{"id":20235,"date":"2024-11-05T03:45:49","date_gmt":"2024-11-05T03:45:49","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=20235"},"modified":"2024-11-05T03:45:51","modified_gmt":"2024-11-05T03:45:51","slug":"the-return-of-terompah-kayu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/11\/05\/the-return-of-terompah-kayu\/","title":{"rendered":"The Return Of Terompah Kayu"},"content":{"rendered":"\n<p>Teringat dahulu ketika allahyarham Tan Sri Dato&#8217; Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat masih hidup, beliau pernah melemparkan gelaran &#8216;ulamak terompah kayu&#8217; kepada beberapa agamawan dari pihak kerajaan yang tidak kenal penat dan lelah menjilat semua perkataan pembesar waktu itu dan berlawan dengan usaha dakwah beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang dimaksudkan oleh beliau dengan gelaran itu ialah, fizikal terompah kayu itu keras, mungkin boleh diguna untuk dibuat senjata. <\/p>\n\n\n\n<p>Bisingnya bukan main, tetapi sayang, kegunaannya hanyalah untuk ke tandas, tempat kotor dan bernajis.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka marahlah agamawan-agamawan itu dek kerana sindiran yang teramat tajam itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Terasa hati mereka bak ditusuk sembilu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemudiannya yang menjadi sedikit lucu ialah orang yang bersungguh-sungguh membalas kenyataan almarhum ialah golongan yang jahil dari kalangan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala agamawan itu semuanya memilih untuk diam kerana tahu, jika berlawanpun, tak akan menang.<\/p>\n\n\n\n<p>Berlaku juga pada suatu masa, satu kumpulan agamawan dari pihak kerajaan melakukan debat olok-olok kerana mahu menangkis kepetahan dan hujah ulamak-ulamak PAS dan mensabitkan PAS dengan ajaran sesat. <\/p>\n\n\n\n<p>Paling diingati dari lakonan debat itu, ada agamawan Umno berlakon menjadi ulamak PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada bekas ahli PAS mahu jadi ulamak Umno.<\/p>\n\n\n\n<p>Berdebatlah mereka tanpa mengetahui yang kandungan video itu akan tersebar. <\/p>\n\n\n\n<p>Rupa-rupanya dari debat itu, allahyarham Haji Ghazali Ahmad, bekas ulamak PAS dari Terengganu, bersama Haji Ismail Machang, berjaya &#8216;tapau&#8217; semua ulamak Umno tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalah teruk, tak terkutik ulamak Umno.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang timbul lagi perangai lama yang kelihatannya tidak serik-serik mahu menggunakan isu ajaran sesat. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, isu mimpi bertemu Rasulullah didakwa boleh menjadi sebagai satu ajaran sesat baharu jika seseorang itu mendakwa membawakan hukum baharu dari mimpi itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Pastinya difahami isu ini timbul kerana diuar-uarkan TS TG Presiden PAS menceritakan kisah mimpi beliau. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan tiada apa-apa hukum yang diberitahu, hanya pesanan yang kita semua sudah maklum.<\/p>\n\n\n\n<p>Lalu disambut segera oleh Menteri Agama yang mahukan Dato&#8217; Nooh Gadut, bekas Mufti Johor untuk menjelaskan berkenaan mimpi. <\/p>\n\n\n\n<p>Dato&#8217; Noh, sebagai lawan lama Presiden PAS, akan tentunya dapat kita teka apakah ulasan beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS sudah begitu berpengalaman dalam menangani isu tuduhan sesat ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak seperti GISB, Ayah Pin, Hasan Anak Rimau, Rasul Kahar, Tuhan Harun, Millah Ibrahim, Al-Maunah yang semuanya diambil tindakan segera dan wajar oleh kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Akan tetapi kerajaan yang sama, tidak pernah dapat mengambil tindakan ke atas PAS yang ditubuhkan semenjak tahun 1951. <\/p>\n\n\n\n<p>Langsung tidak masuk akal jika PAS benar-benar sesat. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang masuk ialah itu semua tuduhan fitnah yang diulang-ulang.<\/p>\n\n\n\n<p>Kini majoriti agamawan zaman 80-an dan 90-an sudah meninggal, kedua-dua pihak Umno dan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi yang menjadi sebutan sehingga kini, tetaplah nama almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, bukan tokoh lawannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Diulang-ulang kehebatan beliau, diingat-ingati kewarakan beliau, disebut-sebut kebijakan beliau, diratib-ratib ketaqwaan beliau, dikaji-kaji keilmuan beliau. <\/p>\n\n\n\n<p>Sementara agamawan yang menentang beliau, tidak langsung disebut hatta oleh orang Umno sendiri samada kerana lupa ataupun langsung tidak kenal.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga kini, tiada tempat bagi agamawan yang benar-benar berjuang atas nama Allah dalam Umno apa lagi dalam parti sekular lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Tempat yang ada disimpan bagi agamawan yang sanggup dijadikan terompah kayu untuk mereka guna dibawa ke tandas. Mereka boleh jadi kaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Teringat dahulu ketika allahyarham Tan Sri Dato&#8217; Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat masih hidup,<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":20236,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-20235","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20235","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20235"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20235\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20237,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20235\/revisions\/20237"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/20236"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20235"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20235"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20235"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}