuknya lurus, tetapi kelingkingnya berkait. Islam paling rugi. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada kaitan dengan Serbia mahupun Austria-Hungary, mahupun kematian Ferdinand itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitulah bacaan politik oleh sebahagian orang yang merasakan dia tahu ataupun bacaannya diiringi dendam terhadap Iran. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka terhasillah pandangan separuh masak. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan lebih merapatkan, tetapi melebarkan jurang bagi melawan Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>Makin Israel menyerang, makin kita berbalah. Tak ke pelik? <\/p>\n\n\n\n<p>Sangat benar pandangan Tan Sri Dato&#8217; Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang musuh utama kita ialah Israel. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak pernah melihat kita dari pecahan mazhab, tetapi semuanya Islam yang mesti mereka perangi.<\/p>\n\n\n\n<p>Semoga Allah kurniakan kesyahidan kepada Ismail Haniyeh dan berbahagia di syurga bersama keluarga dan rakan seperjuangan beliau di sana amin. <\/p>\n\n\n\n<p>Mati adalah permulaan kebahagiaan kepada orang mukmin.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tidaklah salah jika seseorang itu mahu memberikan pendapatnya berkenaan sesuatu strategi yang sedang berlaku berkaitan isu-isu besar. Samada<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":19662,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-19661","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19661","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19661"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19661\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19663,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19661\/revisions\/19663"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19662"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19661"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19661"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19661"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}