{"id":19865,"date":"2024-09-04T02:16:54","date_gmt":"2024-09-04T02:16:54","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=19865"},"modified":"2024-09-04T02:16:56","modified_gmt":"2024-09-04T02:16:56","slug":"membangun-lebih-banyak-politik-kenegaraan-berbanding-politik-kepartian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/09\/04\/membangun-lebih-banyak-politik-kenegaraan-berbanding-politik-kepartian\/","title":{"rendered":"Membangun Lebih Banyak Politik Kenegaraan, Berbanding Politik Kepartian"},"content":{"rendered":"\n<p>Teruja sungguh apabila melihat negarawan ulung Tun M, menghadiri perarakan sambutan kemerdekaan ke 67 Putrajaya baru-baru. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu mencuri perhatian sehinggakan orang ramai seolah-olah tidak memperdulikan tuan rumah sambutan, PMX<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam hati saya berkata alangkah indahnya jika Presiden PAS dan pimpinan parti lain dapat hadir bersama pada waktu yang dinanti-nantikan oleh rakyat seluruh negara, meskipun tidak dijemput. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah jiwa dan sifat negarawan, mencerminkan sikap kenegaraan kita berbanding kepartian. <\/p>\n\n\n\n<p>Maaf cakap, PAS agak sedikit menonjolkan kepartiannya berbanding kenegaraan dalam hal ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidakkah sepatutnya sifat kenegaraan itu menenggelamkan sifat kepartian, tanpa menggadaikan prinsip.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika ini dapat dilakukan saya pasti, PAS akan dapat lebih diterima oleh bukan Islam, dan sudah pastinya, bumiputera Sabah dan Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>Siapakah penasihat PAS kepada tok guru? <\/p>\n\n\n\n<p>Bukalah mata dan bukalah minta. <\/p>\n\n\n\n<p>Mudah-mudahan apa yang telah berlaku akan membuka mata kita semua. <\/p>\n\n\n\n<p>Ramai sebenarnya yang sayangkan PAS, tetapi PAS lebih kepada sedikit \u2018kepartian\u2019 berbanding sepatutnya lebih banyak kenegaraan.<\/p>\n\n\n\n<p>Singkaplah Sejarah pimpinan PAS terdahulu seperti Almarhum Dr Zulkifli Muhammad dan Dr Burhanuddin Helmi. <\/p>\n\n\n\n<p>Bekas pemimpin PAS ini begitu terserlah sifat kenegaraannya berbanding kepartian<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam \u2018Falsafah Kebangsaan Melayu\u2019 1954 oleh Dr Burhanuddin sebelum beliau menjadi ahli PAS, almarhum pernah menyebutkan:<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIslam memandang kebangsaan itu sebagai suatu alat bukan tujuan. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kebangsaan hendaklah mengambil tempat yang sederhana dan bulat sebagai suatu lambang yang boleh menarik dan menyatukan suatu bahagian tenaga untuk mencapai cita-cita mulia yang besar dan abadi, sebagaimana Islam memandang dunia bukan tujuan, tetapi hanya suatu alat atau tunggangan yang menyampaikan ke akhirat.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Dr Burhanuddin adalah seorang tokoh gerakan Islam yang menggunakan pendekatan nasionalis dalam dakwahnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga tokoh-tokoh PAS peringkat awalan yang lain seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hasan, Tuan Haji Ahmad Badawi dan seangkatan dengannya, menggunakan pendekatan nasionalis yang agak mirip kepada menyokong pemerintah atau parti-parti anak didik pemerintah (penjajah) seperti UMNO dan Parti Negara waktu itu, tanpa menggadai prinsip.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun akhirnya mereka berpecah mengikut perpecahan dalam UMNO, yang mana kumpulan Tuan Haji Ahmad Fuad menyokong Datuk Onn bersama-sama Parti Negara dan Tuan Haji Ahmad Badawi menyokong Tunku Abdul Rahman bersama-sama UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Dr Burhanuddin selepas mengambil alih pimpinan PAS, menggunakan pendekatan nasionalis dan kemerdekaan agak menonjol dan bercanggah dengan parti-parti anak didik pemerintah, yang akhirnya jadi pemerintah seperti UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendekatan ini agak sesuai sebagai pembangkang yang terkuat waktu itu, untuk mengaut undi pembangkang. <\/p>\n\n\n\n<p>Kepimpinan Dr Burhanuddin dalam PAS bermula dari tahun 1956 hingga tahun 1969. <\/p>\n\n\n\n<p>Ternyata, pimpinan PAS terdahulu terserlah kenegaraannya berbanding kepartian. <\/p>\n\n\n\n<p>Berfikir jauh ke hadapan dalam membangun sifat kenegaraan berbanding kepartian. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya harap tulisan ini tidak menyebabkan saya \u2018diserang\u2019 oleh penyokong PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua ini untuk kebaikan PAS yang sepatutnya difikirkan oleh penasihat tok guru.<\/p>\n\n\n\n<p>Sama juga apa yang berlaku ketika Sidang Kemuncak Kerajaan 4 Negeri, melibatkan Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sepatutnya PAS turut menjemput atau menambahkan lagi dua lagi negeri yang dipimpin oleh bumiputera, Sabah dan Sarawak. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika tidak pun bersama dalam satu Pakatan, sekurang-kurang kita memanjangkan jemputan dan memperbaharui imej PAS yang lebih kepada kenegaraan bukan kenegerian dan kepartian.<\/p>\n\n\n\n<p>Ya, tidak dinafikan memang ada wakil parti dari Sabah dan Sarawak. Tetapi itu tidak cukup. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang ingin dilihat adalah wakil dari Kerajaan negeri. <\/p>\n\n\n\n<p>Panjangkanlah jemputan, sama ada dia datang atau tidak, terpulang.<\/p>\n\n\n\n<p>Sama seperti sambutan kemerdekaan 67 baru-baru ini, sepatutnya Kerajaan hari ini panjangkan jemputan kepada semua bekas PM yang masih hidup, terutama Tun M dan pimpinan parti pembangkang yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi nampaknya perkara itu tidak berlaku. <\/p>\n\n\n\n<p>Sangat tidak professional, sentiment kepartian menenggelamkan sentiment kenegaraan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita nak maju macam mana kalau begini perangai mangkok hayun yang dibawa.<\/p>\n\n\n\n<p>Allah Maha Kuasa, kehadiran Tun M telah menenggelamkan sambutan kemerdekaan yang diterajui oleh PMX. <\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat lebih memandang kepada kehadiran Tun daripada kenamaan yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua berita tular pasal Tun M, bukan sambutan kemerdekaan Kerajaan hari ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika pimpinan PAS dan Bersatu ada bersama, bukan sahaja tular, macam nak kiamat Malaysia ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Apapun semua masih belum terlambat, Hari Malaysia akan tiba tidak lama lagi, pada 16 September ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya tidak perlu menasihati lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Lakukanlah terbaik untuk Hari Malaysia, berfikirlah lebih besar bersifat kenegaraan bukan kepartian. <\/p>\n\n\n\n<p>Itu sahaja cara untuk kekal lama dan diterima seluruh lapisan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr. Mohd Ridhuan Tee<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Teruja sungguh apabila melihat negarawan ulung Tun M, menghadiri perarakan sambutan kemerdekaan ke 67 Putrajaya baru-baru. Begitu mencuri<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":19866,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-19865","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19865","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=19865"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19865\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":19867,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/19865\/revisions\/19867"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19866"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=19865"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=19865"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=19865"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}