{"id":20042,"date":"2024-09-27T07:40:51","date_gmt":"2024-09-27T07:40:51","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=20042"},"modified":"2024-09-27T07:40:54","modified_gmt":"2024-09-27T07:40:54","slug":"menghalalkan-yang-haram-atas-nama-ekonomi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/09\/27\/menghalalkan-yang-haram-atas-nama-ekonomi\/","title":{"rendered":"Menghalalkan Yang Haram Atas Nama Ekonomi"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pendekatan ekonomi yang bergantung kepada judi, arak dan pelacuran sebagai pemacu pelancongan bukanlah sesuatu yang asing bagi banyak negara bukan Islam.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Judi dan arak sering dilihat sebagai tarikan utama bagi pelancong yang mencari hiburan tanpa batas. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka sanggup berbelanja besar untuk memenuhi keinginan dan nafsu hiburan mereka.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini seperti analogi perokok\u2014miskin; macam mana sekalipun, perokok tetap membeli rokok meskipun harganya semakin melambung. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ia bukan sekadar pilihan, tetapi ketagihan yang sukar dibendung, sama seperti mengapa rumah urut terus tumbuh bagai cendawan selepas hujan, tetap dikunjungi walaupun diketahui melanggar norma moral dan hukum.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerana wujudnya permintaan ini, banyak negara memilih untuk menghalalkan aktiviti haram ini melalui pelesenan dan cukai.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada tiga alasan utama di sebalik pendekatan ini: Pertama, kerajaan mendapat hasil cukai yang besar daripada perniagaan judi dan arak ini.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kedua, ia dikatakan dapat mengelakkan aktiviti haram ini daripada terus beroperasi secara sembunyi dan tidak terkawal.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketiga, kawasan yang mempunyai aktiviti perjudian dan arak ini selalunya berkembang menjadi pusat pelancongan yang turut menarik pelaburan perniagaan lain yang &#8220;halal&#8221; dari sudut syarak \u2014 seperti restoran, kedai pakaian, kedai cenderamata dan lain-lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Negara-negara ini menyedari bahawa judi dan arak itu buruk, tetapi mereka mengambil pendekatan pragmatik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka menerima hakikat bahawa aktiviti-aktiviti ini, sama ada dihentikan secara sah atau tidak, akan tetap wujud.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh itu, daripada melarang sepenuhnya dan membiarkannya beroperasi secara haram, mereka memilih untuk &#8220;mengawal&#8221; dengan memberi lesen dan mengenakan cukai yang tinggi\u2014seperti rokok \u2014 walaupun statistik menunjukkan bahawa bilangan perokok tidak pernah berkurangan dengan ketara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Contohnya, Singapura mengenakan denda S$100 untuk setiap rakyatnya yang ingin masuk ke kasino. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini adalah cubaan untuk &#8220;menapis&#8221; rakyat yang mungkin tidak mampu berjudi daripada memasuki premis judi.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka tahu, seperti kita semua, bahawa judi membawa keburukan, tetapi mereka lebih memilih untuk memanfaatkan aktiviti ini bagi menjana pendapatan negara.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Genting di Malaysia dan Sentosa di Singapura adalah contoh kawasan yang asalnya tidak berpotensi, tetapi menjadi destinasi pelancongan utama dengan memperkenalkan kasino.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, Islam melihat perkara ini dari sudut yang jauh berbeza. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam Islam, yang haram tetap haram.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pendekatan Islam lebih memihak kepada cara seperti di Cameron Highlands, Langkawi, Disneyland, Kyoto, dan Maldives yang memanfaatkan keindahan alam semula jadi dan budaya tempatan untuk menjana pendapatan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Islam menggalakkan penggunaan sumber semula jadi, sejarah dan kebudayaan sebagai daya tarikan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Aktiviti haram seperti judi, arak dan pelacuran tidak boleh dijustifikasikan dengan sebarang alasan ekonomi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Haram tetap haram \u2014 bukan sahaja aktivitinya, tetapi juga pendapatannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pasti ada yang berhujah bahawa tiada jalan untuk menghapuskan aktiviti-aktiviti haram ini sepenuhnya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka berpendapat, seperti di Kelantan, Kedah dan Terengganu, apabila tiada lesen judi diberikan, perniagaan nombor ekor haram menjadi semakin berleluasa.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ya, aktiviti ini tidak pernah terputus di mana sahaja ada manusia. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi penyelesaiannya bukanlah dengan \u201cmenghalalkan\u201d apa yang jelas diharamkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Alternatif yang lebih baik adalah mengembangkan ekonomi yang bersih dan memfokuskan kepada pembangunan pelancongan yang berasaskan nilai Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Daripada terus menggunakan judi dan arak sebagai pemacu ekonomi, kita harus mengembangkan industri pelancongan yang bebas daripada elemen haram ini.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Islam menyediakan alternatif yang lebih selamat dan berkekalan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Negara Islam perlu berani menolak pendekatan \u201cjalan mudah\u201d ini dan membina daya tarikan pelancongan yang beretika dan lestari.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Contohnya, mempromosikan eko-pelancongan, pelancongan sejarah, pelancongan kesihatan dan pelancongan budaya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru, adalah tanggungjawab kerajaan di negara-negara Islam untuk mencari jalan yang lebih berkat dan sesuai dengan syariat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bukan hanya mengambil jalan mudah dengan mengikut jejak langkah negara lain yang menjadikan judi dan arak sebagai tunjang ekonomi.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mari kita tonjolkan bahawa ada cara yang lebih baik, lebih bersih, dan lebih diberkati untuk menjana pendapatan dan memajukan pelancongan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Islam tidak pernah kekurangan cara \u2014 kita yang kekurangan tekad untuk menerokanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Timmy Say<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pendekatan ekonomi yang bergantung kepada judi, arak dan pelacuran sebagai pemacu pelancongan bukanlah sesuatu yang asing bagi banyak<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":20043,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-20042","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20042","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20042"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20042\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20044,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20042\/revisions\/20044"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/20043"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20042"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20042"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20042"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}