{"id":1973,"date":"2020-09-15T15:48:34","date_gmt":"2020-09-15T15:48:34","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=1973"},"modified":"2020-09-15T15:48:37","modified_gmt":"2020-09-15T15:48:37","slug":"surat-tertutup-buat-dr-dzulkefly-ahmad","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/09\/15\/surat-tertutup-buat-dr-dzulkefly-ahmad\/","title":{"rendered":"Surat Tertutup Buat Dr Dzulkefly Ahmad"},"content":{"rendered":"\n<p>Assalamualaikum dan salam sejahtera buat Dr.<\/p>\n\n\n\n<p>Semoga Dr sihat-sihat sahaja bersama Parti Amanah Negara (PAN).<\/p>\n\n\n\n<p>Membaca surat terbuka Dr kepada bekas rakan-rakan PAS, membuatkan saya terpanggil untuk membalas surat tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Rupanya sudah 5 tahun sudah kita berpantang arang, berkerat rotan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pastinya 5 tahun lepas, terlalulah luka hati kami angkara pengkhianatan pihak Dr dan kawan-kawan Dr.<\/p>\n\n\n\n<p>5 tahun itu jugalah Dr dan kawan-kawan cuba menyentap kepercayaan dan &#8216;tsiqah&#8217; kami kepada Tuan Guru Presiden (TGP).<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, alhamdulillah Dr dan kawan-kawan tiada berjaya bahkan terpelanting keluar.<\/p>\n\n\n\n<p>Pastinya kami terluka atas perbuatan 5 tahun dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau boleh kami tidak mahu mengingati lagi akan kisah itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Parut itu walau sudah lama, tapi bila Dr selak kembali, rasa pedihnya juga kembali.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika dahulu Dr dan kawan-kawan dari dalam cuba mencabut tsiqah dan wala&#8217; kami kepada Presiden dan parti.<\/p>\n\n\n\n<p>Kali ini nampaknya hal yang sama cuba dilakukan Dr melalui surat terbuka itu, bezanya kali ini dari luar pula, atas tunggangan nasihat.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketahuilah Dr, kalau dari dalam pun kami tidak percaya dan menolak keluar, apatah lagi Dr berada di luar.<\/p>\n\n\n\n<p>Mahu ditolak ke mana lagi?<\/p>\n\n\n\n<p>Terima kasih atas surat terbuka itu, namun, kami tahu apa yang ada dalam rumah kami.<\/p>\n\n\n\n<p>Kini amatlah kami kecapi kebahagiaan serta ketenangan tanpa Dr dan kawan-kawan.<\/p>\n\n\n\n<p>Alhamdulillah berkat Dr keluar tanpa toleh ke belakang lagi, kami kini ceria tenang.<\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini Dr datang menjengah ke pagar halaman kami, laungan dan bebelan politik Dr itu kami dengar, namun, buat masa ini kami tidak mahu membuka pagar itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan kami sombong, tapi risau dengan pesan orang tua-tua:<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jika Kepalanya Ular Takkan Ekornya Belut.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi Dr itu belut atau ular?<\/p>\n\n\n\n<p>Pulanglah dahulu Dr.<\/p>\n\n\n\n<p>Rumah Dr perlu perhatian Dr jua.<\/p>\n\n\n\n<p>Jangan perhatian diberikan kepada kami yang sudah cukup kasih sayang ini, sedangkan rumahtangga Dr pula punah sengsara dan kelihatannya menuju kerosakkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Husam perlukan belaian perhatian Dr.<\/p>\n\n\n\n<p>Si Khalid Samad dan Hanifa juga perlukan kalam nasihat Dr agar lebih berakhlak.<\/p>\n\n\n\n<p>Mat Sabu perlu taujihat dari Dr untuk menjadi Presiden yang dihormati.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih manis Dr menulis surat buat ahli PAN agar berikan sokongan kepada Abang Mat memimpin PAN.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih besar lagi, adalah LGE juga perlukan sokongan moral.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr perlu guna masa yang ada untuk berfikir bagaimana cara mahu gugurkan dakwaan kepada LGE?<\/p>\n\n\n\n<p>Atau bincang skrip drama politik air mata sekali lagi untuk LGE.<\/p>\n\n\n\n<p>Owh satu lagi Dr, berkenaan DS Anwar, kelihatan PAN dan DAP semakin menjarakkan diri meninggalkan DS Anwar keseorangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya simpati kepada DS Anwar, saya meneka ini mungkin sebahagian dari Langkah Bakal Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Apakah idea ini datang dari Dr?<\/p>\n\n\n\n<p>Ye lah Dr kan seorang pemikir politik yang hebat, maaf jika soalan saya ini agak sensitif.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, saya tetap simpati kepada DS Anwar yang ditinggalkan seorangan oleh PAN dan DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>Retak menunggu belah.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitu serasi PAN dan DAP, tokoh sehebat DS Anwar itu dijentik begitu sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika boleh saya ibarat hubungan PAN dan DAP ibarat khadam dengan tuannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Maaf Dr jika agak kasar ibarat ini, namun itulah yang kami lihat.<\/p>\n\n\n\n<p>Kelihatan juga PAN itu ditugas menjadi benteng kepada DAP, dalam surat Dr pun Dr masih mempertahankan DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>Ye, kami faham itulah fungsi terompah kepada DAP, dipakai bila masuk tandas menjadi benteng kepada kaki dari terkena najis.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya, Maaf Dr, jika surat ini agak tidak tersusun bahasanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerna saat menintakannya, hanya satu tangan saya sahaja menaip, satu lagi tangan untuk menggaru kaki anak yang nak tidur.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukanlah saya tidak serius untuk membalas surat Dr, tapi saya rasa cukuplah digunakan masa sebegini untuk membalasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Usah Dr &#8220;try hard&#8221; sangat kerna jelas kelihatan &#8216;Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong-Sorong&#8217;.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika Dr rasa dengan tulisan Dr itu boleh merobek kepercayaan kami kepada TGHH dan kepimpinan parti, maka Dr hanyalah seperti &#8216;Pungguk Rindukan Bulan&#8217;.<\/p>\n\n\n\n<p>Dah habis dah sebenarnya surat saya, sekadar nak cukupkan no 20.<\/p>\n\n\n\n<p>Cantik sikit angkanya. Hihi.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekian,<\/p>\n\n\n\n<p>Akhukum Fillah<br>Ahmad Fahmi Mokhtar<\/p>\n\n\n\n<p>Menyentuh soal asobbiyah, kaum dan agama, Dr boleh tekan https:\/\/bit.ly\/3c5kQbV dan beli buku Islam dan Kebangsaan. Buku terbaru tulisan TGHH.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Assalamualaikum dan salam sejahtera buat Dr. Semoga Dr sihat-sihat sahaja bersama Parti Amanah Negara (PAN). Membaca surat terbuka<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1974,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-1973","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1973","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1973"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1973\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1975,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1973\/revisions\/1975"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1974"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1973"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1973"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1973"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}