{"id":2012,"date":"2020-09-16T08:30:00","date_gmt":"2020-09-16T08:30:00","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=2012"},"modified":"2020-09-16T08:30:02","modified_gmt":"2020-09-16T08:30:02","slug":"nusantara-bukan-wilayah-syiah-bukan-juga-wilayah-komunis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/09\/16\/nusantara-bukan-wilayah-syiah-bukan-juga-wilayah-komunis\/","title":{"rendered":"Nusantara Bukan Wilayah Syiah, Bukan Juga Wilayah Komunis"},"content":{"rendered":"\n<p>Konsep Islam Nusantara yang ditimbulkan oleh Presiden PAN, Mohamad Sabu untuk memperkatakan konsep Rahmatan Lil Alamin mereka nampaknya akan menghempap kepala pemimpin PAN itu sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia mengulas sesuatu yang bertentangan dengan fahaman, kepercayaan dan amalannya sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Perutusan Hari Malaysia kali ini benar-benar mahu mengabui mata rakyat melalui perselindungan di sebalik istilah rahmat untuk sekalian alam.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohamad Sabu berkata, &#8220;Kita tidak boleh mengimport model luar khususnya yang dibawa oleh gerakan-gerakan Islam atau parti politik luar yang boleh jadi tidak sesuai di rantau ini.&#8221; <\/p>\n\n\n\n<p>Memang enak didengar dan seolah-olah Mohamad Sabu sangat memahami realiti politik Nusantara. <\/p>\n\n\n\n<p>Boleh jadi dia baru belajar fiqh politik setempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Ironinya, ketika di dalam PAS sebelum 2015, siapakah yang menjadi pentaksub Erdogan, pemimpin AK Party, setelah serpihan Parti Refah itu berhasil membentuk kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang mendesak PAS supaya lebih terbuka, meninggalkan asolah perjuangan, supaya tidak mencontohi sikap tegas Prof Erbakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Saat berlakunya Arab Spring, siapa pula yang menjadi juara demokrasi Islam model Tunisia sehingga mengisytiharkan diri sebagai &#8216;Islamis demokrat.&#8217; <\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan, watak Hidayah Nur Wahid juga segera cuba diterapkan di dalam PAS ketika PKS berhasil mendapat sedikit ruang kekuasaan di Indonesia. <\/p>\n\n\n\n<p>Di dalam parti mana para penganut Islam aliran lembut ini bersarang sekarang?<\/p>\n\n\n\n<p>Ini adalah contoh-contoh pengaruh asing dari aliran lembut (baca moderat) di dalam gerakan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimana pula dengan aliran keras (baca ekstrem). <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah Mohamad Sabu sudah lupa bahawa ada kumpulan yang menubuhkan Parti Negara Islam Malaysia (PNIM) pada 1982. <\/p>\n\n\n\n<p>Moto mereka sangat revolusioner. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8216;Revolusi Untuk Negara Islam!&#8217; <\/p>\n\n\n\n<p>Dari mana asalnya pengaruh dan pembawakan mereka? <\/p>\n\n\n\n<p>Nusantarakah? <\/p>\n\n\n\n<p>Di mana berkubu kelompok keras dan kasar ini sekarang?<\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan, yang paling keras di antara aliran ini ialah kelompok yang menempikkan perkataan &#8216;Marakbar (ejaan betulnya &#8216;mar barg&#8217;) Asri (ertinya Mampus Asri)!&#8217; dalam tahun 1982. <\/p>\n\n\n\n<p>Hampir seluruh kajian para sarjana menyentuh kebangkitan pengaruh Syiah di dalam gerakan Islam di Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>Siapa ketua gerakan politik Syiah di Malaysia? <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa Menteri Dalam Negeri dan Mursyidul Am PAS sendiri bersuara tentang hal ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Tuan Guru Nik Abdul Aziz setelah matinya, didakwa sebagai idola PAN. <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah tuan guru itu bersetuju dengan Syiah. <\/p>\n\n\n\n<p>Berjiwa Nusantarakah Syiah itu?