{"id":20276,"date":"2024-11-20T22:58:21","date_gmt":"2024-11-20T22:58:21","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=20276"},"modified":"2024-11-20T22:58:24","modified_gmt":"2024-11-20T22:58:24","slug":"apabila-pelajar-bijak-mahu-diajar-menjadi-cerdik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2024\/11\/20\/apabila-pelajar-bijak-mahu-diajar-menjadi-cerdik\/","title":{"rendered":"Apabila Pelajar Bijak, Mahu Diajar Menjadi &#8216;Cerdik&#8217;"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Baru-baru ini heboh berkenaan halangan ke atas seorang Exco Kerajaan Negeri Terengganu, YB Dr. Muhammad Khalil Tan Sri Dato&#8217; Seri Abdul Hadi daripada memasuki Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) atas sebab yang kita sedia maklum, hanya kurang 24 jam daripada waktu program mahu dilangsungkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau sebenarnya dijemput hadir atas kapasiti menggantikan Menteri Besar YAB Dato&#8217; Seri Ir Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, bukan atas nama Ketua Penerangan PAS Terengganu mahupun Pengerusi Lajnah Perhubungan Antarabangsa PAS Pusat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bermaksud, beliau adalah wakil Kerajaan Negeri yang sah dan diarahkan oleh YAB MB, bukan parti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun mungkin mereka tidak menghormati pilihan YAB MB, makluman pembatalan jemputan telah diterima oleh YB Dr. Khalil yang juga alumni Unisza sebagai pemegang ijazah kedoktoran. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Entah apa yang ditakutkan dengan kehadiran YB Dr. Ustaz Muhammad Khalil, kitapun tidak tahu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak lama berselang sebelum itu, kelihatan bertebaran foto-foto dan video-video yang menjadi saksi bisu akan kehadiran Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Dato&#8217; Rozi Mamat di Unisza, berprogram dengan pelajar-pelajar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tiada pula dikhabarkan sekatan atau pengharaman kemasukan beliau ke sana, malah kelihatan meriah sekali. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bukan beliau seorang, malah datang mereka secara rombongan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Konon kata &#8216;cybertroopers&#8217; PH-BN antara yang hadir ialah &#8216;bekas&#8217; pimpinan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang berasal dari negeri jiran untuk memberi motivasi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi aku, lebih baik dibawa masuk bekas Naib Canselor Unisza, Datuk Dr. Yahya Ibrahim yang pastinya lebih jauh ilmu dan pengalaman pendidikannya daripada individu itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi aku tertanya-tanya, adakah ini yang dikatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bahawa kawasan-kawasan yang PN menang adalah kawasan dimana ramai anak muda yang rendah pendidikan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Manakala PH menguasai anak muda yang &#8216;highly educated&#8217;, konon kata beliau.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka mungkinkah ini cara bagi mereka untuk memberikan pendidikan tertinggi kepada anak-anak muda di Terengganu dengan menghalang kemasukan orang yang cerdik pandai dan menukarkannya dengan golongan yang lebih rendah taraf pendidikannya? Dimanakah logiknya? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Atau tidakkah PH-BN takut dengan memperbodohkan pelajar nanti, Terengganu makin sukar mereka mahu tawan?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Umno pula seperti tiada muka dan tidak reti untuk belajar dari kekalahan masa lalu dengan terus mengungguli carta tangga kebodohan walaupun hanya melukut dan menumpang menjadi kerajaan ihsan daripada DAP. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adakah mereka kembali gembira dengan sekatan-sekatan seperti ini? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Atau mereka ketagih menyekat? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hanya dengan kembali kepada Islam, insyaallah mereka akan pulih.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Memang benar sebagaimana kebimbangan ramai cendikiawan berkenaan campurtangan orang politik yang melampau dan lebih teruk dari golongan yang jauh lebih rendah daripada cerdik pandai di institusi-institusi pendidikan, pasti akan merosakkan nilai keilmuan institusi itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apakan daya, mungkin mereka fikir pelajar-pelajar ini tidak cukup bijak untuk menilai lalu mereka mahu menjadikan pelajar-pelajar ini &#8216;cerdik&#8217; . <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Padahal pelajar-pelajar ini telahpun mengajar mereka dengan ajaran yang menyakitkan dalam dua PRU lalu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Undi orang muda yang besar kepada PN menjelaskan masa depan politik kuno mereka ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kepada pengurusan institusi, berfikirlah dengan matang supaya ia menjarakkan taraf anda dengan taraf rendah politikus seperti Umno Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Baru-baru ini heboh berkenaan halangan ke atas seorang Exco Kerajaan Negeri Terengganu, YB Dr. Muhammad Khalil Tan Sri<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":20277,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-20276","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20276","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20276"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20276\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":20278,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20276\/revisions\/20278"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/20277"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20276"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20276"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20276"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}