{"id":19725,"date":"2024-08-06T06:48:05","date_gmt":"2024-08-06T06:48:05","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=19725"},"modified":"2024-08-06T06:48:07","modified_gmt":"2024-08-06T06:48:07","slug":"kewujudan-tanpa-fizikal-yang-dapat-dikesan-oleh-pancaindera","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/08\/06\/kewujudan-tanpa-fizikal-yang-dapat-dikesan-oleh-pancaindera\/","title":{"rendered":"Kewujudan Tanpa Fizikal Yang Dapat dikesan Oleh Pancaindera"},"content":{"rendered":"\n<p>Kerap kali apabila berdebat dengan budak-budak Atheist atau non-Muslim mengenai kewujudan Allah Tuhan Sekalian Alam, mereka akan sering bertanya di mana Allah, bagaiamana rupa Allah? <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka sering membayangkan Allah itu mestilah ada rupa fizikal, ada bentuk atau sekurang-kurang boleh dilihat dengan mata kepala. <\/p>\n\n\n\n<p>Disebabkan mereka gagal untuk melihat Allah dengan mata kepala mereka, maka bagi mereka Allah tidak wujud. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi mereka Allah adalah khayalan dan imaginasi orang-orang Islam semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi orang Islam, bagaimana kita mahu berkhayal atau berimaginasi tentang Allah, sedangkan kita tidak pernah melihat Allah, tidak pernah mendengar, menyentuh atau mendeteksi kewujudan Allah secara fizikal. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, umat Islam tidak pernah berimaginasi tentang kewujudan Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Umat Islam yakin akan kewujudan Allah melalui iman (faith).<\/p>\n\n\n\n<p>Manusia dan haiwan secara fizikalnya diberi lima pancaindera untuk melihat dengan mata, mendengar dengan telinga, menghidu dengan hidung, merasai dengan lidah dan menyentuh dengan kulit. <\/p>\n\n\n\n<p>Kesemua pandaindera ini secara fizikalnya dikawal dan ditafsir segala impulsnya oleh otak. <\/p>\n\n\n\n<p>Otak menjadi pusat kepada pemprosesan impuls yang diterima daripada kelima-lima pancaindera tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, dengan bebanan tugas manusia sebagai khalifah yang akan mengurus dunia serta bertanggungjawab untuk beribadah kepada Allah Tuhan Pencipta Alam ini, manusia dikurniakan dua &#8216;tools&#8217; yang hebat, iaitu fikiran dan iman (mind and faith). <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan adanya dua indera tambahan ini, manusia menjadi jauh lebih berkuasa berbanding haiwan, hatta jika seluruh haiwan bersatu memerangi manusia, manusia tetap boleh menang.<\/p>\n\n\n\n<p>Fikiran dan Iman inilah Allah kurniakan supaya manusia mengakui kewujudan-Nya yang Maha Esa, walaupun lima pancaindera lain tidak akan sekali-kali dapat melihat-Nya. <\/p>\n\n\n\n<p>Manusia mesti menggunakan fikiran dan iman serentak untuk melihat kebenaran Tuhan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika hanya menggunakan akal fikiran semata-mata, mereka akan menjadi Atheist. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika mereka menggunakan iman kepercayaan semata-mata, mereka akan terjebak dengan Polytheist dan kepercayaan karut dan mitos.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimana umat Islam boleh yakin dan percaya kepada kewujudan Allah, sedangkan mereka tidak pernah melihatnya dengan pancaindera mereka dan tidak pula dapat berimaginasi rupabentuknya? <\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya sangat mudah sekali apabila kita memberi anologi kepercayaan manusia kepada daya tarikan Graviti.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa itu graviti? <\/p>\n\n\n\n<p>Daya yang menarik semua objek jatuh ke permukaan bumi, begitu tafsiran mudahnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Tapi kenapa orang percaya akan kewujudan graviti? <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah kita dapat melihat rupa bentuk graviti? <\/p>\n\n\n\n<p>Menghidu, mendengar atau merasai graviti? Tidak sekali-kali. <\/p>\n\n\n\n<p>Tunjukkan kepada kami, bagaimana rupa graviti dan kenapa kamu percaya akan kewujudan graviti sedangkan kamu tidak pernah melihatnya?<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila kita lambung sesuatu objek, kemudian objek itu jatuh ke bawah. Kita mengatakan itulah graviti. <\/p>\n\n\n\n<p>Tunggu. Itu bukanlah graviti. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang kita nampak adalah objek itu jatuh ke muka bumi. Gravitinya di mana? <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada siapa pun yang nampak graviti, tetapi semua orang boleh nampak kesan kepada kewujudan Graviti.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitulah adanya Allah, Tuhan yang mencipta sekalian alam. <\/p>\n\n\n\n<p>Kewujudan alam semesta ini dengan aturan galaksi dan planet-planet yang bergerak secara sistematik &#8211; tentu sekali merupakan kesan daripada kewujudan Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebagaimana jatuhnya objek disebabkan wujudnya graviti, maka kewujudan alam semesta termasuk kehidupan manusia &#8211; adalah kerana dicipta oleh Allah, Tuhan Yang Maha Pencipta. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan Allah lah yang menciptakan graviti yang tidak mampu dikesan oleh pancaindera manusia.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh: Dr Tanaka Mustafa<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerap kali apabila berdebat dengan budak-budak Atheist atau non-Muslim mengenai kewujudan Allah Tuhan Sekalian Alam, mereka akan sering<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":19726,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-19725","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19725","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19725"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19725\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19727,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19725\/revisions\/19727"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19726"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19725"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19725"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19725"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}