<\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin ramai yang cuba menafikan, bahawa tiada Syiah yang berwarna Oren sekarang. <\/p>\n\n\n\n<p>Tapi cubalah Mahfuz Omar atau Salahuddin Ayub menafikannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya boleh menyebut seorang-seorang siapakah yang bersolat berlapik batu dan kertas putih di kalangan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya tahu siapa yang saban hari menjamakkan solatnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya juga tahu siapa yang mempunyai isteri-isteri mut&#8217;ah di kalangan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya bukan mahu mengungkit hal ke-Syiahan mereka, kerana tidak kurang juga yang mengaku di hadapan saya hakikat agama baru mereka itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi apa yang saya ungkitkan ini ialah percanggahan tentang konsep Nusantara yang disebut Mohamad Sabu, yang kononnya menjadi agenda PAN dengan amalan-amalan mereka sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya tidak pasti kenapa tiba-tiba Dr Mohd Kamil Abdul Majid menyebut soal pesanan Tok Guru Nik Aziz supaya Nusantara biarlah kekal dengan Ahli Sunnah sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Syiah dan Wahabi usah dibawa ke Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah Dr Kamil bermaksud menyindir Mohamad Sabu atau pada hari ini &#8216;dakwahnya&#8217; terhadap PAN telah berhasil, lalu Mohamad Sabu tiba-tiba berjaya di-Nusantarakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang paling mengejutkan, bila tiba-tiba isu pemimpin tertinggi PAN yang menjadi alat DAP ditimbulkan, saat seorang Naib Presidennya meletakkan jawatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua rakyat Malaysia bertanya, dari mana datangnya ideologi DAP yang sangat dipertahankan oleh khadamnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah DAP berjiwa Nusantara lalu Jalur Gemilang diterbalikkan? <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah DAP mendukung semangat Nusantara sehingga tulisan Jawi ditentang? <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah DAP menghormati nilai Nusantara sehingga ketuanan bangsa Melayu cuba dinafikan? <\/p>\n\n\n\n<p>Mohamad Sabu yang begitu kuat &#8216;ke-DAP-an&#8217;nya itu, berjiwa Nusantarakah?<\/p>\n\n\n\n<p>Saya tidak tahu siapa memukul siapa. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang saya pasti, gagasan ke-Nusantaraan itu sangat bercanggah dengan amalan dan kepercayaan pendukung-pendukung PAN. <\/p>\n\n\n\n<p>Telah lama mereka terjebak dengan budaya politik dan pemikiran dari luar Nusantara, sehingga sebahagiannya membawa aliran ekstrem dalam gerakan Islam, dan sebahagian yang lain mendukung aliran liberal dalam gerakan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS, alhamdulillah masih mengambil jalan wasatiyah, berpegang sepenuhnya dengan al-Quran dan Sunnah.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa pun, harus hati-hati kerana jangan ke-Nusantaraan itu mengalahkan ke-Islaman. <\/p>\n\n\n\n<p>Islam dimengalahkan kerana Rahmatan Lil Alamin. <\/p>\n\n\n\n<p>Di Indonesia, liberalisasi agama telah membuatkan Nusantara membenamkan syariat Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan di Malaysia juga, di atas nama Nusantara, Islam memencil ke sudut ibadat sahaja, sedang agama lain disamaratakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya bersetuju kalau para ulamak bergerak dalam kefahaman waqi&#8217; tentang realiti Nusantara, tetapi kalau mahu menjadikan Islam yang &#8216;di-Nusantarakan,&#8217; itu tidak wajar.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Fadli Ghani<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Konsep Islam Nusantara yang ditimbulkan oleh Presiden PAN, Mohamad Sabu untuk memperkatakan konsep Rahmatan Lil Alamin mereka nampaknya<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2013,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-2012","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2012","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2012"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2012\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2014,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2012\/revisions\/2014"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2013"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2012"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2012"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2012"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}