{"id":19837,"date":"2024-08-28T06:50:42","date_gmt":"2024-08-28T06:50:42","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=19837"},"modified":"2024-08-28T06:50:44","modified_gmt":"2024-08-28T06:50:44","slug":"lupakah-peristiwa-karpal-derhaka-soal-kumpulan-peguam-bidas-tuduhan-hasutan-terhadap-muhyiddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/08\/28\/lupakah-peristiwa-karpal-derhaka-soal-kumpulan-peguam-bidas-tuduhan-hasutan-terhadap-muhyiddin\/","title":{"rendered":"Lupakah Peristiwa &#8220;Karpal Derhaka&#8221;, Soal Kumpulan Peguam Bidas Tuduhan Hasutan Terhadap Muhyiddin"},"content":{"rendered":"\n<p>Kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) hari ini mengecam pendakwaan terhadap bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin berhubung ucapannya baru-baru ini yang mempersoalkan keputusan bekas Yang di-Pertuan Agong melantik Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dua tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>LFL sekali lagi mengingatkan pihak yang menggesa tindakan terhadap Muhyiddin bahawa Malaysia mengikut sistem raja berperlembagaan, di mana tindak tanduk raja dalam menjalankan tugasnya boleh menjadi bahan perbincangan umum.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia menyifatkan pendakwaan Muhyiddin di bawah Akta Hasutan sebagai satu lagi contoh Pakatan Harapan (PH) memungkiri janjinya memansuhkan penggunaan akta yang satu masa dulu disifatkan zalim oleh gabungan itu.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Ia turut mengingatkan PH bagaimana pemimpinnya sendiri pernah dihadapkan tuduhang di bawah Akta Hasutan kerana mengkritik keputusan Agong.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Lupakah mereka bagaimana mendiang Karpal Singh dicop sebagai &#8216;derhaka&#8217; kerana mempersoalkan Sultan Perak pada 2008?&#8221; kata pengarah LFL Zaid Malek, merujuk kepada krisis politik Perak selepas pilihan raya umum ke-12 yang menyaksikan kejatuhan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat, gabungan bersama PKR, PAS dan DAP yang ditubuhkan sebelum PH.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Atau bagaimana ia dituduh tidak setia kepada Agong kerana mempersoalkan keputusan mengisytiharkan darurat pada 2021?&#8221;&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin hari ini mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Gua Musang berkenaan ucapannya di Felda Perasu ketika kempen pilihan raya kecil Nenggiri baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam ucapannya, presiden Bersatu dan pengerusi Perikatan Nasional itu mengimbas kembali apa yang berlaku di sebalik tabir selepas keputusan tergantung pilihan raya umum ke-15 pada November 2022.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kalau ikut kiraan, kita jadi kerajaan, betul tak? Saya waktu itu sekali lagi diberikan sokongan, ada 115 ahli parlimen sokong saya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kalau ikut kiraan perlembagaan, saya sudah ada jumlah yang lebih untuk menjadi perdana menteri. Ini bukan mengungkit, tapi ini rekod sejarah. Tapi entah macam mana, Yang di-Pertuan Agong waktu itu tak ajak jemput saya pergi istana angkat sumpah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Siapa Yang di-Pertuan Agong dulu? Pahang,&#8221; kata Muhyiddin merujuk kepada Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah. &#8220;Kita tak nak cerita apa-apa buruk. Tapi yang itu, bagi saya agak luar biasa. Tapi tak apalah.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Zaid berkata tindakan mempersoalkan atau mengkritik pelaksanaan kuasa perlembagaan oleh Agong bukanlah berbentuk &#8220;hasutan&#8221; memandangkan peranan Agong adalah sebagai raja berpelembagaan, dan bukannya pemerintah feudal.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Oleh itu, penggunaan kuasanya boleh dibahaskan, dipersoalkan atau dikritik. Ini adalah asas sistem raja berperlembagaan kita.&#8221;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) hari ini mengecam pendakwaan terhadap bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin berhubung ucapannya<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":19838,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-19837","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19837","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19837"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19837\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19839,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19837\/revisions\/19839"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19838"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19837"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19837"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19837"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}